Digipeater di puncak gunung
Penulisan kali ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman serta dapatan dari laman sesawang aprs.fi sahaja. Segala maklumat yang tidak benar adalah luar dari pengetahuan penulis sendiri. Perkongsian tentang aktiviti aprs ini menarik perhatian penulis sendiri. Ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau kumpulan. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman haruslah dikongsikan bersama.
Apa yang menarik perhatian kali ini adalah tentang digipeater yang terletak di puncak-puncak gunung. Ini merupakan satu elemen penting agar pengguna aprs dapat liputan yang meluas sama fungsinya dengan pengulang.
Beacon atau packet diperolehi dengan mudah jika lokasi digipeater ini diletakkan di kawasan yang tinggi. Perjalanan dari selatan ke kawasan tengah pasti tidak terputus kerana sepanjang perjalanan diliputi oleh digipeater puncak gunung Pulai, Lambak, Ledang, Telapa Buruk dan Genting Highlands.
Manakala dari bahagian tengah hingga ke Kuantan diliputi oleh Genting Highlands dan Bukit Sulai. Seterusnya kawasan utara dan pantai timur oleh Gunung Jerai dan Pemandangan Indah. Buat masa ini Bukit Larut tidak kelihatan pula di aprs.fi.
9W2ZKG-3 (G.Jerai) berjaya mendengar 9M4RPI-2 (Pemandangan Indah) sejauh 123.4km. Manakala 9M4RDG-3 (Genting Highlands) telah mendengarnya sejauh 301.9km.
9M4RPI-2 pula berjaya mendengar 9M4RBL-4 (Bukit Larut) sejauh 116.5km. Setakat penulisan ini mendapat 3 packet sahaja ia bekerja.
Manakala 9W2YEO-4 Hentian Tititwangsa digipeater juga berjaya mendengar 9M4RDG-3 (Genting Highlands) sejauh 244.4km. 9M2RPI-2 adalah berjiran dengan 9W2YEO-4 iaitu berjarak 3.6km sahaja.
9M4RDG-3 (Genting Highlands) terletak di kawasan tengah merupakan antara digipeater yang paling aktif. Ia telah mendengar 9W2PSC-3 (Gunung Pulai) sejauh 281.4km dan 9W2BWA-4 (Gunung Ledang) sejauh 148.4km di selatan tanahair.
Satu lagi digipeater di lembah Klang adalah 9M2RKK-3 iaitu Digipeater MARTS VHF Bukit Lanjan.
9M4RTB-3 (Gunung Telapak Buruk) berjaya mendengar 9W2BWA-4 (Gunung Ledang) sejauh 78.9km dan 9M4RAK-1 (Gunung Lambak) sejauh 171.3km. Manakala 9W2PSC-3 (Gunung Pulai) telah mendengarnya sejauh 213.8km.
Kembali ke Kuantan, 9W2JDY-3 (Bukit Sulai) telah didengari oleh 9W2PSC-3 (Gunung Pulai) sejauh 241.1km dari selatan ke timur tanahair.
Berbalik ke Johor pula, 9W2BWA-4 (Gunung Ledang) telah mendengar dan didengar 9M4RDG-3, 9W2PSC-3, 9M4RTB-3, dan 9M4RAK-1. Malahan ia turut mendapat packet dari seberang iaitu YD0NXX-7 di Riau sejauh 219km, YB6HJE-1 Simalungan Sumatera Utara sejauh 412.2km dan MINAS Riau sejauh 219km. Tidak mustahil simplex ke Riau boleh dilakukan di band 2 meter VHF.
9W2DYA-12>APGJW6-1 via 9M4RTB-3*,WIDE1*,9W2BWA-4*,qAR,9M2RDX-1
Contoh raw path tracker dari Bangi base saya telah ke Gunung Telapak Buruk, seterusnya ke Gunung Ledang dan diakhiri di Temerloh.
Berdasarkan jangkauan beacon yang jauh di antara puncak-puncak gunung itu. Kemungkinan audio juga boleh mencapai hingga jarak sedemikian rupa tanpa perlu lagi mengharapkan pengulang.
Selain itu, maklumat data stesen aprs ini turut digunakan untuk memantau kuasa tenaga bagi pengulang selain kedudukan dan ketinggian. Contoh di bawah adalah stesen aprs Gunung Ledang.
2013-04-17 05:27:26 - 2013-11-10 10:52:50
12.2V 45C CNT00000 Aprs Digipeater Gn Ledang, Johor OT3-Mini
power 16W, antenna HAAT 1561 m, gain 7 dBi omni,
range 230.5 km
[APOT30 via WIDE1-1,qAR,9M2RDX-1]
Jadi, banyak maklumat yang amat berguna boleh digunakan apabila aktif dalam aprs ini. Itu adalah contoh sedikit sahaja yang dapat dipaparkan. Oleh itu, kita harus mencari dan menggali lagi maklumat yang ada untuk digunakan dalam aktiviti radio amatur ini. Sememangnya hobi radio amatur sangat meluas bukan sekadar berbual sahaja. Banyak ilmu yang dapat dipelajari setiap hari, kerana ia hobi berilmu.
Terima kasih meluangkan masa membaca perkongsian ini.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Melilau Mencari
Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment