Waktu gelombang radio paling aktif


Berdasarkan pemerhatian penulis tentang gelombang radio melalui aktiviti aprs. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa packet bergerak aktif diwaktu malam terutamanya subuh hinggalah matahari naik.

Pagi ini penulis telah mengaktifkan tracker 9W2DYA-12 dan didapati bahawa packet telah diperolehi dengan kerap walaupun jelopi tidak bergerak.

2013-11-12 07:20:22 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2DYA-1:!0253.69N/10146.27E>093/000/A=000095
2013-11-12 07:20:40 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3:!0253.69N/10146.27E>093/000/A=000095[v1138]
2013-11-12 07:25:04 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,qAR,9W2DYA-1:>{EZTRAK}2.1F
2013-11-12 07:40:46 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,9W2WEE-3*,qAR,9W2DYA-1:!0253.69N/10146.26E>093/000/A=000099
2013-11-12 07:55:05 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2DYA-1:>{EZTRAK}2.1F
2013-11-12 08:20:47 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,WIDE1-1,qAR,9W2CEH-3:!0253.69N/10146.26E>093/000/A=000099
2013-11-12 08:25:09 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,9M4RTB-3*,WIDE1*,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3:>{EZTRAK}2.1F
2013-11-12 08:40:50 MYT: 9W2DYA-12>APGJW6-1,qAR,9W2CEH-3:!0253.69N/10146.26E>093/000/A=000102[v1136]
Selain itu Igate 9W2DYA-1 turut memberi fakta bahawa kekerapan packet didapati aktif dari tengah malam bawa ke subuh.

Ini diperolehi melalui 9W2WEE-3 yang didengari oleh 9W2DYA-1. Berdasarkan data packet diterima dari jam 10.33 malam 11.11.13 hingga 8.12 pagi 12.11.13 waktu subuhlah yang paling aktif. Jangka waktu itu telah menerima 8 packet. 9W2WEE-3 telah diaktifkan bermula petang semalam.

Ketika mengaktifkan 9W2DYA-1 ditapak sebenarnya di Cheras dari jam 1 tengahari hingga 6.30 petang semalam tiada sebarang packet diperolehi. Biasanya boleh juga mendapat 9W2CEH-3 di Bangi walau satu packetpun.

Ini menunjukkan bahawa propagasi baik pada waktu malam dan ketika matahari naik dan terbenam. Pada waktu siang banyak faktor yang menyebabkan propagasi kurang menarik salah satunya banyak aktiviti manusia berlangsung.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Tiga belon berturut

Credit 9M2MDZ   Tiga belon berturut telah berjaya diperolehi oleh Zahrin 9M2MDZ. Belon terakhir belon KLIA pagi tadi. Jatuh di Kampung Hulu ...