PENGENALAN
Kayuhan ini adalah lajutan dari program “Charity Ride” yang telllah diadakan pada 16hb Februari yang lalu. Dengan sokongan dan kerjasama pihak Adun Bangi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 dan Kelab Berbasikal Bangi, “Bangi Charity Ride 2.0” yang berkonsepkan kayuhan amal mengumpul dana sumbangan akan diadakan pada 7/12/2013.
...
OBJEKTIF
Objektif kayuhan "Bangi Charity Ride" adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan2 ataupun individu yang memerlukan. Kutipan sumbangan adalah dari Masjid/Surau dan bayaran penyertaan peserta kayuhan. Untuk "Bangi Charity Ride 2.0" kali ini, wang sumbangan yang akan dikumpul kelak akan disalurkan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kawasan Bandar Baru Bangi. Marilah kita sama-sama berkayuh untuk kesihatan disamping menyumbang untuk golongan yang memerlukan.
SASARAN PENYERTAAN
Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 200 penyertaan dari peminat-peminat basikal dan kejiranan yang berdekatan.
KONSEP KAYUHAN
Kayuhan adalah berkonsepkan amal dan ceria dan bukannya bersifat perlumbaan. Setiap peserta yang mendaftar akan menerima t-shirt.
PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran
RM10.00 SAHAJA untuk semua peserta
Pembayaran boleh dilakukan ke:-
Akuan Maybank Berhad
No Akuan : 164052369902 HAIZUL ASWAD BIN IBRAHIM. Sertakan juga pemberitahuan emel selepas membuat pembayaran ke haizul.aswad@gmail.com.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2013
https://www.facebook.com/
PERINGATAN
Semua peserta diwajibkan untuk memakai topi keledar, kasut dan memastikan basikal dalam keadaan baik semasa kayuhan bagi mengelakkan sebarang risiko. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian anda sendiri.
ATURCARA
06:45 - Pendaftaran
07:30 -Senaman Regangan
07:45 - Flag Off
10:00 - Kayuhan Tamat
10:30 - Jamuan Ringan
11:00 – Penyampaian Dana Sumbangan kepada Golongan OKU
11:30 – Cabutan Bertuah & PenutupLihat seterusnya..
No comments:
Post a Comment