9W2SIS-9 berjaya ditangkap


Hari ini setelah 3 malam portable di Bandar Bukit Mahkota Bangi aku berjaya dapat beacon daripada 9W2SIS-9.

APRS station 9W2DYA - show graphs
Map loading...
Comment:Bukit Mahkota Bangi {UIV32N}
Last status:UI-View32 V2.03










APRS station 9W2SIS-9 - show graphs
Map loading...
Comment:
9W2SIS-9 berjaya mendapat packet setelah melalui QTH Bukit Mahkota dari Bangi. Ketika ia kelihatan memasuki Bandar Seri Putra akupun bersedia untuk mendapatkannya. 

Maka 9W2DYA mula diaktifkan untuk memastikan ia ditangkap kerana QTH adalah berhampiran dengan laluannya.

Ternyata pengaktifan 9W2DYA telah berjaya mendapat 1 packet yang berharga. Menggunakan antena cili padi aku menala ke arah jalan raya itu. Jadi antena ini dapat bekerja dengan baik walaupun melepas untuk mendapat 9M2NIA-7 tengahari tadi.

73, Jojet, 9W2DYA

Belon Udara Panas Putrajaya kali ke-6 2014

Pada 28 Mac 2014 merupakan hari kedua bagi acara Belon Udara Panas yang berlangsung di Presint 2, Putrajaya. Bermula pada 27 Mac 2014 dan berakhir pada 30 Mac 2014. Setiap hari dua sesi penerbangan diadakan iaitu disebelah pagi dan petang.


Monumen Alaf Baru merupakan QTH yang paling tempat berlangsungnya acara ini. Pada petang sebelum itu hujan lebat dan ribut petir telah melanda lembah Klang. Syukur pada waktu yang dijanjikan WX sangat baik untuk acara ini diteruskan.


Ketika aku sampai lebih kurang jam 5.45 petang kedengaran juruacara mengumumkan bahawa acara ini akan diteruskan jikalau wx mengizinkan. Ramalan mengatakan bahawa hujan dijangka turun semula. Tetapi syukur sekali lagi bahawa xtvt ini diteruskan jua. Kenderaan pacuan empat roda dan lori memunggah belon dan bakul ke tempat perlepasan.


Selepas kain belon dibuka dan direntangkan dan bakul bersedia di tepinya. Baru angin dimasukkan ke dalam belon bagi ia mengembang menggunakan kipas angin. Beberapa krew bersedia memegang kain belon bagi ia mengembang dengan baik.


Selepas hampir kembang dengan baik dan mengikut bentuk belon itu, maka api dari burner dilepaskan bagi memberi tekanan udara yang ringan bergerak ke atas dalam ruang belon itu. Pada masa ini kelihatan krew bertungkus-lumus agar belon itu dapat dikembangkan dengan baik sekali. Jika ada tekanan udara dari luar yang menekan belon itu pasti bentuknya tidak sempurna dan boleh menyebabkan kegagalan untuk mendapat bentuk belon yang sempurna.



\

Angin yang kuat bersama tekanan udara menyebabkan kegagalan untuk mendapat bentu belon yang sempurna. Aku dapat melihat terdapat angin telah menggagalkan usaha menaikkan belon nombor 7 dari negara Korea .


Akhirnya belon ini dapat ditegakkan dengan sempurna. Tetapi mungkin sebab masalah teknikal belon ini tidak dapat berlepas ke udara. Padahal belon ini merupakan yang paling awal turun dari lori untuk dilancarkan. Jelas terpancar kekecewaan dari juruterbang belon dapat aku lihat ditepi pagar yang disediakan sekelilingnya. 

Selepas jam 6 petang orang ramai berduyun-duyun datang untuk menyaksikan lebih banyak belon terbang ke udara.


Serentak dengannya banyak belon telah berjaya berlepas ke udara telah melukis pemandangan indah di Putrajaya.


Ia seolah-olah berlumba-lumba ingin berlepas ke udara yang semakin baik cuacanya.


Ada juga belon mempunyai bentuk yang lain daripada kebiasaannya seperti bentuk aiskrim gambar diatas.


Semakin tinggi ia terbang, maka semakinlah jauh ia bebas terbang ke mana hala tujuannya. Suasana semakin meriah memandangkan telah banyak belon berjaya terbang ke udara.


Begitulah suasana acara Belon udara panas buat tahun ini yang begitu meriahnya. Gerai jualan turut disediakan kepada para pengunjung. Kepada yang belum sempat ke sana masih ada peluang hujung minggu ini.

Selain itu juga, aku berharap tracker APRS yang dikhabarkan akan dipasangkan di salah satu belon itu bolehlah aku monitornya. Nasib baiklah radio akupun sudah kehabisan bateri. Jika tidak pasti aku akan setup igate untuk tujuan ini.

Pada pemerhatian aku juga komunikasi radio digunakan bagi melancarkan perhubungan antara juruterbang dan krew didaratan. Kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan kelihatan antena radio dua hala terpacak di atas bumbung terutamanya quaterwave atau cili padi.


Bagi komuniti APRS, jika menggunakan belon udara panas berjaya diletakkan tracker ia merupakan batu loncatan untuk meneroka ke tahap yang lebih jauh. Selepas ini bolehlah meneroka belon beraltitud tinggi pula untuk menguji tahap kemampuan dan liputan sesuatu radas itu. Buat masa ini ham di Malaysia belum lagi melancarkan belon beraltitud tinggi sedangkan negara jiran kita Thailand sudahpun melancarnya tahun lepas. 

Oleh itu, sokongan padu semua pihak harus wujud bagi merealisasikan projek ini sebelum ke arah yang lebih besar menghantar satelit mikro.

73, Jojet, 9W2DYA

Banyak stesen APRS diaktifkan di Lembah Klang


Cuti  sekolah yang berlangsung kini membolehkan aku monitor xtvt aprs di base station sambil mendapat trafik terkini tragedi MH370. Beberapa stesen baru muncul diskrin laptop aku melalui aprs.fi.

Mereka menggunakan tracker eztrak dan aprsdroid. Ini telah menambahkan lagi kemeriahan aprs di negara kita ini. Stesen yang dikenal pasti ini adalah berdasarkan pemantauan penulis sahaja. Mungkin stesen ini telah lama aktif tetapi tidak disedari kemunculannya oleh penulis.

Pengguna eztrak yang baru dikesan seperti 



APRS station 9W2IIT-8 - show graphs
Map loading...
Comment:YRahh yeahh calling CQ @ V40
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12B







APRS station 9W2EGG-11 - show graphs
Map loading...
Comment:PIHAB 2014
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12B







APRS station 9W2EHZ-9 - show graphs
Map loading...
                  Comment:Hellow APRS'ers Proton Persona









APRS station 9W2ZSU-9 - show graphs
Map loading...
Comment:15w tx liner+1/4 ant+ ayam handy









APRS station 9W2ADC-9 - show graphs
Map loading...
Comment:CQ @ V22














APRS station 9M2SRS-9 - show graphs
Map loading...
Comment:Calling CQ@V40
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12B







APRS station 9W2IRQ-9 - show graphs
Map loading...
Comment:CQ V40
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12B









APRS station 9W2NMX-8 - show graphs
Map loading...
Comment:CQ@V47









APRS station 9W2BSB-9 - show graphs
Map loading...
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12B










APRS station 9W2DBY-9 - show graphs
Map loading...
Comment:MyAPRS Group...Perak
Last status:{EZTRAK}APRStracker-0.12









APRS station 9M2RMT-9 - show graphs
Map loading...
Comment:CQ @ V40


APRS station 9W2KWI-9 - show graphs
Map loading...
Comment:[t1364v1262]Kuantan MyAPRS Group - V40
Last status:{EZTRAK}2.1F











APRS station 9M2DOP-9 - show graphs
Map loading...
Comment:DE 9M2DOP CQ V40 145.500









XTVT APRS malam ini




XTVT APRS hujung minggu

Stesen yang dapat didengari pada petang ini adalah:

1. 9M2DOP-9 jarak 24.9km
2. 9W2WEE-3 jarak 2.6km
3. 9M4RBC jarak 59.9km
4. 9W8HAM-12 jarak 44km
5. 9W2YBR-2 jarak 265.6km
6. 9W2EHZ-9 jarak 29.7km
7. 9W2AA jarak 29.3km
8. 9M4RTB-3 jarak 33.5km
9. 9W2KHQ-8 jarak 108.6km
10. YB6HJE-1 jarak 314.8km
11. 9W2DIE-3 jarak 11.3km
12. 9M2TPT-8 jarak 100.8km
13. 9W2BPA-9 jarak 175km
14. 9W2SIS-9 jarak 5.7km
15. 9M4RGL-3 jarak 109.3km
16. 9M2RKK-3 jarak 35.9km
17. 9W2XYX-9 jarak 21.4km
18. 9M4GQC jarak 28.2km
19. 9M2TPT-1 jarak 42.5km
20. 9M2RDX-1 jarak 97.6km
21. 9M2TPT-13 jarak 42.7km

73, Jojet, 9W2DYA

9W2EDU-1

Sembang bersama Ikmal Putra 9W2EDU di FB banyak maklumat tentang stesen igatenya 9W2EDU-1. Banyak perkara dapat dikongsi terutama mengenai perkembangan aprs yang semakin rancak di kawasan tengah.


Antena 9W2EDU-1 ditingkat atas sekali
Bercerita tentang antena yang digunakan untuk igate 9W2EDU-1 dapat juga menambah pengetahuan.Ini kerana berdasarkan data stesen ini sangat mengagumkan prestasinya bekerja.


Antena yang dapat bekerja dengan baik bagi kawasan Wangsa Maju dan Gombak. Ia berjaya membuat liputan yang meluas bagi kawasan ini. Jadi tiadalah terputus bekalan jika melewati kawasan ini.

Perkembangan penggunaan tracker yang meluaskan secara tidak langsung memerlukan digipeater dan igate bagi sesuatu kawasan. Stesen yang menggunakan tracker pasti mengharapkan lebih banyak wujudnya digipeater dan igate bagi memastikan data diterima tidak terputus ditengah jalan.

Nasib baiklah di kawasan tengah ini bertaburan digipeater dan igate. Perkembangan di Ipoh juga amat positif, walaupun dimulakan oleh satu stesen sahaja. Lama-kelamaan pasti banyak stesen akan tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Tahniah sekali lagi kepada Ikmal Putra 9W2EDU atas usaha gigihnya telah berjaya meramaikan lagi stesen aprs di negara kita ini.

73, Jojet, 9W2DYA

Penyampaian Medal acara Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat 2014 SMK Bdr Tun Hussein Onn 2

Pemenang 100m Gangsa P3 dibelakang pemenang L.Tinggi Emas P3

Pemenang 4x100m Perak P3 disampaikan oleh En Lokfi b Hj Idris Penolong Kanan Petang

Barisan pemenang P3 SMKBTHO2 2014

Pemenang bergambar kenangan bersama Penolong Kanan Petang En Lokfi b Hj Idris dan Penolong Setiausaha Sukan Petang En Norzaiham Nazley b Muhamad Zaki merangkap Jurulatih Olahraga

Pengacara Majlis Pn Che Sarina bt Ab Wahab merangkap Guru Penasihat Kelab Olahraga Petang

Beberapa stesen baru didengari


Malam ini terdapat stesen baru didengari. Antara stesen yang dapat didengari pada malam ini adalah:

1. 9W2SZJ-3 jarak 28.9km
2. 9W8HAM-12 jarak 40.6km
3. 9M4RTB-3 jarak 33.2km
4. 9W2BPA-9 jarak 175.1km
5. 9W2VHD-9 jarak 64.7km
6. 9M4RDG-3 jarak 54.8km
7. 9W2AA jarak 25.3km
8. 9M4RGP-3 jarak 244.7km
9. 9W2WEE-3 jarak 2.1km
10. 9M2RPN jarak 25.3km
11. 9M2NIA-7 jarak 36.3km
12. 9M2RMT-9 jarak 57.1km
13. 9M2AUR-9 jarak 16.4km
14. 9W2RUT-2 jarak 37km
15. 9W2YBR-2 jarak 266.8km
16. 9W2DIE-3 jarak 11.9km
17. 9W2SZJ-9 jarak 148.9km
18. 9M4GQC jarak 26.6km
19. 9M4RGL-3 jarak 110.3km
20. 9W2ALS jarak 31.2km
21. 9W2EDU-1 jarak 32.1km
22. 9M4RBC jarak 55.8km
23. YB6HJE-31 jarak 316.2km


73, Jojet, 9W2DYA

9W2DYA mendengar YB6HJE-1


YB6HJE-1 dapat didengar awal pagi ini melalui digipeater di Genting Highlands. Jaraknya adalah 316.2km Siantar Simalungun Sumatera.

Manakala stesen MINAS melalui digipeater G.Ledang dan G.Telapa Buruk dengan jarak 242.3km.

Antara stesen yang didengari adalah:

1. 9W2AA jarak 25.3km
2. 9W2YBR-2 jarak 266.8km
3. 9W2WEE-3 jarak 2.1km
4. 9W2RUT-2 jarak 37km
5. 9W2VHD-9 jarak 64.7km
6. 9W2EDU-9 jarak 32.1km
7. 9M4RGL-3 jarak 110.3km
8. 9M4RBC jarak 55.8km
9. 9M4RDG-3 jarak 54.8km
10. 9W8HAM-12 jarak 40.6km
11. 9W2SZJ-3 jarak 28.9km



XTVT APRS tengah malam oleh 9W2DYA


Tengah malam ini 9W2DYA diaktifkan. Antara stesen yang dapat didengar adalah:

1. 9W2WEE-3 jarak 2.1km
2. 9M4RBC jarak 55.8km
3. 9W2YBR-2 jarak 266.8km
4. 9W2AA jarak 25.3km
5. 9M4RDG-3 jarak 54.8km
6. 9W2DIE-3 jarak 11.9km
7. 9M2RKK-3 jarak 33.2km
8. 9W2SZJ-3 jarak 28.9km
9. 9M2CJ-9 jarak 34.2km
10. 9M2YOT-9 jarak 86.2km
11. 9M2RPN jarak 25.3km
12. 9M4RTB-3 jarak 33.2km
13. 9M4RGL-3 jarak 110.3km
14. 9W8HAM-12 jarak 40.6km
15. 9W2RUT-2 jarak 37km
16. 9W2EDU-1 jarak 32.1km
17. 9W2EDK-9 jarak 26.1km
18. 9W2VHD--9 jarak 63.4km


Nampaknya tengah malam ke pagi xtvt aprs sangat meriah. Wx yang baik dengan bulan penuh pada malam ini mungkin membantu.
Stesen 9W2YBR-2 di selatan tanahair berjaya ke kawasan tengah melalui digipeater G.Pulai, G.Ledang dan G. Telapa Buruk. walaupun jauh dapat aku andaikan bahawa stesen ini sangat aktif.

Setakat ini aku masih belum mendengar stesen di sebelah utara. Nampaknya propagasi dari selatan ke kawasan tengah lebih aktif.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


Kem SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 ketika Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke-50 2014

  1. Kejohanan Balapan & Padang MSSD Hulu Langat Kali ke 50 2014
    Stadium UKM Bangi.


    Hari Pertama
    Pencapaian Kem SMK Bdr Tun Huseein Onn 2, Cheras

    Emas Sarah Lompat Tinggi P3
    Gangsa Aimi 800m P3
    Gangsa Dayanah Lompat Tinggi P2
    Gangsa Zarith Sofea 100m P3...

    Hari Kedua
    Perak Nazeem Lompat Tinggi L2

    Hari Ketiga
    Perak 4x100m P3

    Hari Keempat
    Perak 4x400m P3
    Emas Anas Lompat Tinggi L1 Rekod Kejohanan 1.86m
    Perak Hazeem Lompat Tinggi L1

    Lelaki L1 Terbaik Anas Lompat Tinggi

    Keseluruhan Pencapaian Kem SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras
    2 Emas 4 Perak 3 Gangsa
    Tahniah kepada semua atlet 








Objek APRS MH370 daripada K7GPS

MH370 yang hilang sabtu lalu masih belum dijumpai. Atas keperihatinan rakan ham dari Amerika Syarikat David K7GPS telah membuat objek APRS MH370 QTH terakhir ia dikesan.




Ikon kapal terbang itu dipilih sesuai kerana pesawat MH370 atau 9MMRO yang masih belum dijumpai boleh dilihat dalam APRS seperti di aprs.fi


Apapun kita mendoakan agar ke semua penumpang dan anak kapal dapat ditemui dengan segera yang masuk hari ke tujuh. 

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke-50 2014


 Mulai 10 Mac hingga 13 Mac 2014 aku akan portable di Stadium UKM Bangi sempena Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke-50. Setelah dua tahun di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, kini kembali semula di sini dengan trek larian yang baru.

Keadaan cuaca yang kering dan berjerebu memberi cabaran yang paling besar kepada atlet yang bertanding. Tidak terlepas atlet aku juga terpaksa mengharungi cabaran cuaca yang panas dan kering serta berjerebu pada tahun ini.

Nasib baik pada hari pertama atlet aku tidak menghampakan kerana berjaya membawa satu pingat emas dan tiga pingat gangsa. Kesemuanya disumbangkan oleh atlet perempuan.

Emas dimenangi oleh Sarah dalam acara lompat tinggi perempuan kelas 3. Manakala gangsa disumbangkan oleh Aimi dalam acara 800m perempuan 3, Dayanah pula dalam acara lompat tinggi perempuan 2 dan Zarith Sofea dalam acara 100m perempuan 3.

Mulai esok aku akan QRV 147.495Mhz sepanjang kejohanan ini berlangsung. Biasanya acara bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Mana-mana rakan berkelapangan bolehlah bersalaman di udara mahupun di daratan. Aku juga ingin cuba mengaktifkan APRS memandangkan terdapat dua stesen digipeater yang berhampiran QTH iaitu 9W2WEE-3 dan 9W2CEH-3.

Aku akan menggunakan handy sahaja dengan antena rubber duck. Biasanya aku dapat QSO bersama 9W2CEH dua tahun lalu. Jika ke stadium carilah aku di kem SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan pasti aku berada di sana sepanjang hari.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



Aktiviti APRS yang didengari oleh 9W2DYA


Jam 11 pagi ini mengaktifkan lagi 9W2DYA. Antara stesen yang didengar adalah:

1. 9W2WEE-3 jarak 2.6km
2. 9W2AA jarak 29.3km
3. 9W2YBR-2 jarak 265.6km
4. 9M4RAK-1 jarak 202.6km
5. 9M2TPT-13 jarak 42.7km
6. 9W2VIS-3 jarak 64.6km
7. 9M2AUR-9 jarak 131.2km
8. 9W2EDK-9 jarak 26.6km
9. 9M4RBC jarak 59.9km
10. 9W2DIE-3 jarak 11.3km
11. 9M4RDG-3 jarak 59km
12. 9W2DTR-9 jarak 37.1km
13. 9W2DIE-6 jarak 42.1km
14. 9M2RKK-3 jarak 35.9km
15. 9M4RGL-3 jarak 109.3km
16. 9M2TPT-9 jarak 42.1km
17. 9M2YOT-9 jarak 83.3km





Sambil menunggu berita tentang kehilangan MH370 semasa terbang ke Beijing dari KLIA. Moga dapat berita tentang perkhabaran semua penumpang dan anak kapal selamat. Selepas lebih 24 jam masih lagi menunggu berita tentang operasi dan menyelamat masih berjalan.

73, Jojet, 9W2DYA

Stesen yang dapat didengari pada hampir tengahari ini oleh 9W2DYA

Pada jam 11.00 pagi ini sekali lagi 9W2DYA diaktifkan. Antara stesen yang dapat didengari adalah:

1. 9M2TPT-13 jarak 42.7km
2. 9W2YBR-2 jarak 265.6km
3. 9M4RDG-3 jarak 59km
4. 9W2VXP-8 jarak 35.5km
5. 9W2WEE-3 jarak 2.6km
6. 9W2DIE-3 jarak 11.3km
7. 9M4RTB-3 jarak 33.5km
8. 9M2YOT-9 jarak 91km
9. 9M4RGL-3 jarak 109.3km
10. 9W2SMF-9 jarak 44.6km
11. 9W2EDU-9 jarak 30.1km
12. 9W2SZJ-3 jarak 30.4km
13. 9M4RBC jarak 59.9km
14. 9W2EDU-1 jarak 36km
15. 9W2CEH-3 jarak 5.5km
16. 9W2AA jarak 29.3km

Meriah juga tengahari ini.

73, Jojet, 9W2DYA

Stesen yang dapat didengari tengah malam ini oleh 9W2DYA


Pada pagi yang dingin ini bermula jam 12 tgh malam ini aku mengaktifkan 9W2DYA. Antara stesen yang dapat didengari adalah:

1. 9W2YBR-2 jarak 265.6km
2. 9M2RKK-3 jarak 35.9km
3. 9M4RTB-3 jarak 33.5km
4. 9M4RGL-3 jarak 109.3km
5. 9W2RUT-2 jarak 40km
6. 9M2TPT-13 jarak 42.7km
7. 9W2EDU-1 jarak 36km
8. 9W2WEE-3 jarak 2.6km

Berbanding dengan siang tadi lebih banyak stesen yang aktif dikesan. Malam yang tidak berawan ini propagasi tidak membantu mendapatkan stesen yang lebih banyak.

73, JOJET, 9W2DYA

9W2DYA diaktifkan semula

Stesen yang dapat didengari pada pagi ini:

1. MINAS jarak 238km
2. 9W2AA jarak 29.3km
3. 9W2WEE-3 jarak 2.6km
4. 9W2EDK-9 jarak 12.5km
5. 9W2SMF-9 jarak 39.5km
6. 9W2YBR-2 jarak 256.6km
7. 9M4RDG-3 jarak 59km
8. 9M2TPT-13 jarak 42.7km
9. 9W2CEH-3 jarak 5.5km
10. 9M4RTB-3 jarak 33.5km
11. 9W8HAM-12 jarak 36.5km
12. 9M4RBC jarak 59.9
13. 9W2EDU-1 jarak 36km
14. 9W2VHD-9 jarak 68.9km
15. 9M4RGL-3 jarak 109.3km
16. 9W2RUT-2 jarak 40km
17. 9M4RAK-3 jarak 202.6km
18. 9W2SZJ-3 jarak 30.4km
19. 9M4RGP-3 jarak 243.4km
9W2CEH-312014-03-07 09:06:472014-03-07 09:06:47OJ02VW > OJ02VV5.5 km 44°2014-03-07 09:06:47
9W2WEE-312014-03-07 10:03:092014-03-07 10:03:09OJ02VW > OJ02VV2.6 km 1°2014-03-07 10:03:09

Text bersama 9M2ZAK-0 melalui APRS

Pada 27 dan 28 Februari di sebelah malam aku telah mengaktifkan 9W2DYA-5 iaitu APRSdroid melalui henfon. Ketika mengaktifkan APRSdroid itu kelihatan 9M2ZAK-0 sedang mengaktifkan UIview32 portable di Muar.

Akupun cuba menghantar text kepadanya dan selepas beberapa minit iapun memberi respons. Mulalah aku bersama Zak bersembang dalam mode digital APRS ini.

Zak ada tugasan di Muar sempena Kejohanan Ping Pong peringkat negeri. Beliau berasa bosan kerana pada kali ini tidak membawa sebarang radas untuk memancar kerana menyangka tugas kali  ini sibuk hingga ke malam. Tetapi pihak menganjur berjaya menyediakan jadual yang terbaik memastikan  tiada aktiviti sebelah malam diadakan.

Nasib baik beliau telah meneroka APRS melalui sifu 9W2RUT Weerut yang berjaya menunjuk ajar tentang APRS ini. Akupun banyak belajar dari Weerut juga yang sememang pakar dan banyak berkongsi ilmu tentang APRS. Terima Kasih Weerut.

Sememang pengamal radio boleh terus berhubung menggunakan pelbagai kaedah. Tanpa radio dengan adanya mode digital kita masih boleh berhubung. Jarak aku di Bangi dan Muar adalah jauh tetapi masih berhubung di bawah hobi radio amatur.

Dua malam ketika beliau portable di Muar aku dapat bersembang dengannya. Tiadalah terasa kebosanan sangat lagi-lagi jika berjauhan dengan keluarga dan tidak membawa perlatan radas. Melalui APRS ini dapatlah berhubung dan bertukar-tukar fikiran dan cerita.

Malam kedua selain beliau aku juga dapat contact dua stesen lagi. Stesen yang bermobile ketika itu di Batu Caves yang bersama-sama iaitu 9W2WSM-5 dan 9W2YZN-5.

Jika ada kelapangan aku suka menghantar text mana-mana stesen yang sedang aktif. Kalau bernasib baik ia akan respons dan bolehlah bersembang lagi.

Syabas dan tahniah 9M2ZAK yang berjaya meneroka satu bidang yang baru iaitu APRS. Tidak sia-sia belajar kerana ia dapat digunakan dan seterusnya dapat pula bersembang dengan aku hihi.
Seperti HF, APRS banyak perkara yang boleh diteroka lagi. Akupun seronok dapat bersembang bersama pengamal radio amatur yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi teruta, membaca blog beliau yang ada pelbagai info tentang radio amatur.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...