Pada 27 dan 28 Februari di sebelah malam aku telah mengaktifkan 9W2DYA-5 iaitu APRSdroid melalui henfon. Ketika mengaktifkan APRSdroid itu kelihatan 9M2ZAK-0 sedang mengaktifkan UIview32 portable di Muar.
Akupun cuba menghantar text kepadanya dan selepas beberapa minit iapun memberi respons. Mulalah aku bersama Zak bersembang dalam mode digital APRS ini.
Zak ada tugasan di Muar sempena Kejohanan Ping Pong peringkat negeri. Beliau berasa bosan kerana pada kali ini tidak membawa sebarang radas untuk memancar kerana menyangka tugas kali ini sibuk hingga ke malam. Tetapi pihak menganjur berjaya menyediakan jadual yang terbaik memastikan tiada aktiviti sebelah malam diadakan.
Nasib baik beliau telah meneroka APRS melalui sifu 9W2RUT Weerut yang berjaya menunjuk ajar tentang APRS ini. Akupun banyak belajar dari Weerut juga yang sememang pakar dan banyak berkongsi ilmu tentang APRS. Terima Kasih Weerut.
Sememang pengamal radio boleh terus berhubung menggunakan pelbagai kaedah. Tanpa radio dengan adanya mode digital kita masih boleh berhubung. Jarak aku di Bangi dan Muar adalah jauh tetapi masih berhubung di bawah hobi radio amatur.
Dua malam ketika beliau portable di Muar aku dapat bersembang dengannya. Tiadalah terasa kebosanan sangat lagi-lagi jika berjauhan dengan keluarga dan tidak membawa perlatan radas. Melalui APRS ini dapatlah berhubung dan bertukar-tukar fikiran dan cerita.
Malam kedua selain beliau aku juga dapat contact dua stesen lagi. Stesen yang bermobile ketika itu di Batu Caves yang bersama-sama iaitu 9W2WSM-5 dan 9W2YZN-5.
Jika ada kelapangan aku suka menghantar text mana-mana stesen yang sedang aktif. Kalau bernasib baik ia akan respons dan bolehlah bersembang lagi.
Syabas dan tahniah 9M2ZAK yang berjaya meneroka satu bidang yang baru iaitu APRS. Tidak sia-sia belajar kerana ia dapat digunakan dan seterusnya dapat pula bersembang dengan aku hihi.
Seperti HF, APRS banyak perkara yang boleh diteroka lagi. Akupun seronok dapat bersembang bersama pengamal radio amatur yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi teruta, membaca blog beliau yang ada pelbagai info tentang radio amatur.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment