Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke-50 2014


 Mulai 10 Mac hingga 13 Mac 2014 aku akan portable di Stadium UKM Bangi sempena Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke-50. Setelah dua tahun di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, kini kembali semula di sini dengan trek larian yang baru.

Keadaan cuaca yang kering dan berjerebu memberi cabaran yang paling besar kepada atlet yang bertanding. Tidak terlepas atlet aku juga terpaksa mengharungi cabaran cuaca yang panas dan kering serta berjerebu pada tahun ini.

Nasib baik pada hari pertama atlet aku tidak menghampakan kerana berjaya membawa satu pingat emas dan tiga pingat gangsa. Kesemuanya disumbangkan oleh atlet perempuan.

Emas dimenangi oleh Sarah dalam acara lompat tinggi perempuan kelas 3. Manakala gangsa disumbangkan oleh Aimi dalam acara 800m perempuan 3, Dayanah pula dalam acara lompat tinggi perempuan 2 dan Zarith Sofea dalam acara 100m perempuan 3.

Mulai esok aku akan QRV 147.495Mhz sepanjang kejohanan ini berlangsung. Biasanya acara bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Mana-mana rakan berkelapangan bolehlah bersalaman di udara mahupun di daratan. Aku juga ingin cuba mengaktifkan APRS memandangkan terdapat dua stesen digipeater yang berhampiran QTH iaitu 9W2WEE-3 dan 9W2CEH-3.

Aku akan menggunakan handy sahaja dengan antena rubber duck. Biasanya aku dapat QSO bersama 9W2CEH dua tahun lalu. Jika ke stadium carilah aku di kem SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan pasti aku berada di sana sepanjang hari.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...