9W2EDU-1

Sembang bersama Ikmal Putra 9W2EDU di FB banyak maklumat tentang stesen igatenya 9W2EDU-1. Banyak perkara dapat dikongsi terutama mengenai perkembangan aprs yang semakin rancak di kawasan tengah.


Antena 9W2EDU-1 ditingkat atas sekali
Bercerita tentang antena yang digunakan untuk igate 9W2EDU-1 dapat juga menambah pengetahuan.Ini kerana berdasarkan data stesen ini sangat mengagumkan prestasinya bekerja.


Antena yang dapat bekerja dengan baik bagi kawasan Wangsa Maju dan Gombak. Ia berjaya membuat liputan yang meluas bagi kawasan ini. Jadi tiadalah terputus bekalan jika melewati kawasan ini.

Perkembangan penggunaan tracker yang meluaskan secara tidak langsung memerlukan digipeater dan igate bagi sesuatu kawasan. Stesen yang menggunakan tracker pasti mengharapkan lebih banyak wujudnya digipeater dan igate bagi memastikan data diterima tidak terputus ditengah jalan.

Nasib baiklah di kawasan tengah ini bertaburan digipeater dan igate. Perkembangan di Ipoh juga amat positif, walaupun dimulakan oleh satu stesen sahaja. Lama-kelamaan pasti banyak stesen akan tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Tahniah sekali lagi kepada Ikmal Putra 9W2EDU atas usaha gigihnya telah berjaya meramaikan lagi stesen aprs di negara kita ini.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...