Monumen Alaf Baru merupakan QTH yang paling tempat berlangsungnya acara ini. Pada petang sebelum itu hujan lebat dan ribut petir telah melanda lembah Klang. Syukur pada waktu yang dijanjikan WX sangat baik untuk acara ini diteruskan.
Ketika aku sampai lebih kurang jam 5.45 petang kedengaran juruacara mengumumkan bahawa acara ini akan diteruskan jikalau wx mengizinkan. Ramalan mengatakan bahawa hujan dijangka turun semula. Tetapi syukur sekali lagi bahawa xtvt ini diteruskan jua. Kenderaan pacuan empat roda dan lori memunggah belon dan bakul ke tempat perlepasan.
Selepas kain belon dibuka dan direntangkan dan bakul bersedia di tepinya. Baru angin dimasukkan ke dalam belon bagi ia mengembang menggunakan kipas angin. Beberapa krew bersedia memegang kain belon bagi ia mengembang dengan baik.
Selepas hampir kembang dengan baik dan mengikut bentuk belon itu, maka api dari burner dilepaskan bagi memberi tekanan udara yang ringan bergerak ke atas dalam ruang belon itu. Pada masa ini kelihatan krew bertungkus-lumus agar belon itu dapat dikembangkan dengan baik sekali. Jika ada tekanan udara dari luar yang menekan belon itu pasti bentuknya tidak sempurna dan boleh menyebabkan kegagalan untuk mendapat bentuk belon yang sempurna.
Akhirnya belon ini dapat ditegakkan dengan sempurna. Tetapi mungkin sebab masalah teknikal belon ini tidak dapat berlepas ke udara. Padahal belon ini merupakan yang paling awal turun dari lori untuk dilancarkan. Jelas terpancar kekecewaan dari juruterbang belon dapat aku lihat ditepi pagar yang disediakan sekelilingnya.
Selepas jam 6 petang orang ramai berduyun-duyun datang untuk menyaksikan lebih banyak belon terbang ke udara.
Serentak dengannya banyak belon telah berjaya berlepas ke udara telah melukis pemandangan indah di Putrajaya.
Ia seolah-olah berlumba-lumba ingin berlepas ke udara yang semakin baik cuacanya.
Ada juga belon mempunyai bentuk yang lain daripada kebiasaannya seperti bentuk aiskrim gambar diatas.
Semakin tinggi ia terbang, maka semakinlah jauh ia bebas terbang ke mana hala tujuannya. Suasana semakin meriah memandangkan telah banyak belon berjaya terbang ke udara.
Begitulah suasana acara Belon udara panas buat tahun ini yang begitu meriahnya. Gerai jualan turut disediakan kepada para pengunjung. Kepada yang belum sempat ke sana masih ada peluang hujung minggu ini.
Selain itu juga, aku berharap tracker APRS yang dikhabarkan akan dipasangkan di salah satu belon itu bolehlah aku monitornya. Nasib baiklah radio akupun sudah kehabisan bateri. Jika tidak pasti aku akan setup igate untuk tujuan ini.
Pada pemerhatian aku juga komunikasi radio digunakan bagi melancarkan perhubungan antara juruterbang dan krew didaratan. Kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan kelihatan antena radio dua hala terpacak di atas bumbung terutamanya quaterwave atau cili padi.
Bagi komuniti APRS, jika menggunakan belon udara panas berjaya diletakkan tracker ia merupakan batu loncatan untuk meneroka ke tahap yang lebih jauh. Selepas ini bolehlah meneroka belon beraltitud tinggi pula untuk menguji tahap kemampuan dan liputan sesuatu radas itu. Buat masa ini ham di Malaysia belum lagi melancarkan belon beraltitud tinggi sedangkan negara jiran kita Thailand sudahpun melancarnya tahun lepas.
Oleh itu, sokongan padu semua pihak harus wujud bagi merealisasikan projek ini sebelum ke arah yang lebih besar menghantar satelit mikro.
73, Jojet, 9W2DYA
No comments:
Post a Comment