Baru-baru ini berita kehilangan 10 orang pendaki di Gunung Tok Wan, Broga mendapat liputan media.
Teringat kembali ketika aku mendaki bersama Farouq ke sini pada tahun lepas. Sebelum ke puncak ini perlulah mendaki puncak Broga terlebih dahulu yang ketinggiannya 400m.
Kami berdua mengikut denai atau trek ke puncak berdasarkan beberapa tanda yang ada. Pada masa ini belum berlakunya kejadian hutan terbakar akibat kemarau beberapa bulan yang lepas. Di khabar juga oleh mangsa kemungkinan trek tidak dijumpai atau hilang kerana perubahan keadaan muka bumi.
Sampainya dipuncak ketinggian yang dapat direkod melalui jam tangan Protrek Farouq adalah 635m.
Selain itu, ditangan kami mempunyai radio komunikasi setiap seorang untuk tujuan keselamatan dan perhubungan.
Syukur perjalanan kami selamat sampai ke bawah walaupun menghadapi panas terik ketika melalui kawasan lalang Bukit Broga. Kami naik agak lewat bukan seperti kebanyakan orang yang suka mendaki ketika sebelum subuh yang gelap. Semata-mata untuk hadir melihat matahari terbit disebalik bukit.
Perkhabaran juga mengatakan mangsa mendaki ketika keadaan yang gelap hingga membawa tersasar daripada trek yang sebenar. Tidak diketahui pula mereka ini mempunyai tahap pencahayaan yang mencukupi ketika melakukan aktiviti trekking ini. Keadaan yang gelap kerana hutannya lebih tebal berbanding kawasan Broga yang dipenuhi lalang sahaja.
credit Angah Deen |
Peta diatas adalah peta yang menjadi rujukan semasa operasi mencari dan menyelamat. Lokasi terakhir mangsa dapat dikesan melalui telefon bimbit yang dapat digunakan.
credit Angah Deen |
Latitud 02.58.59N dan 101.54.55E yang dapat dicatat dalam GPS yang ada. Mangsa juga bijak mengaktifkan GPS agar kedudukan terkini dapat direkodkan serta dilaporkan.
credit Angah Deen |
Dengan itu pasukan menyelamat dapat mengetahui kedudukan yang terakhir dengan tepat apabila berjaya menggunakan teknologi GPS melalui telefon pintar walaupun kuasa bateri mempunyai baki 6% sahaja. Liputan talian juga berfungsi dengan baik memandangkan kedudukan terakhir itu berdekatan dengan penempatan.
credit Angah Deen |
Selain itu, mangsa juga berjaya menghantar gambar sewaktu kehilangan itu. Inilah dinamakan teknologi masa kini yang serba sedikit memudahkan operasi pencarian. Apa yang dapat dilihat di dalam gambar menunjukkan mangsa berada di kawasan aliran sungai yang berbatu sememang sangat baik untuk tujuan keluar menyelamatkan diri.
Aliran air pasti akan membawa turun hingga ke kawasan hilir yang pasti akan jumpa penempatan. Ternyata keputusan mereka tepat kerana mereka berjaya keluar hingga ke Kacau berdekatan dengan Sungai Tekala.
Nasib juga menyebelahi mereka kerana berjaya turun ke arah kawasan Hulu Langat. Pasti cerita akan bertukar jika mereka tersasar ke arah timur di Negeri Sembilan berupa hutan tebal. Pencarian pasti akan memakan masa yang lebih lama lagi jika tersesat di dalam hutan tebal.
Berbalik kepada Gunung Tok Wan ini, permatangnya bermula dari puncak Broga 400m. Merujuk kepada peta Jabatan Ukur dan Pemetaan itu, tiada pula titik tinggi yang tertulis Broga. Titik tinggi yang ada adalah 390m. Seterusnya melalui titik tinggi 540m sebelum tiba di titik tinggi 671m yang dikatakan puncak Tok Wan.
Aku ingat inilah puncak yang tertinggi di Broga ini, tetapi telahan aku salah kerana menurut sumber terdapat puncak yang lebih tinggi berdekatannya yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Rakan pendaki yang telah sampai ke puncak itu telah memberitahuku bahawa terdapat puncak yang lebih tinggi dari Tok Wan. Bila penelitian melalui google map memang pasti betul.
Maklumat itu telah sah dan nyata apabila melihat kepada peta ini menunjukkan puncak yang tertinggi adalah Bukit Lapan Belas dengan ketinggian 809m yang bertanda stesen trigonometri. Merujuk kepada rakan pendaki yang kali terakhir ke puncak ini pada tahun 2001/02 beirut di situ reput. Kalau pergi hari ini pasti tinggal rangka sahaja agaknya.
credit Angah Deen |
Seronok juga dapat menawan puncak Bukit Lapan Belas ini bolehlah menambah koleksi peribadi. Pasti treknya semak dan memerlukan gang sondol melakukan tugas menebas. Harap mana-mana rakan pendaki yang berjaya menawan kembali puncak Bukit Lapan Belas ini bolehlah kongsikan maklumat terkini. Pastikan group yang masuk adalah terdiri daripada mereka yang sangat berkemahiran tinggi disamping mempunyai peralatan yang mencukupi. Selain itu, mempunyai pengalaman dan kemahiran membuka trek yang jarang dilalui serta mempunyai peralatan GPS yang canggih atau seangkatan dengannya.
Bila berjaya membuka trek ke Bukit Lapan Belas pastilah Gunung Tok Wan sebagai salah satu persinggahan sebelum tiba ke puncak tertinggi di kawasan itu. Bagaimana pula puncak 671m ini diberi nama Tok Wan? Aku ada terbaca diFB sejarah nama ini sememang dibuka oleh beberapa orang. Nama diberi sempena ketua mereka dan kekallah ia hingga diketahui seluruh Malaysia apabila berlakunya kes hilang ini.
- Kes 10 orang pelajar SMK Saujana Impian yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan dari puncak Bukit Broga kelmarin.Dah sampai masanya trek Gunung Tok Wan DITUTUP,papantanda Gunung Tok Wan di Bukit Broga dibuang atau dipadam bagi mengelakkan kejadian sebigini berulang.Gunung Tok Wan jarang dikunjungi menyebabkan trek semakin 'semak'dan sukar kelihatan berikutan terdapat kawasan hutan yg kering dan t...erbakar dan menyebabkan marking asal hilang dan wujud trek lain yang mengelirukan.Apa yang menarik sangat di puncak Gunung Tok Wan tu berbanding puncak Bukit Broga! Jarak perjalanan ke puncak Gunung Tok Wan yang agak jauh hampir 2-3 jam trekking.Sampai puncak Tok Wan,tiada apa apa view pemandangan yang menarik seperti view di Bukit Broga.Yang ada hanyalah pondok kayu dan batu bata yang disusun di puncak G.Tok
Wan.Namun Tahukan anda..asal usul dan sejarah Gunung Tok Wan??..Gunung Tok Wan sememangnya TIDAK WUJUD dalam peta topografi Malaysia(boleh refer di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia..yang ada hanya puncak bukit yang ditandakan dalam kontur peta titik berketinggian 670 meter dari paras laut.Tahukan Anda..Siapakah orang yang bertanggungjawab atas kewujudan nama Gunung Tok Wan?..Al kisahnya bermula pada awal tahun 2010,sekumpulan pendaki dari
staff Jabatan Penjara Kajang diketuai oleh Ketua program mereka yang digelar Tok Wan mula merentis dan membuka trek dari puncak Bukit Broga ke puncak Gunung Tok Wan sesuka hati tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri.Mereka membawa parang, memikul batu bata, memasang marking tape di sepanjang trek yang mereka rentis berpandukan peta,kompas,gps yang diketuai oleh Leader mereka iaitu Tok Wan.Apabila mereka menjumpai puncak berketinggian 670 m,mereka terus meletakkan papanda puncak yang bertulis nama Gunung Tok Wan yang diambil sempena nama ketua mereka iaitu Tok Wan..Tok Wan ni berumur dalam lingkungan 50 an yang juga merupakan Ketua Warden Jabatan Penjara Kajang..saya sempat berbual dengan salah seorang dari kumpulan Tok Wan ini ketika terserempak dengan mereka sewaktu mendaki Bukit Broga sebelum mereka memulakan aktiviti merentis/membuka trek.Dan selepas mereka keluar dari Bukit Broga, mereka meletakkan papantanda Gunung Tok Wan di puncak Bukit Broga..dan selepas itu bermulalah orang awam menggunakan trek ke gunung Tok Wan yang direntis oleh mereka sehinggalah ke hari ini....Masih ramai kalangan pengunjung dan pendaki yang masih belum tahu asal usul kewujudan Gunung Tok Wan..semoga info di sini dapat dikongsi bersama..
Perlukan anggota-anggota untuk Ops Orang Hilang (10 Jiwa) di Broga. Shif berikut jam 7 pagi. Perlukan 3-4 orang untuk. Sila QSL siapa yang boleh hadir. Equipment handy/mobile VHF dan HF diperlukan untuk komunikasi.
Sila lapor kepada 9W2FG Ashwar Aziz atau 9M2SQL Abdul Omar atau 9M2RHQ Rosli Hasan di PKB Bomba di lokasi.
Ini menunjukkan bantuan komunikasi radio turut diberi bagi tugas mencari dan menyelamat ini.
credit Hasan Chan Chang Weng |
Bantuan komunikasi kecemasan sangat penting diberi bagi memudahkan segala urusan komunikasi agar berjalan tanpa sebarang masalah.
credit Hasan Chan Chang Weng |
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menemui mangsa dengan selamat. Hanya seorang daripada 10 mengalami cedera ringan. Pengajaran yang diperolehi kepada semua pendaki adalah keselamatan mesti diutamakan. Pengalaman amat penting bagi memandu ke sesuatu destinasi. Risiko yang diambil oleh mangsa terlalu tinggi memandang terlalu muda usianya serta tiada seorangpun yang berpengalaman tiba ke puncak sebelum ini.
Oleh itu, pergilah bersama orang yang mempunyai pengalaman tinggi serta peralatan keselamatan yang cukup.
73, Jojet, 9W2DYA
GUNUNG TOK WAN..Inilah Tok Wan nya.. sejarah nama Gunung Tok Wan diperolehi sempena Datuk Wan Nazarie mula mendaki gunung sejak 2008.. ..Pada masa itu hanya Bukit Broga dikenali oleh orang ramai. dalam blog beliau ada penceritaannya.
ReplyDeletehttp://wanazarie.blogspot.co.uk/2016/01/328-meneroka-gunung-tok-wan-2009.html
terima kasih atas infonya
ReplyDelete