QSO bersama 9W2VRO dan monitor 9W2YD

Lebih kurang 9.55 malam 2April 2014 aku telah salam contact perdana dan contact kenal bersama Sham 9W2VRO di Bandar Baru Bangi.

Aku cuba memangil-manggil di V40 ketika itu, tidak disangka panggilan aku dijawab oleh beliau ketika itu sedang bermobile pulang ke base di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Beliau telah menerima aku readabilty 3 dan aku menerimanya readability 5/9 crystal clear walaupun bermobile.

Beliau berharap dapat menyambung QSO dibase jika berkelapangan. Manakala akupun QRV V40 dengan harapan dapat QSO semula untuk menguji signal report dibase pula. Malangnya handy yang boleh digunakan untuk QSO telah kehabisan bateri. Manakala sebuah lagi hanya boleh RX sahaja tanpa boleh TX.

Sejam selepas itu kedengaran audio di V40 yang QRV itu. Ingatkan beliau rupanya rakan 9W2EHZ sedang bermobile di Kajang yang cuba ingin menyambut panggilan Pak Yusof 9W2YD yang sedang CQ CQ. Malangnya audio 9W2EHZ tidak disambut oleh Pak Yusop yang berada di Seksyen 20 Shah Alam.

Bermula xtvt monitor di calling channel yang dipajak oleh Pak Yusof pada malam itu. Pak Yusof QSO bersama 9W2VNN di Pelabuhan Klang malangnya negatif copy. Tanpa sebarang audio dan signal strenght diterima.

Kemudian masuk 9W2DBO yang sedang bermobile di Ampang. Aku terima readability 3 dan kadangkala terputus-putus.

Kemudian aku melakukan tugasan dan meninggalkan radio. Selepas urusan selesai maka aku menyambung semula untuk monitor jikalau Pak Yusof masih di frequensi. Telahan aku tepat kerana Pak Yusof 9W2YD yang baru dua hari aktif semula xtvt radio sedang QSO bersama  Zul 9W2DTZ. Negatif copy aku terima Zul 9W2DTZ tak tahu QTH.

Seterus Pak Yup 9W2YUP di Kota Damansara masuk bergabung. Aku terima audionya readabilty 2 dan audio jauh kebelakang dan sukar untuk difahami butir QSOnya. Kadang-kala signal strenght turun dan sangat rendah dan juga kehilangan audio.

Semakin lama terima Pak Yusof readabilty 4/9 dan menurun kekuatan audionya. Setelah Zul 9W2DTZ signing off maka rancaklah perbualan Pak Yup bersama Pak Yusof.

QSO bersama rakan ham yang berpengalaman sememangnya tidak dilepaskan. Begitu juga aku, jika berpeluang bertemu rakan yang lebih berpengalaman pasti pelbagai persoalan diajukan bagi menambah pengalaman dan juga pengukuhkan pengetahuan tentang radio amatur.

9W2YD yang membuat come back telah berjaya membuat contact perdana bersama 15 stesen. Beliau telah menceritakan pengalaman xtvt radio pada zamannya yang sememangnya berbeza dengan generasi kini.

Kemeriahan xtvt radio mungkin sangat berbeza kini seperti antena party, homebrew dan xtvt dxing. Pertambahan berganda pengamal radio amatur di Malaysia telah mewujudkan banyak komuniti, persatuan atau kelab yang banyak membantu menggiatkan usaha menarik lebih ramai lagi masyarakat menceburi hobi yang saintifik ini.

Peralatan radas kini juga banyak pilihan berbanding dahulu sukar untuk dimiliki kerana pelbagai rintangan dan kekangan oleh pihak berkuasa seperti peraturan untuk memiliki sebarang radas yang amat ketat.

Lagipun banyak pilihan dengan kebanjiran produk dari negara tembok besar yang lebih murah serta mutunya agak baik berbanding dengan jenama tersohor seperti Kenwood, Icom, Yeasu dan lain-lain lagi. Akses untuk memiliki juga mudah kerana banyak toko-toko elektronik kini menjualnya terutama diibu kota.

Tetapi ramai juga tetap memilih jenama terkenal kerana mutu dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Sememangnya cerita dan pengalaman Pak Yusof yang kembali aktif sangat menarik dan harus dikongsi bersama. Generasi baru kini harus merebut peluang untuk bertukar pendapat dan pengalaman. Cerita generasi ham dahulu perlulah juga diketahui kerana kita dapat mempelajari sesuatu daripadanya.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...