Bercuti di Melaka

Cuti pertengahan tahun 2014 kali aku bersama XYL ke Melaka. Hari pertama cuti sekolah kali ini menjadi pilihan memandangkan ramai ibubapa masih bekerja. Pada jangkaanku pasti mudah untuk menempah penginapan.

28 Mei 2014 hari pertama cuti ke A Famosa Resort, Alor Gajah. Hampir sejam memandu dari Bandar Seri Putra amatlah mudah tanpa kesesakan terutama di Nilai. Tempahan awal telah dibuat di Hotel resort memudahkan segala urusan. 

Selepas checkin dan melihat keadaan bilik, aku kep Alor Gajah untuk mengalas perut dan membeli sedikit keperluan. Selepas selesai memulakan perjalanan ke resort. Destinasi pertama adalah ke Water Theme Park dan Safari. Oleh kerana waktu dah lewat petang tempat ini telahpun tutup dan hanya sempat berkunjung ke kedai cenderamata sahaja. Nasib baik bahagian xtvt sukan dan rekreasi masih lagi buka. Terpandang kuda pony yang comel untuk bergambar kenangan.



Belakangnya kelihatan kereta perisai ATM dijadikan perhiasan dan akupun bergambar bukti sudah sampai di sini.



Kereta perisai ini mungkin telah banyak menabur jasa kepada negara. Oleh itu, bagi menghargai jasa dan pengorbanannya boleh diambil gambar buat tatapan generasi masa hadapan.



Selepas itu terus ke bilik sebelum untuk ke Old West dan Fun Fair yang berdekatan dengan hotel. Selepas maghrib kami keluar ke Old West untuk melihat apa yang menarik disediakan. Ia merupakan pekan koboi suasana pada zaman itu. Pertunjukkan Red Indian bermula jam 8.15 malam. Sebelum itu sempat juga naik tren keliling Old west ini.

Tepat jam 8.15 dikawasan pertunjukan lampu digelapkan untuk persembahan Red Indian bermain api. Pelbagai aksi menarik dipertontonkan pada malam itu. Selepas habis persembahan jam 9.15 mula persembahan perarakan pelbagai haiwan, kenderaan, persembahan tarian dan pelbagai lagi.

Habis persembahan pengunjung ke kawasan fun fair untuk menonton persembahan pentas pula. Sementara itu kami memain pelbagai permainan di sediakan dikaunter fun fair. Selepas beberapa  ketika persembahan bunga api pun bermula.




Hari kedua 29 Mei 2014

Bangun pagi seperti biasa bersarapan terlebih dahulu. Jam 12.00 tengahari mesti checkout dan melalui jalan ke Masjid Tanah. Matlamat hari ini ingin menikmati coconut shake di klebang.



Bertanya kepada atenden Petronas disini katanya coconut shake itu tidak jauh dari sini kerana berdekatan dengan Caltex. Aku terus memandu kerana tidak sabar untuk menikmati kesedapannya lebih-lebih ketika waktu panas ini.



Masuk ke dalam kedai untuk makan manakala untuk bungkus boleh dilakukuan di tepi jalan masuk tadi. Pesan coconut shake makan bersama nasi lemak sungguh menyelerakan.



Akhir tercapai jua hasrat untuk menikmati klebang original coconut shake di sini. Seterusnya perjalanan ke Bandar Hilir untuk ke tempat penginapan di Hotel Equatorial. Selepas checkin melihat bilik ditingkat 15 kami ke komp;eks membeli-belah disebelah hotel ini.

Agenda pada malam ini pula adalah ingin menikmati ikan bakar di Umbai. Jejak aku boleh dilihat melalui aprs.fi stesen 9W2DYA-12.



Pada malam itu ramai ahli DXpdc 9M2MI telah tiba di Melaka untuk ke Pulau Undan kesesokan harinya. Melihat kepada signboard ikan bakar akupun ikut sahaja hingga ke tempat letak kereta. Ikan Bakar Parameswara adalah destinasi kami pada malam itu. Menikmatinya dengan penuh kelazatan hidangan yang dipilih. Ramai pengunjung hadir pada malam itu menunjukkan tempat ini menjadi tarikan pelancongan.

Selepas balik ke bilik akupun monitor di mana-mana jalur menggunakan handy. Kedudukannya yang tinggi ditingkat 15 memberi kelebihan untuk memantau. Pada malam itu kedengaran audio yang biasa didengari di V40. Selepas 73 aku cuba untuk masuk bergabung tetapi tidak kesampaian. Aku terus memanggil pada 10.30 malam akhirnya dijawab oleh stesen 9W2BEC abg Masran dari Klang yang berada di Bandar Hilir juga. Menurut beliau baru sampai dan tiba ditempat letak kereta untuk terus ke tempat penginapan.
Pada malam itu aku terus memantau di V40 jikalau kedengaran sebarang audio. Pada jam 10.53 malam dijalur 145.350MHz kedengaran audio dari luar negara melalui echolink.

Hari Ketiga 30 Mei 2014

Pagi itu mulai jam 7 pagi aku mendengar audio Abg Rahmat 9M2RMT dan Yot  9M2YOT sedang QSO di 145.500MHz. Hampir setengah jam aku monitor mereka yang ingin ke Pulau Undan 9M2MI pada pagi itu. Selepas checkout kami terus pulang ke kawasan tengah dan pergi ke I-City Shah Alam pula.



73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...