Total Pageviews

Monday, July 14, 2014

Digipeater yang baru dinaikkan menggunakan tenaga solar


Hari ini terdapat sebuah digipeater berjaya berfungsi dengan baik di Tanjung Malim. Stesen 9W2GD-3 12.9V 33C MARTS Digipeater Tanjung Malim,Perak  




Bukit Fraser turut mempunyai digipeater iaitu stesen 9M4RCC-3. 




Kuala Selangor mempunyai digipeater yang dijanakan oleh kuasa solar iaitu stesen 9W2ZSU-3.




Lagi satu stesen yang menggunakan tenaga solar dibase adalah 9W2ZSU-15.




Nampaknya penggunaan solar ini dapat menjimatkan tenaga elektrik dan melestarikan alam terhadap pembebasan gas karbon dioksida yang meluas menyebabkan pemanasan global.

Berkongsi cerita bersama Salim 9W2ZSU yang sangat meminati tentang R&D  teknologi tenaga solar ini melalui whatsapp banyak perkara dapat dipelajari.


Menurut belaiu kos untuk menggunakan tenaga solar bagi membina sistem digipeater yang baik ini tidaklah memerlukan kos yang tinggi.

Solar panel 30w boleh diperolehi melalui Ikmal 9W2EDU yang boleh membekalkannya. Manakala controller yang dibina oleh 9W2ZSU dan bateri juga mampu milik. Daya kreativiti dan inovatif beliau membuatkan impian untuk memiliki sistem solar yang murah dapat dicapai


Jadi sistem sebegini boleh digunakan ditempat-tempat yang tiada sumber tenaga elektrik. Bagi menjimatkan lagi kotak untuk simpan controller dan bateri boleh menggunakan electrical ip box 11x10 daripada plastik.

Apabila semua peralatan disimpan dengan baik dalam box maka tiada siapa yang akan usik untuk mengganggu gugatnya. Maka kita boleh pantau atau monitor dari jauh sahaja seperti yang biasa dibuat dipuncak-puncak gunung bersama repeater.

Menurut beliau lagi bateri agm type tahan lima hingga lapan tahun manakala solar panel boleh tahan sehingga 25 tahun. Kalau ingin maklumat lanjut bolehlah ajukan soalan kepada beliau.

Tenaga 30w dapat diperolehi 1.5a/hour. Jika menggunakan bateri 17ah untuk kegunaan digipeater dalam 12jam ia akan susut sehingga 4ah jadi menurut beliau 4/1.5= 2.5jam pancaran matahari untuk memenuhkan semula tenaga bateri itu. Ternyatalah tenaga diperolehi amat banyak memandangkan penggunaan tenaga bagi digipeater sedikit sahaja.

Manakala stesen 9W2ZSU-15, menggunakan panel 500w dan bateri 360 hybrid. Sangat menjimatkan tenaga elektrik kerana penggunaan lampu adalah 50% pada sebelah siang manakala 100% sebelah malam adalah menggunakan tenaga solar.

Terima kasih kepada Salim 9W2ZSU atas perkongsiannya mengenai tenaga solar yang merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Idea kreativiti dan inovasi ini membolehkan digipeater dipasangkan ditempat-tempat terpencil dan juga untuk penjimatan tenaga.

73, Jojet, 9W2DYA



1 comment:

  1. There is a chance you're eligible for a government sponsored new solar energy program.
    Find out if you qualify now!

    ReplyDelete