9M57MY Special Event Station Malaysia 57th Indenpendence Day

Hari Merdeka kali ini aku berkesempatan mengunjungi Kambing BMX di Bandar Tun Razak Cheras yang terdapatnya stesen 9M57MY. Special callsign sempena Merdeka yg ke-57 kali membolehkan stesen dari seluruh dunia mendapatkan contact sempena Merdeka tahun ini.




Aku memandu dari Bukit Mahkota Bangi berpandukan aplikasi waze yang boleh diharapkan. Kali ini 9W2DYA-12 tidak diaktifkan kerana menggunakan jelopi lain.


Memandu terus ke Bandar Tun Razak melalui Besraya dan MRR2 dan keluar ke BTR. Apabila sampai kelihatan antena yagi menunjukkan betullah tempat yang aku tujui itu.


QTH 9M57MY berdekatan talian voltan tinggi berkemungkinan mengganggu frekuensi radio.


Namun usaha mengadakan stesen ini harus dipuji bagi membawa Malaysia dalam dunia Radio Amatur seluruh dunia lebih-lebih lagi tarikh keramat 31 Ogos.


Tahniah juga kepada MARTS yang berjaya mewujudkan tanda panggilan yang istimewa sempena Merdeka ke-57 pada tahun ini. Selain di Kuala Lumpur ini, beberapa stesen di negeri-negeri turut mempunyai isyarat panggilan sendiri.



Beberapa stesen ini telah berjaya memasuki carta Hot Callsigns@QRZ sepanjang pengaktifannya.


Beberapa radas kelihatan dilihat tersusun bagi menjalankan aktiviti komunikasi HF.


Walaupun kelihatan ringkas tetapi ia dapat berfungsi dengan baik bagi melancarkan perjalanan sepanjang dua hari yang telah  ditetapkan.


Gobox seperti diatas telah disusun atur dengan baik bagi menjalankan aktiviti di luar seperti dxing ini. Ia memudahkan untuk dibawa dengan peralatan juga tersimpan rapi dan selamat.

9W2YND sedang CQ DX mencatat stesen yang dihubungi

Ketika aku sampai, sempat bersalaman dengan stesen master iaitu 9M2AIS Faiz dan 9W2YND Shark. Selepas itu berjumpa tuan punya Kambing BMX iaitu 9M2BMX Abg Man dan juga xylnya 9W2BMQ

9W2YND sedang QSO sambil dibantu oleh 9M2AIS

Selain itu beberapa stesen lagi dapat bersalaman didaratan iaitu 9W2ADC Kayrol yang membawa sarapan roti canai dan teh ais yang sedap lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Selain itu 9W2VVN Iewan yang turut membeli air penghilang dahaga badan serta 9W2WNN Ridhuan rakan yang baru pertama kali bersua. Terima kasih rakan-rakan atas pelawaannya.

9M2AIS sedang QSO sambil dibantu oleh 9W2VVN

9M2AIS sedang menunggu sahutan sambil diperhatikan oleh 9W2WNN

CQ DX bermula lebih kurang selepas jam 10 pagi di band 15M. Pada awal panggilan dibuat tiada stesen yang masuk menyahut panggilan 9W2YND. Selepas beberapa ketika terdapat beberapa stesen terutamanya dari Jepun menyahut panggilan yang dibuat.

Sepanjang lebih kurang tiga jam memantau beberapa stesen telah berjaya dihubungi terutamanya dari negara matahari terbit.

Terima kasih kepada semua rakan yang sudi menerima kehadiran aku pada hari ini. Harap selepas ini banyak lagi event dxing yang boleh disertai.

73, Jojet 9W2DYA






No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...