Satellite Sniper's Gathering and Tracking Course



Kursus Pengenalan / Lanjutan Menembak Satelit (Kali ketiga)

Tarikh: Ahad - 31hb Ogos 2014

Tempat: Bemban, Melaka ( koordinat GPS akan diuruskan oleh Mohammad Romzi Parabola )
...
Bayaran: RM60 ke Maybank Acc : 101245141708 - AZMI BIN SAIAN ( bukti pembayaran boleh dihantar ke Whatsapp no : 011-11428794 )

Tarikh akhir bayaran dan pendaftaran : Selasa - 12hb Ogos 2014

ATURCARA MAJLIS :

0730 - Peserta kursus tiba dan persiapan. Tolong jangan lewat. Kelas akan dimulakan tepat jam 0800. Siapa yang masih terlewat, akan tertinggal dan perkara yang telah diajar tak akan diulang.

0800 - Pengenalan kepada Satellite Beam, Transponder, Gelombang Ku Band, C Band dan S Band. Mengenali satelit yang ada di kawasan kita dan ciri-ciri yang ada di satelit tersebut.

0900 - Pengenalan F connector, Compression tool, RG6 Cable, Diseqc Switch, 22k switch, konsep Multiswitch dan penyambungannya.

0930 - Minum pagi

1000 - Pengenalan kepada jenis-jenis LNB, cara mendapatkan azimuth dan elevation satelit, cara membaca kompas, cara membaca LNB Skew, pengenalan offset dish dan prime focus / focal point dish, cara menambah satelit ke dalam box dan mengisi frequency LNB dan frequency transponder secara manual. Pengenalan kepada motorized dish (actuator).

PRAKTIKAL :

1100 - Pembahagian Kumpulan. Cara memasang dish yang betul. Penyediaan peralatan memasang. Tips dan cara memasang dan perkongsian pengalaman. Kelas diteruskan dengan sessi praktikal membuat tracking secara manual dan menggunakan satfinder untuk Ku Band, S Band dan C Band. Diteruskan dengan membuat blind scan dan mendapatkan siaran Free To Air (FTA).

1300 - Makan tengahari, solat zohor, berehat

1415 - Sessi praktikal disambung

1600 - Refleksi pengajaran, sessi bergambar, minum petang

1700 - Tamat dan bersurai.

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...