QSO bersama 9W2JNJ dan 9W2CYP

Semalam masih beraya ke rumah sanak saudara. Destinasi pertama ke rumah Pak Cik di Bandar Baru Sg Buloh. 9W2DYA-10 diaktifkan sepanjang perjalanan.


Seterusnya rumah Pak Cik yang kedua adalah terletak di Subang Bestari. Oleh kerana rumahnya berada di tingkat 8, aku cuba memanggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan di V40.


Aku bekerja menggunakan handy tyt 
TH-UVF8 dengan antena rubber duck bersama kuasa pancaran 7 watt.


Stesen pertama yang menyahut panggilaku adalah abg Am Jinggo 9W2JNJ di basenya di Damansara Damai. Terima sangat baik readability 5/9 di base beliau.


Kemudian cuba memanggil lagi selepas abg Am Jinggo QRT untuk ke tapak jualan lemang.
Seterus memanggil lagi disambut abg Reza 9W2CYP mobile di Damansara Damai. Terima anda readability 4/8.

Terima kasih kepada dua stesen yang sudi menyahut panggilanku.

73, Jojet de 9W2DYA






Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne