QSO bersama 9W2DFL

Petang tadi selepas keluar dari Mitsui menghala ke Putrajaya sempat QSO bersama abg Dobot 9W2DFL. Semasa menanti melepasi simpang empat Jalan Dengkil-Bangi dan Jalan Kota Warisan-Putrajaya.

Kerja-kerja pembinaan jejambat sedang sibuk dijalankan. Akibat penghalang dibina dikawasan binaan, tidak dapatlah berselisih dengan abg Dobot 9W2DFL. Berselisih di udara sahaja V38 145.475MHz. Beliau ingin menghala ke Nilai, manakala aku ingin ke Presint 11 Taman Saujana Hijau.

Bagaimana boleh memanggil 9W2DFL? Pastilah melalui aprs yang masing-masing mengaktifkan melalui radas masing-masing. Bila ternampak Objek budak ungu 9W2DFL-7 yang akan bertembung di sampang empat. Maka, cuba memanggil di V38 ternyata disahut oleh abg Dobot 9W2DFL.

Kebetulan hari ini aku membawa handheld bersama. Bolehlah cuba memanggil jika ada rakan yang berhampiran. Senang dengan adanya aprs, boleh mengetahui QTH rakan terkini secara langsung. Oleh itu, bagi memudahkan QSO digalakkan juga rakan ham yang lain mengaktifkan aprs. Paling asas mengaktifkan aprsdroid pada telefon pintar masing-masing.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9M2AIS-5 di Kuala Betis, Gua Musang

Kelihatan stesen 9M2AIS-5 berada di Kuala Betis, Gua Musang pada pagi ini.



Merujuk kepada FB Faiz Arifin 9W2BFZ, usaha menyelamat beberapa jelopi yang terkandas di sini.

Credit 9W2BFZ

Mereka telah berada di Kuala Betis seminggu yang lalu dan sepatutnya keluar pada 26 Disember 2018.

Credit 9W2BFZ

Mereka telah terkandas selama dua hari telah memaksa memanggil pasukan penyelamat membantu keluarkan.


Credit 9W2BFZ

Bersama-samalah kita berdoa agar usaha mengeluarkan mangsa yang terkandas ini berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Credit 9W2BFZ
Jam 11:13 pagi stesen 9M2AIS-9 diaktifkan apabila mendapat digipeat 9M4RCH-3 Gunung Brinchang. Koordinat 4 darjah 56.69'N dan 101 darjah 45.92' E. Altitude 204m. Turut diaktifkan stesen 9M2JEP-5 menggunakan aprsdroid memerlukan internet. Jadi kedudukan itu berjaya mendapat liputan talian berbayar. Altitude 216m.

Credit 9W2BFZ

Keadaan laluan yang sukar dilalui kerana berlumpur dan digenangi air.


Credit 9W2BFZ

Usaha memperbaiki laluan yang berlupur sedang giat dijalankan.


Credit 9W2BFZ

Keadaan laluan yang berlumpur pasti sukar untuk dilalui jelopi.

73, Jojet de 9W2DYA

Video HAB Sungkai 2018

https://www.youtube.com/watch?v=_7vH_2weMZo&

Video High Altitude Balloon pada 17/12/2018 di Sungkai lalu telah dimuat turun di Youtube seperti diatas. Boleh menonton AstroBear naik ke atas hingga dijumpai semula.




Tahniah kepada semua yang menjayakannya kerana telah bersusah payah dari awal hingga akhir. Pasti video ini menjadi inspirasi kepada semua yang menontonnya.

Forest Trail Care Nuang 2018

Forest Trail Care Nuang 2018 berlangsung pada hari ini 22 hingga 24 Disember 2018.



Berlangsung di Taman Eko Rimba Gunung Nuang, Hulu Langat. Kolaborasi pihak Tentera bersama Jabatan Hutan Selangor Tengah bersama pendaki-pendaki bermatlamat untuk memastikan trek ke Gunung Nuang selamat untuk didaki. Buat masa ini, trek ini masih lagi ditutup kepada orang ramai. Jangkaan dibuka semula Mac 2019. Itupun bergantung kepada keadaan keselamatan trek ini kemungkinan boleh dipercepatkan.


Pelbagai unit dari pelbagai Kem bergabung untuk menjayakan program Forest Trail Care ini. Para pendaki daripada pelbagai kelab mahupun orang  perseorangan berganding bahu dengan pihak tentera dan Renjer Hutan bermula pada hari ini.


Peserta mendaftarkan diri di khemah pendaftaran mengikut kumpulan yang diberi. Peserta sukarela ini, perlu memilih tugasan yang diberi mengikut kumpulan. Ada 6 kumpulan dibentuk mengikut tugasan yang telah ditetapkan. Peserta perlu merujuk peta lakaran dipapan putih yang menunjukkan kawasan tugasan. Aku memilih kumpulan lima yang bertugas memastikan tiada sampah sepanjang trek. Kumpulan ini bersama 30 kekeuatan anggota tentera dan 9 orang pendaki mendaftar. Borang diisi maklumat diri juga bagi tujuan keselamatan.


Selepas mendaftar, aku bersarapan nasi lemak di khemah makan.  Duduk bersama pendaki-pendaki lain yang rancak berbual tentang pengalaman gunung-gunung yang telah ditawan. Sambil menyuapkan makan aku sekadar mendengar tanpa menyampuk. Begitulah pendaki bila bertemu pendaki bertukar-tukar pengalaman dan info adalah lumrah apabila ada peluang bertemu walaupun pertama kali berjumpa. Hubungan mesra ini dieratkan oleh minat yang sama tanpa mengira usia.


Selepas bersarapan membuat pengurusan diri, dan melihat-lihat persekitaran di Taman Eko Rimba nama baru bagi Hutan Lipur. Bersembang-sembang dengan pendaki lain rupa rakan guru juga. Rakan guru kepada adikku yang pernah mengajar di SK Taman Rakan dan seorang lagi di SK Bandar Seri Putra. Mereka berdua memilih kumpulan 6 bertugas memastikan sungai-sungai bebas daripada pelbagai virus dan penyakit bersama Pegawai daripada RSAT.


Sebelum sesi taklimat oleh Pena Celoreng yang merupakan Pegawai Pemerintah di Kem Sungai Buloh. Edaran baju t-shirt  berlaku di khemah pendaftaran mengikut kumpulan. Sesi taklimat diadakan di dewan diikuti dengan ucapan daripada YB Hulu Langat. Antara intipati ucapan YB adalah harapan menjadikan Gunung Nuang sebagai destinasi pelancongan yang utama.


Upacara perasmian di pintu utama Taman ke Gunung Nuang. Liputan media massa turut serta bagi mendapatkan berita. Temuramah bersama YB Hulu Langat turut diadakan di situ.
Gambar kenangan bersama semua yang terlibat turut diadakan. Kemudian sesi senaman ringan dan memanaskan badan diadakan.


Sebelum bertolak memulakan tugasan, sempat mengambil sebungkus roti dan minuman tenaga 100 plus. Penting bagi bekalan untuk perjalanan nanti. Kumpulan berlepas mengikut giliran jalan beramai-ramai melalui jalan yang telah disimen.Sebelum itu, beberapa buah jelopi telah bergerak ke pondok 4 untuk menghantar barang seperti tali nylon dan tangga.


Sebelum bergerak juga, aku berjumpa rakan-rakan pendaki yang mempunyai radio bagi menyelaras frekuensi yang mereka guna pakai. Bagi tentera pula mereka dibekal radio dan GPS setiap Unit. Radio yang digunakan seperti telefon selular  motorola pada zaman awal 90an. Sebab aku pernah pakai telefon seperti itu sewaktu ketika dahulu. Rasanya mode digital  yang tentera gunakan kecil dan mudah dibawa. Di sini juga ada jelopi bahagian komunikasi menegakkan antena vertikal sahaja yang biasa untuk mode digital pada telahanku. Lupa hendak tanya anggota bertugas maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan. 


Kira-kira jam 10:15 pagi kumpulan 5 bertolak ke destinasi. Sebelum itu, seorang anggota telah mengetuai bacaan doa. Kumpulan kami dibekalkan guni untuk mengisi sampah-sampah yang akan ditemui setiap pondok dan laluan denai. Ada  enam pondok perlu dilepasi sepanjang trek laluan berkenderaan. Pada permulaan laluan bersimen memudahkan pergerakan. Kemudian menempuh laluan tanah merah yang baru sahaja diperbaiki untuk program ini bagi memudahkan kenderaan pacuan empat roda.


Pada pagi itu, jelopi hanya sampai di pondok 4 sahaja. Segala peralatan yang dibawa ditinggalkan di situ. Ini disebabkan laluan semakin sukar dilalui terutamanya hakisan akibat musim hujan masa ini. Laluan selepas itu semakin sempit dan bersemak. Satu guni kosong ditinggalkan pada setiap pondok untuk diisi sampah.


Selepas dua jam berjalan dengan jarak hampir 6km tibalah di pintu rimba. Ada dua buah pondok kecil serta  bangku batu disediakan untuk melepaskan lelah. Ada sebuah wakaf diseberang sungai selesa untuk bersolat. Air sungai meluncur laju dicelah-celah batu menghasilkan bunyi yang mengasyikkan. Aku bersama 5 pendaki lain turut berehat bersama anggota lain dalam kumpulan 5.


Kelihatan sebuah papan tanda menunjukkan lokasi Gunung Nuang. Ia menunjukkan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain. Ini membolehkan mengunjung mengetahui jarak sebenar di antara satu tempat dengan yang lain. Jadi kami akan melintas tiga aliran sungai sebelum sampai ke Kem Lolo.


Tiba di Empangan lolo, kumpulan lain sedang sibuk memasang tali merentangi sungai. Dua tali direntangkan mengikut tahap kesukaran. Batu-batu dialih bagi memudahkan pendaki memijaknya ketika melintas sungai. Aku bersama 5 yang lain meneruskan ke Kem Lolo yang tidak berapa jauh dari situ. Sampai di situ memulakan kerja mengemas dan pembersihan. Selepas itu, mengambil peluang untuk berehat di sungai yang terlalu dingin. Ikan-ikan tengas berenang-renang di dalam sungai yang agak deras. Ikannya agak besar juga menunjukkan ia terpelihara daripada ancaman musuh.


Pada pemerhatianku Kem lolo agak semak disebelah tempat kami berehat menunjukkan sudah jarang digunakan sejak ia ditutup. Elok juga ditutup bagi memulih setiap kawasan terutamanya di laluan denai. Beberpa kumpulan lain juga berehat di tempat kami berehat. Mereka adalah kumpulan yang akan memasang tali di Kem pacat hingga ke Puncak Pengasih.


Semasa melalui trek selepas melintas sungai di Empangan Lolo kelihatan kamera perangkap hidupan liar. Pasti ada pihak yang membuat kajian dapatan data hidupan liar di situ. Maklumlah apabila Gunung Nuang dah ditutup kajian seperti ini mencari data amat sesuai untuk dilakukan.


Selepas menikmati keindahan persekitaran Lolo dan menghilangkan lelah. Chek Mat mengajak aku, shima dan seorang lagi rakan untuk bergerak pulang ke Taman Eko Rimba. Jam 2:30 petang aku dan Chek Mat bergerak dahulu menanti 2 orang yl bersiap. Shafeeq Badek dan Mohammad masih lagi tinggal dan menyuruh kami berempat jalan terlebih dahulu.


Sementelah menunggu di Empangan Lolo sempat menikmati keindahan terjunan air ke bawah. Empanganpun sudah dipenuhi tanah dan batu. Dahulu ketika pertama kali datang ke sini ia membentuk kolam yang amat dalam. Empangan ini menadah air ke stesen jana elektrik di Pangsoon melalui saluran paip air. Merujuk aplikasi data Runkeeper yang diaktifkan ketinggian di Empangan Lolo adalah 536 meter dari aras laut.


Tepat jam 2:45 petang barulah kami bergerak turun ke pintu rimba. Berhati-hati turun di kawasan berbatu yang agak licin ke bawah. Berselisih dengan anggota tentera kumpulan lain yang bertanyakan jarak ke Lolo. Melintas sungai yang terakhir, tiba di pondok terakhir kelihatan jelopi dan YB Hulu Langat menyambut kehadiran kami. Dua orang jurugambar mengambil gambar ketika sampai. Wah! jelopi sudah boleh sampai ke sini. bisikku. Rupanya langkah kanan kali ini. apabila mendapat bungkusan nasi ayam setiap seorang untuk makan tengahari.


YB Hulu Langat bersama keluarga turut hadir ke Lolo memberi sokongan kepada peserta. Beberapa anggota tentera membawa bungkusan makanan dan air minuman untuk dihantar ke Kem Lolo. Kemudian YB Hulu Langat bergerak pulang menaiki jelopi.


Tinggallah jelopi yang terakhir yang membawa makanan tadi. Rupanya pemandu jelopi itu kenal kepada Chek Mat. Begitulah jika pernah mengadakan aktiviti rekreasi bersama pasti akan bertegur sapa di mana-mana berada. Lagipun aku sudah jumpa beliau pagi tadi bila menanyakan frekuensi radio yang digunakan untuk jelopi. Selepas makan, kamipun mula perjalanan berjalan. Beberapa minit kemudian, jelopi yang terakhir berselisih dengan kami. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kami dijemput naik duduk dibahagian belakang tempat barang. Apa lagi melompat kegembiraan naik ke atas jelopi itu.

Aku dan Chekmat duduk menjulur kaki dibelakang manakala Shima dan kawannya berada di dalam. Walaupun sempit dapat menumpang jelopi adalah satu rahmat kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga. Perjalanan menaiki jelopi ini sangat adventure juga. Apatah lagi apabila melambung-lambung melalui permukaan yang tidak rata. Ini pengalaman yang ketiga naik pacuan 4 roda. Sebelum ini pernah naik hilux ke Kuala Mu untuk naik Yong Yap dan paling lagend naik land rover sayur Cameron highland pergi Yong Belar.


Tiba berhampiran papan tanda 1.5km Hutan Dara, jelopi yang dinaiki telah terbabas ke tepi. Memaksa semua penumpang turun untuk percubaan keluar dari tempat yang tersekat. Pemandu jelopi beberapa mencuba untuk keluar dari tersekat namun gagal walaupun kami telah cuba meletak beberapa batang kayu di bahagian tayar.


Semangat kerjasama dapat ditonjolkan ketika membantu untuk mengeluarkan jelopi ini. Seorang renjer hutan, 3 orang pegawai tentera dan dua orang pendaki bekerjasama dalam misi mengeluarkan jelopi tersekat. Akhirnya, tuan jelopi menggunakan winch serta  ditambat di sebatang pokok. Usaha berjaya keluarkan jelopi menggunakan kaedah ini.


Selepas berjaya, kamipun meneruskan perjalanan yang semakin mudah apabila melalui jalan yang bersimen. Sampai sahaja di Taman Eko Rimba akupun bersalaman dengan tuan jelopi atas jasa menumpangkan ke sini. Akupun pulang dan berterima kasih kepada Chek Mat dan dua orang yl dapat bersama sepanjang perjalanan tadi.

Tidak terlupa juga kepada semua yang terlibat terutama anggota tentera dalam kumpulan 5 serta unit-unit yang lain serta para sukarelawan pendaki gunung. Syabas dan tahniah semua. Usaha seperti ini perlu diteruskan dan disokong oleh semua pihak.

73, Jojet de 9W2DYA

Special 2m/70cm Net Callsign 9M33IVD

SPECIAL 2m/70cm NET - MARTS Repeater Linking(Multi language)
FOR INTERNATIONAL VOLUNTEER DAY 2018 WITH SPECIAL CALL 9M33IVD.

all ham operators from Malaysia, Singapore & Southern Thailand are invited to join our 2 Meter/70cm Net session as follows.

Date : 21/12/2018 (Fridays)
Time :2100  to 2300 (MST)
Net Controller : 9W2VXA BAUNG@JEBAT
Qth : Sg Buah Selangor
Club Callsign :9M33IVD

List of repeaters & frequencies -
http://marts.org.my/ver2/repeaters/west-malaysia/

Conducted by Kelab Radio Amatur Jalan Kelang Lama (9M4COK).

Nuang Trail Care 2018

LATEST INFO
***NUANG TRAIL CARE 2018***

Kerja2 membaiki lokasi yg menyekat laluan 4W sedang di lakukan. Insyaallah, esok semua peserta akan dibawa masuk dgn 4W.

Khemah pendaftaran dah siap.

Aturcara program:
*22 Dis 18 (Sabtu)*
0700: Pendaftaran, agihan tshirt & gelang, dan sarapan pagi (disediakan).
0745: Takkimat dan pembahagian kumpulan.
0815: Perasmian, bergambar, latihan regangan dan doa.
0830: Pembahagian ‘pack lunch’ dan bergerak ke lokasi penugasan.
          - Mula kerja2 baik pulih.

*23 Dis 18 (Ahad)*
0700: Sambung kerja2 baik pulih.
1430: Semua peserta bergerak ke ke kawasan parking/Pondok 6 (di rancang akan dibawa turun dgn 4W).
1530: Majlis mkn tengahari penutup projek (gulai kawah dan kambing golek)
1800: Projek di jangka selesai dan bersurai.

***PENYERTAAN ADALAH PERCUMA***

PERINGATAN:
1. Kemudahan tempat tidur/khemah adalah urusan persendirian.

2. Peserta boleh datang dan balik pada hari yg sama dan datang semula pada hari kedua.

3. Sajian disediakan  di sepanjang projek berjalan selama dua hari (sarapan, mkn tghari, minum petang & mkn mlm) tetapi hanya disediakan di kawasan parking.

4. Sajian boleh dihantar hingga ke Pondok 6, jika ada permintaan dan laluab 4W mengizinkan.

5. Peserta yg memilih utk bermlm di Kem Lolo atau di Kem Pacat, perlu membawa makanan sendiri.

6. Kumpulan peserta yg membaiki trail dari Kem Pacat hingga puncak, dinasihatkan bermlm di Kem Pacat.

7. Peserta2 lain boleh bermalam di Kem Lolo, Pondok 6 & Kawasan parking.

Jom jom jom
Sumber FB Pena Celoreng


AstroBear mencapai ketinggian 27215 meter

AstroBear beruang teddy yang menaiki Belon Altitud Tinggi pada 17 Disember yang lalu berjaya mencapai ketinggian 27215 meter.


Rakaman video akan menyusul pula selepas ini. Sama-samalah kita menanti dalam rakam visual pula.

High Altitude Balloon Sungkai 2018

Hari ini seperti yang dijadualkan program High Altitude Balloon di SMK Sungkai telah berjaya dilaksanakan. Sempat melihat proses dari mula mengisi gas helium hinggalah belon dilepaskan.


Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada dua orang Pensyarah Dr Norilmi Amilia dan Dr Siti Harwani. Memberi izin untuk berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan tentang angkasaraya.


Tidak lupa juga tuan punya drone yang ambil gambar Sharmen di tapak pelancaran.


Kepada tiga orang yang menyiapkan belon dari mula hingga akhir iaitu En Ismail dua orang pembantu yang sangat komited iaitu Aiman dan Sam. Mereka bertiga sangat berpengalaman dan mahir dalam mengendali serta menyediakan belon hingga selamat untuk dilancarkan.


Serta kepada semua pelajar subjek spacecraft yang bertungkus- lumus memastikan segala perancangan berjalan lancar agar projek bersedia untuk diterbangkan. Semangat kerjasama berkumpulan ditonjolkan antaranya Ayul, Putri, Anis, Juliana, Raweyah, Aiqa,  Sing Mei, Sharfa, Rahmah dah Syuhadah.

Berbalik kepada pengalaman hari ini, ia sememangnya  dinanti-nantikan. Peluang yang ada, harus tidak dilepaskan memandangkan pelancaran kali ini diadakan di Sungkai, Perak. Beberapa program sebelum ini buat di bahagian  utara terutamanya di kampus Kejuruteraan USM.

Seperti yang kita maklum, menggunakan HAB adalah satu kaedah yang mudah untuk membuat kajian di angkasa lepas. Belon altitud tinggi boleh mencapai 25km hingga 50km dari aras bumi. Walaupun begitu, kajian berhampiran angkasa lepas ini sangat significant.


Bermula dari pemilihan belon yang baik dapat membantu memudahkan matlamat tercapai. Belon meteorological yang beratnya 1000 gram diplih. Dua tabung gas helium dibawa dari kampus Kejuruteraan USM. En. Ismail yang berpengalaman mengisi gas helium ke dalam belon. Turut dibantu dua orang hero Aiman dan Sam menyempurnakan pengisian gas.


Sarung tangan getah digunakan setiap orang, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Maklumlah permukaan belon yang sensitif perlu diberi perhatian ke tahap yang lebih tinggi. Lagipun harganya sangatlah mahal, jika bocor atau rosak habislah tak boleh terbang. Semasa proses pengisian gas, perlu berhati-hati serta fokus agar belon tidak terlepas.
Setelah gas memenuhi belon dengan sukatan isipadu yang tepat, barulah belon itu diikat dengan rapi dan kemas agar tidak terkeluar atau mengalami kebocoran. Sukatan isipadu ditimbang mengikut pengiraan yang telah dibuat. Pada misi ini, berat gas helium adalah 5.5kg. Jenuhlah Aiman memegang belon agar tidak terlepas. Nasib baik dia selalu pergi gym buat workout jadi takde masalah kalau menampung berat 6.5kg belon itu.


Pada perkiraanku tempoh mengisi gas helium dalam masa 25 minit untuk mendapat 5.5kg. Menurut Pensyarah setiap pengiraan akan mempengaruhi penerbangan dan ketinggian yang dicapai. Pada pelepasan kali ini, dapat dilihat belon terbang menegak ke atas dengan agak laju. Walaupun waktu perlepasan cuaca agak berangin dan mendung namun bersyukur tidak hujan. Ia terus naik ke atas tanpa mengalami sebarang masalah.


Apabila mencapai satu tahap yang maksimum belon akan burst dan pecah. Ketika inilah khidmat payung terjun yang berwarna kuning ini mengambil peranan. Ia perlu memastikan payload turun mendarat dengan selamat.


Bagi menentukan koordinat dan ketinggian alat GPS Traccker amat diperlukan. Datanya perlu direkod serta mudah digunakan, lebih lagi apabila payload sudah berjaya diturunkan. Koordinat yang tepat memudahkan pencarian payload apabila telah mendarat ke bumi.


Waktu perlepasan telah dilewatkan 30 minit, berbanding dalam jadual pada jam 12:00 tengahari. Ini disebabkan beberapa masalah teknikal bahan projek yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun selepas sedaya upaya mencari punca masalah, berkat kerjasama kumpulan yang tinggi akhirnya ia berfungsi dengan baik seperti dalam perancangan.


Untung pelajar spacecraft ini, dapat melakukan latihan amali dilapangan. Ini memberi mereka seribu satu pengalaman dalam menyelesaikan masalah serta cepat membuat keputusan. Masa yang berharga digunakan sebaiknya dalam keadaan  tenang bagi menyelesaikan punca masalah. Pengetahuan teori yang dipelajari digunakan sebaiknya serta diamalkan ilmu itu. Apabila mengalaminya pengalaman seperti ini dapat membantu di masa hadapan. Barulah tahu bagaimana ia perlu digunakan.


Ini merupakan latihan yang berharga dan sukar dicari jika tidak berusaha untuk mendapat serta mencarinya. Tidak lupa juga kepada bantuan dan panduan serta tunjuk ajar Pensyarah serta orang yang berpengalaman seperti En Ismail serta senior mereka Sharmen.


Setelah masalah  diselesaikan, tiba masa yang ditunggu-tunggu bagi belon dilepaskan ke udara. Kesemua perkakasan dimasuk dan disusunkan mengikut keutamaan ke dalam payload. Kesemuanya mesti berfungsi dan diuji telah bekerja dengan baik sebelum dapat dilepas. Ia perlu dibuat dengan berhati-hati kerana segala perkakasan elektronik sangat sensitif terutama pemasangan pada litar-litar agar ia tidak tercabut atau terputus.


Sumber tenaga bagi perkakasan elektronik adalah bateri untuk menampung dalam tempoh penerbangan. Antara projek yang dilaksanakan menarik minat ialah konsep turbin dalam menghasilkan tenaga semasa penerbangan. Kipas yang berputar hasil tolakan dari luar kemungkinan menghasilkan tenaga. Adakah tenaga dapat dihasilkan? Keadaan sewaktu bila ia dihasilkan? Adakah sewaktu menaik ke atas? Atau mungkin sewaktu  turun bersama payung terjun? Finding hanya pelajar yang menjalankan kajian itu tahu jawapannya. Menarik bukan.


Dapatan data juga disimpan dalam memori kad. Ada juga diperolehi secara langsung melalui transmitter. Tapi ada sehingga tahap altitud tertentu terus terputus hubungan.


Payload disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan perkakas terlepas keluar ataupun hilang. Kita sedia maklum semakin tinggi semakin rendahlah suhu sekitarnya. Jadi perkakasan perlu diletakkan dalam bekas yang boleh menampung suhu sekitar yang rendah.


Rakaman video juga dibuat sepanjang penerbangan. Pasti seronok jikalau dapat menonton sepanjang tempoh penerbangan itu. Kamera diletakkan menghadap beruang teddy yang menjadi watak utama rakaman ini. 


Sebelum berlepas, panggilan ke DCA perlu dimaklumkan. Penggunaan ruang udara tanpa kebenaran adalah dilarang. Keizinan daripada pihak DCA amat diperlukan. Tepat jam 12:32 jam penulis, belon telah dilepaskan dan meluncur laju ke atas. Angin kadangkala agak kuat di tapak pelancaran, namun sepanjang penerbangan cuaca amat baik.


Sebelum berlepas, payload disambungkan dan diikat kepada payung terjun dan belon. Karabiner digunakan antara penyambung. Tali bahagian atas antara belon dan payung terjun dililit dengan pita pelekat. Manakala dibahagian bawah antara payung terjun dengan payload tidak dililit dengan pita pelekat. Ini bagi mengelakkan tali terpintal apabila belon telah burst. Ada tiga tali pada setiap bahagian. Kebarangkalian untuk terpintal amat tinggi apabila keadaan tidak stabil.


Kelihatan lensa kamera video menghadap beruang teddy. Empat warna berbeza pada tali yang menyokong payload disambungkan dengan karabiner. Kemudian dililit dengan pita pelekat walaupun screw gatenya telah dilockkan. Ini bagi memastikan ia tidak tertanggal antara semua bahagian.


Nota pelbagai bahasa ditulis dan ditampal di payload. Ini memaklumkan kepada orang ramai jika terjumpa payload ini. Syukur pada misi kali ini payload ini dapat ditemui semula dalam keadaan baik.
Malahan sewaktu mendarat payung terjun sempat dilihat oleh mereka yang mengejarnya. Namun, tidak sempat mengambil video ketika payload mendarat.


Saat yang dinantikan adalah apabila semua peralatan bersedia untuk dilepaskan. Pasti teruja melihat belon dilepaskan terbang bebas ke udara. Memang menyeronokkan bagi orang dewasa, apatah lagi jika ada anak-anak yang turut sama melihatnya. Melihatnya terbang bebas hingga tidak kelihatan di langit. Segala bacaan dan data-data dipantau agar ia bekerja dengan baik.


Penulis juga sempat berkongsi frekuensi 434.233.380MHz di FB. Frekuensi yang digunakan untuk mendapatkan koordinat dan altitud. Kemungkinan rakan ham  yang lain boleh menerima isyarat tersebut sewaktu penerbangan.


Selepas beberapa minit belon dilepaskan. Semua orang bersedia untuk mengejar dan mendapatkan payload itu kembali. Penulis diajak oleh Pensyarah untuk ke tempat payload mendarat. Namun penulis tidak dapat turut serta kerana ada tugasan lain. Mengikut perkiraan belon burst pada jam 1:40 petang dan turun selepas itu dalam satu jam 30 minit kemudian. Namun, oleh kerana cuaca berangin, payung terjun berada di udara lebih lama mengikut tiupan angin. Bacaan GPS altitud payung terjun kejap naik dan turun dibawa angin.



Credit Syuhadah
Merujuk kepada laman sesawang findmespot.com koordinat terakhir direkodkan adalah pada jam 2:56 petang di Latitude 4.15364 dan longtitude 100.83463 dengan altitude 11m/ 36kaki. Tempoh penerbangan hingga berjaya mendarat dalam perkiraan findmespot ini hampir 2 jam setengah.

Credit Syuhadah
Gambar jam 16:15 dikirimkan oleh Syuhadah menunjukkan payload telah berjaya ditemui semula. Syabas dan Tahniah kepada semua kerana Misi HAB kali telah berjaya menemui semula payload.

Credit Juliana
Gambar dari kamera video kiriman Juliana pula menunjukkan beruang teddy berlatar belakang pemandangan angkasa. Betapa tingginya beruang teddy ini telah berjaya terbang membelah awan hingga menampakkan bahawa kaki langit ciptaan Tuhan. Ruang angkasa lepas berjaya dihampiri menunjukkan bumi ini sememangnya bulat.

Sekali lagi syabas dan Tahniah semua atas Misi HAB pada kali ini. ada lagi kita jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA

Sri Banting

  Pada cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 11 Disember 2024 sempat mencari dua belon KLIA. Dua belon telah jatuh pada 6 Disember 2024. Belo...