High Altitude Balloon Sungkai 2018

High Altitude Balloon (HAB) yang dijadualkan pada hari ini telah ditunda pada hari Isnin 17 Disember 2018.
Pelancaran akan dijadualkan pada jam 12:00 tengahari di SMK Sungkai, Perak. Menurut Juliana salah seorang daripada crew untuk Misi pada kali ini.

Program HAB ini dikendalikan oleh School Of Aerospace Engineering, USM Engineering Campus. Banyak kejayaan telah dicapai oleh School ini seperti dipampang dalam poster dibawah.



GPS tracker yang akan digunakan semasa penerbangan pada hari Isnin nanti. Menurut Juliana lagi GPS yang menggunakan SIM card akan memberitahu maklumat koordinat terkini melalui sms. GPS Tracker ini dapat digunakan secara worlwide dan memerlukan liputan talian telefon bagi berfungsi untuk penghantaran sms. Pasti pemilihan pengendalian talian yang baik dapat memastikan ia terus berfungsi menghantar berita.



Selain GPS tracker, sistem telemetri Pi in the sky turut diletakkan dalam payload nanti. Video untuk penggambaran sepanjang penerbangan pasti ditunggu-tunggu untuk menontonnya nanti.

Semoga berjaya Misi HAB pada kali ini. Tahniah kepada semua yang terlibat untuk memaju dan menggalakkan industri aerospace kepada genarasi muda 

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...