Monitor Air Band

Perarakan Hari Kebangsaan ke-61 bagi tahun 2018 berlangsung di Putrajaya. Turut terlibat pesawat TUDM serta agensi penguatkuasa yang lain. Rakan ham sempat monitor di 120.500MHz aktiviti lintas langsung pesawat berjalan.

credit 9W2RUT
Peluang setahun sekali ini tidak dilepaskan untuk memantau aktiviti penerbangan di frekuensi. Penerbangan terbahagi kepada helikopter, pesawat pengangkut dan pesawat pejuang.

credit 9W2RUT
Flypass control di atas bangunan berdekatan perarakan berfungsi mengkoordinasikan pesawat dengan jadual perbarisan. Ini penting, agar pesawat tiba tepat pada waktunya semasa perarakan berlangsung. Pesawat juga boleh dimonitor di Flightradar24 namun tidak semua pesawat dipaparkan pada skrin.


credit 9W2DFL
9W2DFL Dobot menggunakan handheld FT2D nya ketika memantau di frekuansi dan berada di tempat kejadian.

credit 9W2DFL

Callsign yang digunakan Panji Alam untuk Hawk dan Jengking untuk Sukhoi menurut 9M2ZEE.


credit 9W2DFL
Pesawat Charlie-130 Hercules bukanlah asing bagiku kerana arwah Ayah pernah berkhidmat di Squadron 14 TUDM berpengkalan di Subang sewaktu ketika dulu sebagai Jurutera Penerbangan.

credit 9W2DFL
Pesawat Sukhoi melakukan lintas hormat menunjukkan kekuatan aset pertahanan negara antara 72 pesawat yang terlibat pada tahun ini.
credit 9W2ZQI
Pesawat Airbus A400 antara pesawat pengangkut terbang keluar dari Putrajaya. Paparan dari aplikasi flightradar yang dapat menentukan kedudukan terkini sebuah pesawat.

credit 9W2RUT
Aktiviti monitor di Air band turut memberi satu pengalaman yang menyeronokkan. Bukan senang untuk mendapat monitor di frekuensi jikalau tiada acara seperti sambutan Merdeka seperti ini.

9W2DFL
Syabas dan tahniah untuk rakan-rakan yang berjaya monitor di frekuensi pagi tadi sempena hari Kebangsaan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-61

Merdeka, Merdeka, Merdeka

73, Jojet de 9W2DYA





No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...