W5KUB-18 hari ke-56

Belon Altitud Tinggi W5KUB-18 telah masuk hari ke 56 mengelilingi dunia. W5KUB-18 telah berjaya mengelilingi dunia sebanyak 3 kali ketika artikel ini ditulis.



Ketinggian 12480m berada di Alaska, Amerika Syarikat. Beberapa hari yang lalu, belon ini telah berada diantara Amerika dan Canada.
Kemudian naik ke utara hingga ke Alaska. Pada hari ini, kelihatan ia turun ke arah selatan pula. Ini menunjukkan ia masih berlegar di Amerika utara mengikut arah angin.

Bukit Tempurung @ Setia Ecohill 2 Adventure Park Beranang

Pagi ini berkesempatan ke Setia Ecohill 2 Adventure Park Beranang. Sudah lama ingin ke sini, selepas melihat status Pak Hamdan 9W2HXO di FB beliau. Pagi ini pun beliau ada manaikkan statusnya di FB. Tanpa berlengah selepas bersarapan di Bandar Seri Putra terus mencari lokasi tersebut di google map.



Oh! rupanya QTH di Ecohill 2 dekat Beranang. Melalui jalan Bangi
terus memandu jelopi mengikut jalan negeri B24 di Kampung Rinching Hilir. Sudah lama ingin melalui jalan ini. Melihat suasana kampung hingga keluar ke Pekan Beranang melalui jalan Enam Kaki. Patutlah nama sedemikian rupa, sememang lebar jalan makin sempit. Maklumlah berada di kawasan kampung yang mendamaikan. Selisih juga dengan segerombolan penunggang basikal di sini.


Merentasi Pekan Beranang kelihatan ramai orang beratur untuk masuk ke kawasan pasar pagi. Papan tanda Ecohill 2 terpampang selepas itu mengarah ke kiri. Terus melalui kawasan perindustrian dan tiba di Adventure Park mengikut anak panah.


Wah! kagum seketika, ada sebuah taman di Ecohill 2 di kawasan bukit tinggalan ladang getah dan kelapa sawit. Bagus pemaju Setia Ecohill 2 di Beranang ini menyediakan sebuah taman rekreasi kepada pemilik dan masyarakat sekitar.


Meletak jelopi menghadap papan tanda Adventure Park. Kelihatan di hujung sana jelopi Pak Hamdan 9W2HXO masih tidak bergerak. Ada rezeki boleh bersalaman di daratan sekali lagi. Selepas kaji pelan kawasan taman ini, mulalah meneroka kemudahan yang disediakan.

Laluan Biru menjadi pilihan kerana melalui jalan berturap. Lagipun aku tak memakai kasut untuk berjoging. Datang hanya untuk meninjau keadaan taman yang menarik ini. Selepas beberapa meter berjalan, akhirnya berselisih juga dengan Pak Hamdan 9W2HXO. Rezeki pagi ini, bertemu di daratan juga. Beliau ketika itu mahu menghabiskan aktiviti riadah untuk ke base. Tetapi, bila bertemu dengan aku, terus menyambung menambahkan lagi masa dan jarak meneman dan menunjuk jalan dan kemudahan yang ada.


Pak Hamdan 9W2HXO ketika beriadah di sini turut didalam bacpack  dua set radio. Ketika kami berjalan bersama kedengaran di jalur  stesen 9W2DBO dan 9W2VVH. Pada jangkaanku mungkin frekuensi RAKL.


Kemudahan pertama ditemui adalah Forest Playground. Kemudahan nampak baru dan menarik peralatan permainan yang disediakan. Kelihatan beberapa pengunjung sedang menggunakan peralatan dengan seronok sekali. Ada mini flying fox untuk kegunaan kanak-kanak.  Tidaklah terlalu tinggi dan terlalu jauh jaraknya. Boleh sekadar merasa bergayut dari satu titik ke titik. Melatih anak-anak agar lebih berani dan merasai keseronokan bergayut menguji kekuatan tangan menampung berat badan.



Sebelahnya pula adalah obstacle course. Wow! ini kalau buat program team building memang bagus. Lihatlah beberapa halangan disediakan untuk pengunjung. Ada papan tanda menunjukkan cara penggunaan setiap stesen. Penting setiap pengunjung membaca setiap arahan atau maklumat diberi. Bertujuan keselamatan dan cara penggunaan yang betul tanpa disalahguna.


Sementara aku mengambil gambar di sini, Pak Hamdan mengambl peluang berehat di pondok. Cuaca pagi tadi amat baik dan segar. lebih-lebih lagi petang semalam hujan lebat di sini. Menurut Pak Hamdan kawasan ini banyak nyamuk. Maklumlah kawasan ladang getah sememangnya begitu. 


Selepas puas mengambil gambar. Perjalanan ke puncak Bukit Tempurung melalui  jalan berturap yang agak landai dilaluan biru. Sebelahnya agak curam adalah laluan turun. Menurut Pak Hamdan 9W2HXO lagi, kawasan taman ini terdapat ayam hutan dan landak. Pagi ini tidak kedengaran pula kokokan ayam hutan tersebut.


Puncak Bukit Tempurung merupakan puncak tertinggi di Beranang. Ketinggian 122m dari aras laut lebih tinggi di puncak Ecohill 1 92m dari aras laut. Bagi yang sukakan cabaran bolehlah memilih denai di Red Trail. Bagi yang bersama anak kecil boleh menggunakan denai yang lebih selamat untuk keluarga turut disediakan.


Jarak dari Forest Playground ke puncak ini adalah 250m berjalan naik. Seterusnya untuk pulang ke jelopi di Park Info Centre berjarak 350m berjalan kaki manakala berbasikal adalah 490m. Seronok lagi berbasikal turun bukit berbanding dengan mendaki.


Laluan masuk Red Trail yang menjanjikan cabaran yang lebih hebat. Amat sesuai kepada para pendaki dan pelari denai. Lain kali datang ingin mencuba laluan ini. Banyak papan tanda disediakan bagi kemudahan pengunjung bagi menentukan arah tujuan.


Penat mendaki boleh duduk atau baring di hammock yang disediakan. Rasanya tadi ada tiga di puncak Bukit Tempurung. Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya. Walaupun tiada bayaran dikenakan di taman ini, tanggungjawab bersama perlu dititikberatkan agar dapat digunakan oleh orang lain.



Satu lagi denai yang sesuai bagi berkeluarga. Nampak lebih luas dan ditanda sepanjangnya. Hayati keindahan taman ini, pasti membawa satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tiada sampah kelihatan sepanjang perjalanan. Betapa bagusnya pengunjung menjaga kebersihan. Pastikan membawa bekalan air yang secukupnya. Tiada gerai atau penjaja di tempat letak kereta di bawah tadi.

Credit 9W2HXO
Bergambar bersama Pak Hamdan 9W2HXO di satu simpang ke puncak Bukit Tempurung. Laluan berturap sangat sesuai untuk beriadah melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan mahupun berjoging. Semasa turun selisih dengan dua penunggang basikal bukit. Pasti menguji kemampuan mengayuh hingga ke puncak.

Credit 9W2HXO
Canopy walk satu kemudahan yang harus dicuba, ketika perjalanan turun melalui jalan berturap terpaksa melalui dibawahnya. Perlu ikut denai dari bawah barulah boleh merasai pengalamannya.

Sepanjang perjalanan turun kelihatan beberapa batang pokok rambutan yang ditanam. Masih terdapat pokok herba yang sememangnya wujud sebelum taman ini dibangunkan. Beberapa batang pokok getah berhampiran laluan boleh ditunjuk kepada generasi muda yang tidak pernah mengenalinya.

Setelah berjalan sejauh 350m dari puncak, tibalah di Park Info Center. Terdapat beberapa papan info disediakan untuk pengunjung mendapat maklumat tentang taman ini.

Selepas itu, kami berkonvoi untuk mengeteh di Semenyih. Sepanjang berkonvoi kami menggunakan frekuensi V66 147.495MHz. Laluan yang digunakan adalah dari Ecohill 2 melalui Eco Majestic dan seterusnya Ecohill 1 dan masuk ke Jalan Bangi.

Warung di tepi jalan arah ke Semenyih disebelah kanan kelihatan ramai orang. Maklumlah pagi hari minggu sememangnya ramai orang keluar bersarapan. Aku pekena lempeng dengan teh ais manakala Pak Hamdan lempeng kelapa dengan teh tarik. Sambalnya walaupun pedas memang sedap tak ingat.

Terima kasih Pak Hamdan 9W2HXO dapat juga eyeball pagi ini  tanpa perancangan awal. Lain kali ada kesempatan boleh berjumpa lagi!

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA







QSO bersama Pak Hassan 9W2CLA

Petang semalam sempat QSO bersama Pak Hassan 9W2CLA semasa mobile balik ke Batu 10 Cheras dari base di Bangi. Berkomunikasi di simplex V38 pasti tidak mengecewakan kerana pasti ada stesen yang QRV di situ.

Cuba memanggil dari Sungai Merab melalui jalan ke Serdang berdekatan Kg Dato Abu Bakar Baginda. Maklumlah ia berjiran dengan Putrajaya. Sesekali kedengaran stesen ingin bergabung. Tiada kedengaran audio di dalam jelopi. Pak Hassan 9W2CLA memaklumkan bahawa Fazli 9W2JRQ menyampuk hendak mencari rojak berdekatan Petronas.

Sepanjang QSO Pak Hassan menerima audioku baik 5/9. Maklumlah basenya di Presint 14 sahaja. Selepas melepasi Lebuh Silikon UPM. Mohon mendarat bagi menumpukan perhatian pada pemanduan.

Selepas itu, terus monitor sahaja V38. Kedengaran selepas itu Pak Hassan terus QSO bersama Fazli 9W2JRQ. Penerimaan audio perbualan mereka tenggelam timbul hinggalah sampai tempat dituju.

Semasa hampir di Batu 10, kedengaran Pak Johan 9W2PJH masuk bergabung selepas Fazli keluar jalur. Terima kedua stesen sangat baik 5/9.

Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA






W5KUB-18 Belon Altitud Tinggi

W5KUB-18 merupakan belon altitud tinggi telah berjaya mengelilingi dunia. Percubaan kedua sedang berlaku yang kini berada di angkasa lautan Pasifik utara.




Ketika ini, belon seolah berpatah balik selepas melepasi ruang udara Jepun. Ketinggian 13300 m telah dicapai ketika jam 13:16 tadi. Belon ini telah dilepaskan pada 11 Mei yang lalu. Hari ini merupakan hari yang ke-27 terbang di angkasa.


Misi dan matlamat pelancaran W5KUB-18 adalah untuk mengelilingi dunia sebanyak mungkin. Ini merupakan pelancaran kali ke 9 oleh W5KUB.


Penerbangan belon pada kali ini, menggunakan belon SBS-13. Ia boleh terbang ke paras 40000 kaki hingga 45000 kaki dengan gas hidrogen.

Sepanjang penerbangan ini, menggunakan tenaga solar sepenuhnya. Tenaga diperlukan untuk aktiviti tracking melalui WSPR dalam mode HF setiap 10 minit. Data yang direkodkan adalah altitude, speed, voltage, suhu dan jangkaan arah pergerakan.
Berat payload dianggarkan hanya 9 gram.

Bagi mengikuti perkembangan terkini penerbangan boleh diikuti melalui APRS dan HabHub. Dua laman sesawang menunjukkan tracking terkini secara langsung. Laporan oleh W5KUB juga boleh diikuti laman sesawangnya di w5kub.com .


Eyeball bersama Sufian 9W2SGJ

Tengahari ini sempat bereyeball bersama Sufian 9W2SGJ. Beliau ada tugasan di Bandar Mahkota Cheras. Beliau melihat aprs.fi bahawa 9W2DYA-5 berhampiran sahaja dengan 9W2SGJ-5.



Sememangnya dekat sahaja QTH portable di rumah mak sewaktu PKPB ini. Sufian menghantar pesanan melalui whatsapp untuk berjumpa sebentar dan mengeteh. Malangnya kawasan itu tiada kedai mamak nak lepak. 


Sufian 9W2SGJ QRV di V40, manakala aku ingin QSO di V47. Semasa dalam perjalanan ke sana, cuba memanggil beliau. Tiada sahutan kedengaran masih luar liputan. Beliau menggunakan handheld sahaja. Apabila semakin hampir barulah kami dapat berkomunikasi dengan baik. Kadang terputus juga disebalik dinding bangunan dipersekitaran.

Beliau ada tugasan di red one, tapi tak pasti di mana lokasi itu. Minta beliau send location barulah dapat diketahui lokasinya. Rupanya dekat sahaja tempat yang hendak ditujui juga.


Lokasi dekat taman permainan kami berjabat tangan didaratan. Dekat sahaja tempat yang aku hendak tuju sebenarnya. Bolehlah bersembang sebentar sebelum meneruskan tugasan masing-masing.


Kebetulan masa itu mendapat pesanan 3 botol syampu Marine Essence. Stokisnya di kawasan itu juga, membolehkan terus bereyeball. Selepas mendapatkan stokis Sahajidah Hai-O di situ, berjumpa semula beliau untuk mengundur diri. Ini kerana hendak menghantar pesanan syampu itu di Saujana Impian jam 11:30.

Terima kasih Sufian 9W2SGJ dapat bereyeball sebentar pada hari ini. Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA



Monitor V38 Putrajaya

Pada tengahari tadi sempat moitor di V38 145.475MHz di base station. Kedengaran audio Pak Hasan 9W2CLA QSO bersama Abg Nas 9W2YOE. Namun, pada awal QSO itu tidak kedengaran audio abg Nas 9W2YEO.

Jam 12:15 tengahari barulah kedengaran audio abg Nas 9W2YOE dengan redability 5/9. Satu stesen lagi dijalur ketika itu , abg Ayub 9W2VDN merupakan QRP station. Abg Ayub memancar kuasa yang paling rendah maka audionya tidak kedengaran di Bangi ini.

Selain itu, audio Pak Razif 9W2JQQ turut diterima dengan readabilty 5/9 di basenya. Mungkin antena beliau semakin tinggi kedudukannya. Ini sebab, sebelum ini tidak dapat mendengar audio beliau dicorong radio.

Jam 12:27 tengahari abg Ayub 9W2VDN keluar jalur. Kemudian jam 12:31 tengahari abg Nas 9W2YOE mengikut jejak keluar baris. Jam 12:41 tengahari kedengaran Abg Khairul 9W2KQW di Presint 14 masuk bergabung. Bekerja dengan IC-2200H dengan kuasa pancaran 10watt menggunakan antena mobile MC-101. Terima beliau readability 5/9.

Seterusnya 12:43 tengahari Abg Man 9W2OTX masuk bergabung. Audio abg Man tenggelam timbul di Sungai Merab. Namun, terima readabilty 5/9 apabila audio muncul di jalur. Seterusnya, abg Johan 9W2PJH turut masuk bergabung. Terima anda readability 5/9 di Putrajaya juga.

Jam 13:04 petang kedengaran stesen 9W2YUP disebut. Namun, tidak kedengaran audio abg Yup 9W2YUP pastinya beliau di Damansara. Kemudian, jam 13:05 abg Man 9W2OTX mohon QRT 73. 

Jam 13:06 abg Dobot 9W2DFL sedang bermobile ke Seremban, Beliau melalui laluan di sebelah base sahaja di plus highway. Kemudian abg Johan turut QRT. Tinggal dijalur hanya dua stesen iaitu 9W2CLA dan 9W2KQW.

Mereka berhenti hingga azan Zohor berkumandang.

jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V47

Malam kedua Ramadan kedengaran dua stesen sedang aktif di V47 145.5875MHz. Abg Muhamad Nor 9W2NQH di Nilai sedang QSO bersama abg Zack 9W2ECK di Salak Tinggi.

QSO bermula lebih kurang jam 10:10 malam ini. Berkisar tentang antena yang ingin dirancang oleh 9W2ECK di base stationnya. Hanya kedengaran audio abg Muhamad Nor di Nilai sahaja readability 5/9 dengan kuasa pancaran 5 watt. Audio abg zack 9W2ECK negative copy.

Jam 10:32 malam QSY ke pengulang 9M4RBC 147.750MHz. Kedua rakan kedengaran audionya di pengulang tersebut. Jam 10:35 malam QSY semula ke V47.

Jam 10:46 malam masuk balik dari frekuensi PR. Kemudian kedengaran Abg Nas 9W2YOE disebut. Tiada kedengaran audionya di Putrajaya yang sedang bermobile.

Seterusnya, jam 23:10 malam barulah kedengaran audio abg zeck 9W2ECK di Salak Tinggi selepas menukar antena yang lain. Terima anda readability 5/9.

Jam 23:25 malam abg Muhamad Nor 9W2NQH ingin QSY dan meninggalkan jalur. Akupun cuba membuat uji pancar dengan abg Zeck 9W2ECK.

Akhirnya abg zeck menyahut dan menerima aku readability 5/9 di basenya Salak Tinggi. Memancar dengan kuasa 10 watt berjaya ke Salak Tinggi. Terima kasih abg zeck membuat salam contact kenal dan contact perdana.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA

Simpleks V40

Hari ini sempat berQSO bersama beberapa stesen. Sahaja memanggil di calling channel V40 145.500MHz pada jam 2:40 petang. Panggilan disahut oleh abg Wan Zul 9W2VQL di Bukit Mahkota. Jiran sebelah taman. Saya di Bandar Seri Putra, Bangi manakala beliau di Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Oleh kerana berjiran, terima audio beliau readability 5/9. Memancar dengan kuasa 5 watt. Kelebihan di Seksyen 5, Bukit Mahkota ini merupakan kawasan berbukit yang tinggi. Manakala, base aku di kawasan lembah bersebelahan Sungai Semenyih dekat Pekan Bangi Lama.

Kemudian QSY, ke V47 145.5875MHz. Masuk pula, abg Ayub 9W2VDN untuk menguji pancar penerimaan denganku jam 2:53 petang. Abg Ayub memancar dengan kuasa 22 watt dari Presint 9. Terima beliau readability 5/9 crystal clear. Ketika itu juga, abg Ayub maklumkan ada seorang rakan sedang uji pancar dari Dengkil iaitu 9W2TDG. Tetapi tidak kedengaran audionya. negative copy. Selepas sudah mendapat  tahu my working condition, abg Ayob QRT.

Seterusnya, Pak Hassan 9W2CLA di Presint 14 masuk bergabung. Sebenarnya ini kali kedua  berQSO dengan 9W2CLA. Sebelah pagi jam 9:15 di V38 145.475MHz. Pak Hassan juga menerima audio satu rakan. Rupanya abg Achik 9M2VMW di Kajang masuk bergabung. Beliau hanya mendengar aku tekan ptt sahaja tidak dapat menerima sebarang audio. Semasa 9M2VMW memancar 50 watt aku dapat terima readability 5/9.

Rakan FB Danial Wafiq ada merakam video semasa qso ini berlangsung. Boleh ke FB beliau untuk menonton rakaman tersebut. Ketika itu beliau bermobile di Lenggeng.

Jam 3:29 petang aku mohon mendarat kepada kedua stesen. 9W2CLA dan 9W2VQL meneruskan perbualan dijalur selepas itu.

jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9W2DYA



2M Net V38 Putrajaya

2M Net V38 Putrajaya
Tarikh: 18 April 2020
Masa: 9:30 malam hingga 10:41 tengah malam
QRA: 9W2VDN Operator Abg Ayub.
QTH: Putrajaya.
Frekuensi: 145.475MHz
Kuasa Pancaran: 22watt.
RST: 5/9 dari Bangi Lama.
Gateway 9W4GTX,  Sungai Merab.
Trafik: Selamat Hari Radio Amatur Sedunia

Credit 9W2VDN


Berikut stesen yang check-in;

1. 9W2KLG -ve copy. 
2. 9M2VMW -ve copy Kajang 5 watt.
3. 9M2NDO -ve copy Tanjung Karang 40 watt.
4. 9W2GND -ve copy Port Dickson 5 watt.
5. 9W2WJZ -ve copy echolink
6. 9W2VPQ -ve copy echolink Subang.
7. 9W2PIO -ve copy echolink.
8. 9W2NQH readability 5/9 Nilai 2.5 watt.
9. 9W2GID -ve copy Kajang 5 watt.
10. 9W2WJZ  -ve copy Cyberjaya 5 watt.
11. 9W2NUK -ve copy Ampang 5 watt.
12. 9W2ECK readability 5/9 Bandar Baru Salak Tinggi 10 watt.
13. 9W2WZZ readability 5/9 Semenyih Indah 25 watt.
14. 9W2HXH -ve copy Gombak 10 watt
15. 9W2YD -ve copy 
16. 9W2TFA -ve copy Sungai Besi 5 watt.
17. 9W2VCO -ve copy Shah Alam 5 watt.
18. 9W2VSC -ve copy Klang 3 watt.
19. 9W2FTA -ve copy echolink Rawang.
20. 9W2OET -ve copy Shah Alam 5 watt.
21. 9W2MGG -ve copy Putrajaya 5 watt.
22. 9W2UVE -ve copy Klang 10 watt.
23. 9W2UEZ -ve copy Damansara Damai 25 watt.
24. 9W2GSR -ve copy Klang 10 watt.
25. 9WYZS -ve copy Klang 5 watt.
26. 9W2MSH -ve copy Bangsar 25 watt.
27. 9W2DIR -ve copy Pelabuhan Klang 25 watt.
28. 9W2SAN -ve copy Rawang 50 watt.
29. 9W2DYA 
30. 9WVTZ -ve copy Mantin 25 watt.
31. 9W2XTK -ve copy Tanjung Karang 10 watt.
32. 9W2LIX -ve copy Kajang.

Tahniah kepada Abg Ayub yang sangat komited dalam mengendalikan simplex 
2M Net di V38. Kali ini berjaya menerima 3 stesen dengan readabilty 5/9 dari Bangi Lama.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V47 Kajang 15/4/2020

Malam tadi jam 11:08 QRV V47 145.5875MHz telah kedengaran audio satu stesen. Kedengaran Pak Kamal 9W2EZR di USIM Nilai QSO bersama Abg Gdeen 9W2GID. Audio abg Gdeen tidak kedengaran di Kajang.

Kemudian, Abg Jep 9W2VMJ disebut dan tidak kedengaran audionya juga jam 11:14 malam. Negative copy kedua stesen.

Seterusnya, Abg Malik 9W2LIX turut tidak kedengaran audio jam 11:21 malam. Semua stesen QTH di Kajang tidak dapat dicopy.

Pak Razif 9W2JQQ disebut pada jam 11:25 malam di Cheras, Balakong. Masih tidak kedengaran audio beliau juga.

Credit 9W2JQQ

Selepas itu, Abg Shah 9W2OUN QTH Kajang Perdana disebut pada jam 11:35 malam. Turut tidak kedengaran audionya.


Jam 11:45 malam Pak Kamal melaporkan semua stesen dijalur diterima baik 5/9. Hanya Pak Razif sahaja audio yang diterima beliau di Nilai tidak stabil ada turun dan naik.

Berikutnya, Aril 9W2CXU di Batu 9 Cheras disebut jam 11:59 malam. Sama juga, tidak kedengaran audio di Bangi Lama ini.

Akhirnya, Jam 12:21 tengah malam Pak Kamal 9W2EZR mohon mendarat QRT 73.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V47 Kajang

Awal pagi tadi sempat monitor di V47 145.5875MHz. Mulanya terdengar satu stesen disini jam 12:25 tengah malam. Rupanya audio abg Muhamad Nor 9W2QH dijalur. Terima audio beliau di Nilai seperti biasa readability 5/9 dan memancar dengan kuasa pancaran 25watt.

Rupanya beliau berQSO bersama Abg Syah 9W2UON di Kajang Perdana. Tiada kedengaran audio abg Syah 9W2UON. Berkisar tentang perancangan membina tower untuk antena.

Kemudian jam 12:42 kedengaran  Aiman 9W2YXL di Sungai Buloh disebut. Juga tidak diterima audio beliau di Bangi lama ini. Baru balik dari bertugas dan antara barisan hadapan yaang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19.

Jam 12:51 pula, kedengaran  Razi 9W2XZI di Sungai Long disebut. Stesen ini juga negative copy. Tiada kedengaran sebarang audio.

Selepas itu, jam 1:14 pagi kedengaran  Zarul 9W2LQK di Taman Delima, Kajang disebut. Masih lagi negative copy juga. Manakala, 2 stesen 9W2YXL dan 9W2XZI QRT keluar jalur.

Seterusnya, jam 1:26  Nasrul 9W2YOE disebut masuk bergabung.  Semakin meriah jalur diawal pagi dengan beberapa stesen bergabung. Turut negative copy juga.

Hanya audio abg Muhamad Nor 9W2NQH menjadi panduan. Jam 1:51 pagi beliau mendarat. Tinggal 3 stesen yang masih aktif dijalur yang tidak dapat didengar. Maka, akupun tutup radio dan tidur.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA


2M Net MARTS Linking 12/4/2020

2M Net MARTS Linking
Tarikh: 12 April 2020
Masa: 9:08 malam hingga 12:03 tengah malam
QRA: 9W2DGA Operator Tn Hj Din Mega
QTH: Mantin, Negeri Sembilan.
Pengulang: 9M4RLG
Kuasa Pancaran: 25watt
RST: 5/9 dari Bangi Lama Pengulang 9M4RTB

Ucapan penghargaan kepada barisan hadapan memerangi wabak COVID-19.

Trafik

Abg Nasir 9W2VWT memaklumkan Kelas RAE online Marts pada 18/4/2020 dikendalikan oleh 9M2AGC dan 9M2PRO.Maklumat lanjut FB Marts. Aktiviti IOTA dibatalkan.

Faizal 9W2PCO memaklum mulai esok Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 di Maeps beroperasi.

Berikut stesen yang check-in;

1. 9W2ZCP  Tanjung Piandang, Perak pengulang 9M4RPH.
2. 9W2YNZ Kota Tinggi, Johor pengulang 9M4RGP.
3. 9W2LRW AU2 Keramat.
4. 9W2BTD Kluang, Johor pengulang 9M4RLM.
5. 9W2HXO Semenyih pengulang 9M4RTB.
6. 9W2TVU Bandar Baru Sentul.
7. 9W2GCQ Tumpat, Kelantan pengulang 9M4RKH'
8. 9W2VVH Sungai Besar.
9. 9W2MJN Segamat, Johor pengulang 9M4RLM.
10. 9M2FOF Besut Terengganu pengulang 9M4RKH.
11. 9W2BCB Skudai, Johor pengulang 9M4RGP.
12. 9W2KQN Bukit Sentosa, Rawang.
13. 9W2GIA Ampang.
14. 9W2AIX/6 Kota Kinabalu pengulang 9M4RPB.
15. 9W2UHB Gemas pengulang 9M4RTB.
16. 9W2JMD Jelebu pengulang 9M4RTB.
17. 9W2WZZ Semenyih.
18. 9W2ZZD Semarak.
19. 9W2SGJ Banting.
20. 9W2BHL Segamat, Johor pengulang 9M4RLM.
21. 9W2TFA
22. 9M2VMW Kajang.
23. 9M2RAN Kepala Batas, Kedah pengulang 9M4RJR.
24. 9W2AGU Simpang Pulai, pengulang 9M4RKV.
25. 9W6YBS Kota Kinabalu pengulang 9M4RPB.
26. 9M2DDX Ulu Tiram, Johor pengulang 9M4RGP.
27. 9W2WIH Jitra, Kedah pengulang 9M4RJR.
28. 9W2OSD Sungai Dua, Butterworth pengulang 9M4RPH.
29. 9W2NNA Bagan Serai, Perak pengulang 9M4RPH.
30. 9W2IUK Ipoh, Perak pengulang 9M4RKV.
31. 9M2YOT Melaka.
32. 9W2DDL Kulai, Johor pengulang 9M4RGP.
33. 9W2BYG TUDM Subang.
34.  9W2VLN Keramat Kuala Lumpur.
35. 9W2ECQ Port Dickson pengulang 9M4RTB.
36. 9W2BPJ Kota Damansara.
37. 9W2PCO Klang.
38. 9W2MBV Ampang.
39. 9W2POR Raub.
40. 9W2OET Seksyen 32 ShahAlam.
41. 9W2URO Kajang pengulang 9M4RTB.
42. 9W2USC Kempas, Johor pengulang 9M4RGP.
43. 9W2OVZ Sitiawan, Perak.
44. 9W2NTQ
45. 9W2XIG Klang.
46. 9W2XTK Tanjung Karang.
47. 9W2MXM Klanng.
48. 9W2DXP Puchong.
49. 9W2AIO Sg Bakar Nibong Tebal pengulang 9M4RPH.
50. 9W2WYR Kuala Rompin, Pahang pengulang 9M4RTB.
51. 9W2LLX Kuala Lipis, pahang pengulang 9M4RCH.
52. 9W2HXH Gombak.

Tahniah kepada Tn Hj Din Mega atas mengendalikan 2m Net dengan baik sekali. Ramai rakan-rakan lama kembali dalam jalur mengikuti acara yang dikendalikan beliau. Beliau hampir mengenali kesemua stesen yang check-in. Keramahan dan kepetahan  dalam jalur menyebabkan dikenali sejak mula aktif lagi.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA


RX Beacon 9W2NXK-8

Petang ini Khang Khai menguji kemampuan rig Yaesu FTM-100D 9W2NXK-8. Sejak 1:35 petang telah menerima beacon 
9W2NXK-8 oleh Igate 9W2DYA-5.




9W2NXK-8>PSPQP2 via WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2WBP-1

9W2NXK-8 memancar dari tingkat 16 di Kajang berjaya mencapai  Igate 9W2WBP-1 di Kota Warisan, Sepang. Tidak hairanlah menerima beacon dari 9W2NXK-8. Ini kerana Igate 9W2DYA-5 terletak diantara dua stesen tersebut.


Credit 9W2NXK
Uji pancar ini dibuat untuk menguji fungsi gps pada rig tersebut. Paparan di peta aprs.fi menunjukkan 9W2NXK-8 kedudukan yang tidak stabil. Sepatutnya ia statik satu kedudukan sahaja. Ini kerana stesen tersebut di rumah tingkat 16 sahaja.


Credit 9W2NXK
GPS device yang digunakan bersama rig tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebarangkalian kedudukannya di dalam rumah menyebabkan gagal memberi kedudukan tepat. Jam 3:37 petang gps berjaya  berfungsi dengan baik apabila bacaan altitud 113m dicapai.

Jam 3 petang berjaya mendapat 1 packet dengan stesen ini dengan jarak 14.36km.

04/12/2020 3:00:44 PM+08:009W2NXK-8>PSPQP3,WIDE1-1,WIDE2-1,qAR,9W2DYA-5:`mLhl#0YY`"5>}9W2NXK Testing on FTM100 (Rig)_)

73, Jojet de 9W2DYA

Monitor V47

Malam ini bermula jam 9:14 malam berkesempatan monitor V47 dari base Bangi Lama. Kedengaran stesen Irwan 9W2CDC dan Zack 9W2ECK sedang berQSO. QTH abg Irwan 9W2CDC di Nilai, manakala abg Zack di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kemudian jam 9:16 malam abg Jep 9W2VMJ masuk bergabung dari Kajang. Makan sambil monitor waktu itu pula Pak Kamal 9W2EZR juga di Nilai. Terima kesemua stesen adalah sangat baik readability 5/9 dari Bangi Lama.

Seterusnya selepas makan barulah Pak Kamal 9W2EZR masuk bergabung. Stesen 9W2ECK memancar dengan kuasa pancaran sebanyak 10watt. Kelebihan base dikawasan tinggi membolehkan bekerja dengan baik hingga lebih jauh. Stesen 9W2CDC pula memancar dengan kuasa pancaran 50watt. Ketinggian antena diletak ditingkat atas pada rumah 2 tingkat. Base Pak Kamal 9W2EZR berdekatan dengan Abg Irwan 9W2CDC.

Stesen yang paling jauh adalah abg Jep 9W2VMJ di Kajang. Kadang audio sedikit menurun ke R4 tetapi secara keseluruhan dapat dicopy baik 5/9.


Credit 9W2VMJ
Radio yang digunakan oleh abg Jep pada malam ini. Kesemua stesen bertanya tentang radio jenama Motorola. Bertukar maklumat dan fikiran serta sempat mendapatkan nombor contact.

Jam 9:48 malam Pak Kamal 9W2EZR keluar dari frekuensi atas urusan peribadi. Selepas itu, abg Jep 9W2VMJ mendarat juga jam 9:53 malam kerana ada urusan dengan rakan dibase.

Kemudian, jam 9:54 malam Pak Hamdan 9W2HXO di Semenyih membuat uji pancar. Kali ini terima audio Pak Hamdan readability 5/9 dari Bangi. Beliau menguji antena vertical yang baru diletak pada ketinggian 20 kaki.

Akhirnya jam 10:13 malam Pak Hamdan 9W2HXO pun mendarat selepas berjaya menguji pancar kemampuan antena yang baru diletak itu. Tinggallah dua stesen dijalur, 9W2CDC dan 9W2ECK bertukar-tukar pengalaman.

Jam 10:24 malam abg Irwan 9W2CDC memulakan langkah untuk mendarat diikuti abg Zack 9W2ECK yang terus monitor dijalur.

73, Jojet de 9W2DYA

 


UiTMSat 1 @ Teknologi Nano RTM TV1

Siaran Teknologi Nano di RTM  TV1 bersiaran jam 3:30 petang tadi dokumentari mengenai nanosatelit UiTMSat-1.



UiTMSAT-1 ialah sebuah nanosatelit Malaysia, dibina terutamanya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebahagian daripada projek pelbagai bangsa Burung-2. 1U CubeSat dilancarkan ke angkasa pada Jun 2018 dan dikerahkan dari ISS pada Ogos.


Perancangan untuk misi itu bermula pada Disember 2016 di Institut Teknologi Kyushu. Pelajar pascasiswazah UiTM Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami mengembangkan satelit selama tempoh 19 bulan dan bekerjasama dengan lapan pelajar lain dari Filipina, Bhutan, dan Jepun. Kerjasama ini juga memberi inspirasi kepada penciptaan Pusat Komunikasi Satelit baru di UiTM.

Objektif
  • Menunjukkan Sistem Pelaporan Automatik Digipeater untuk berkomunikasi dengan stesen radio amatur
  • Mengesan jenis radiasi solar tertentu yang dipanggil "acara selak tunggal"
  • Ukur medan magnet melalui penggunaan Magnetometer Magneto Anisotropik
  • Bertindak sebagai Kamera Pengimejan Bumi


UiTMSAT-1 telah dilancarkan ke angkasa pada 29 Jun 2018 melalui roket Falcon 9 Full Thrust di Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada misi Servis Penyediaan Komersial SpaceX CRS-15.Maya-1 dan BHUTAN-1, yang juga dibangunkan di bawah projek Birds-2, adalah antara muatan roket. Ketiga-tiga nanosatelit dikerahkan dari ISS dan mencapai orbit pada 10 Ogos 2018.

UiTMSAT-1
Jenis misiDemonstrasi teknologi
PengoperasiUniversiti Teknologi MARA
COSPAR ID1998-067PD
SATCAT №43589
Tapak webbirds2.birds-project.com
Ciri kapal angkasa lepas
Jenis kapal angkasa lepas1U CubeSat
Berat BOL1 kg (2.2 lb)
Dimensi10 x 10 x 10 cm
Permulaan misi
Tarikh pelancaran09:42, 29 Jun 2018 (UTC)
RoketFalcon 9 Full Thrust
Tapak pelancaranCape Canaveral SLC-40
KontraktorSpaceX
Ditempatkan dariISS
Tarikh ditempatkan10 August 2018
Parameter orbit
RejimLow Earth
Paksi separuh utama6773 km[1]
Perigee398.6 km
Apogee407.2 km
Kecenderungan51.6°
Tempoh92.5 minutes
---- 2nd Joint Global Multination Birds Project

Kandungan dalam nanosatelit ini adalah dua lensa kamera merakam objek dibumi. Manakala sebelahnya yang kotak putih digipeater aprs. Masih sukar untuk menembusi digipeater nanosatelit ini kerana saling bertukar dengan CW beacon signal frekuensi 437.375MHz. Jikalau masa laluan digipeater diaktifkan baru boleh cuba mendapat packet BIRDMY frekuensi 145.825MHz.

Prof. Madya Ir. Dr. Mohd. Huzaimy
Pengarah Pusat Satelit Komunikasi UiTM


Nanosatelit dilepaskan dari ISS dengan 3 beradik Bhutan-1, 
Maya-1 dan UiTMSat-1 pada 10 Ogos 2018. Merupakan Projek Birds 2 yang menggabungkan 3 negara iaitu Bhutan, Filipina dan Malaysia. Semasa dilepaskan melalui JAXA Kibo Module, 3 cubesat dilepaskan serentak mengikut susunan Bhutan-1, Maya-1 dan UiTMSat-1. Pada hari ini, UiTMSat-1 telah mendahului Bhutan-1 dan Maya-1 mengelilingi orbit. Ini berdasarkan jadual lintasan cubesat ini jam 4:52 pagi UiTMSat-1. jam 5:40 pagi Bhutan-1 dan terakhir jam 6:13 pagi Maya-1 pada 11/4/2020.
Jarak semakin jauh diantara satu sama lain.


Cubesat ini dibawa ke ISS melalui Roket Falcon 9 Full Thrust dari tapak pelancaran Cape Canaveral oleh SpaceX. Ia dilancarkan pada 29 Jun 2018.


UiTM Amateur Radio and Satellite Station 


● Located in UiTM Shah Alam campus. ● Currently operated by 3 volunteer students and staff with amateur operator license ● Location: 3.0731, 101.4974 ● Callsign: 9M4CTM 
Roof top view  


UiTM GS operation room at level 21, Tower 2  and monitoring room at level 7, Center of Satellite Communication lab 
Ground station Control room ● Tracked io-86, Tisat-1, Horyu4,


Cubesat 3 beradik dilepaskan serentak dan disiarkan secara langsung peristiwa bersejarah ini oleh JAXA.


Pensyarah UiTM sedang menerangkan kemudahan yang ada serta peralatan canggih bagi menerima data-data dari cubesat 
UiTMSat-1.


Perisian yang digunakan bagi menerima dan menganalisis data dari cubesat. Ground Station mempunyai peralatan canggih bagi menerima data memandangkan hanya lebih kurang 10 minit sahaja melintas di ruang angkasa negara.


Cubesat yang berdimensi 10 x 10 x 10 cm adalah tidak merbahaya kepada bumi. Ia akan musnah secara sendiri apabila menghampiri atmosfera.


Kejayaan UiTM memiliki nanosatelit ini amat membanggakan penulis sebagai alumni.Walaupun, bukanlah berlatarbelakangkan Kejuruteraan hanya Sains Sukan tetapi hobi penulis dalam radio amatur ia sangat mengujakan. Frekuensi radio amatur yang digunakan cubesat ini, membolehkan pengamal radio amatur  melibatkan diri secara langsung.

73, Jojet de 9W2DYA

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...