Berjaya mendapat 3 packet Satelit Lapan A2 YB0X-1

Pagi ini berjaya mendapat enam beacon YB0X-1. Tiga daripadanya adalah packet berjaya diterima Igate 9W2DYA-5.



Pada minggu ini APRS pada Satelit Lapan A2 YB0X-1 diaktifkan selama 2 jam. Ini membolehkan aktiviti aprs berjalan dengan lebih lama lagi. Dua lintasan memberi peluang luas untuk mendapat lebih banyak packet di frekuensi 145.825MHz.

Satelit ini mengelilingi orbit selari dengan garisan Khatulistiwa. Memandangkan negara Indonesia mempunyai banyak pulau. Satelit ini berfungsi mengawal melalui pengambilan gambar dan beberapa fungsi yang lain. Maklumlah satelit ini kepunyaan negara Indonesia. FM Transponder juga membolehkan pengamal radio amatur berkomunikasi merentas negara.



Kebanyakkan stesen yang aktif bersama YB0X-1 adalah terdiri dari negara Asia Tenggara. Namun setelah diaktifkan selama 2 jam, terdapat stesen lain juga yang bekerja dengan YB0X-1.

Stesen 9Z4DZ-6 merupakan stesen dari Kepulauan Carribbean iaitu Trinidad dan Tribago. YB0X-1 mengambil masa lebih kurang 40 minit dari stesen terakhir di Asia Tenggara ke Trinidad dan Tribago. Mungkin banyak stesen yang baru muncul sepanjang laluan YB0X-1 melengkapkan satu pusingan orbit.

YB0X-1 juga menulis mesej Stay Healthy at Home & Productive #FightCovid19. Mesej ini mengelilingi dunia sempena penularan wabak Covid-19 yang meragut banyak nyawa. Bersama-samalah kita mengikut seruan kerajaan dengan duduk dirumah.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...