Monitor V47

Malam kedua Ramadan kedengaran dua stesen sedang aktif di V47 145.5875MHz. Abg Muhamad Nor 9W2NQH di Nilai sedang QSO bersama abg Zack 9W2ECK di Salak Tinggi.

QSO bermula lebih kurang jam 10:10 malam ini. Berkisar tentang antena yang ingin dirancang oleh 9W2ECK di base stationnya. Hanya kedengaran audio abg Muhamad Nor di Nilai sahaja readability 5/9 dengan kuasa pancaran 5 watt. Audio abg zack 9W2ECK negative copy.

Jam 10:32 malam QSY ke pengulang 9M4RBC 147.750MHz. Kedua rakan kedengaran audionya di pengulang tersebut. Jam 10:35 malam QSY semula ke V47.

Jam 10:46 malam masuk balik dari frekuensi PR. Kemudian kedengaran Abg Nas 9W2YOE disebut. Tiada kedengaran audionya di Putrajaya yang sedang bermobile.

Seterusnya, jam 23:10 malam barulah kedengaran audio abg zeck 9W2ECK di Salak Tinggi selepas menukar antena yang lain. Terima anda readability 5/9.

Jam 23:25 malam abg Muhamad Nor 9W2NQH ingin QSY dan meninggalkan jalur. Akupun cuba membuat uji pancar dengan abg Zeck 9W2ECK.

Akhirnya abg zeck menyahut dan menerima aku readability 5/9 di basenya Salak Tinggi. Memancar dengan kuasa 10 watt berjaya ke Salak Tinggi. Terima kasih abg zeck membuat salam contact kenal dan contact perdana.

jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...