Hari ini sempat berQSO bersama beberapa stesen. Sahaja memanggil di calling channel V40 145.500MHz pada jam 2:40 petang. Panggilan disahut oleh abg Wan Zul 9W2VQL di Bukit Mahkota. Jiran sebelah taman. Saya di Bandar Seri Putra, Bangi manakala beliau di Bandar Bukit Mahkota, Bangi.
Oleh kerana berjiran, terima audio beliau readability 5/9. Memancar dengan kuasa 5 watt. Kelebihan di Seksyen 5, Bukit Mahkota ini merupakan kawasan berbukit yang tinggi. Manakala, base aku di kawasan lembah bersebelahan Sungai Semenyih dekat Pekan Bangi Lama.
Kemudian QSY, ke V47 145.5875MHz. Masuk pula, abg Ayub 9W2VDN untuk menguji pancar penerimaan denganku jam 2:53 petang. Abg Ayub memancar dengan kuasa 22 watt dari Presint 9. Terima beliau readability 5/9 crystal clear. Ketika itu juga, abg Ayub maklumkan ada seorang rakan sedang uji pancar dari Dengkil iaitu 9W2TDG. Tetapi tidak kedengaran audionya. negative copy. Selepas sudah mendapat tahu my working condition, abg Ayob QRT.
Seterusnya, Pak Hassan 9W2CLA di Presint 14 masuk bergabung. Sebenarnya ini kali kedua berQSO dengan 9W2CLA. Sebelah pagi jam 9:15 di V38 145.475MHz. Pak Hassan juga menerima audio satu rakan. Rupanya abg Achik 9M2VMW di Kajang masuk bergabung. Beliau hanya mendengar aku tekan ptt sahaja tidak dapat menerima sebarang audio. Semasa 9M2VMW memancar 50 watt aku dapat terima readability 5/9.
Rakan FB Danial Wafiq ada merakam video semasa qso ini berlangsung. Boleh ke FB beliau untuk menonton rakaman tersebut. Ketika itu beliau bermobile di Lenggeng.
Jam 3:29 petang aku mohon mendarat kepada kedua stesen. 9W2CLA dan 9W2VQL meneruskan perbualan dijalur selepas itu.
jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Melilau Mencari
Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment