Belon Paya Lebar Radiosonde IMS100 1100278 Tidak Pecah

Credit 9W2DCW

 Sesuatu telah berlaku pada belon Paya Lebar radiosonde IMS100 1100278 pada malam tadi. Ia mendarat dalam keadaan yang baik dan tidak pecah telah ditemui oleh Choong 9W2CEI. Tangkap layar di atas menunjukkan dijangka mendarat di Pasir Gudang. Ketika itu telah mula menurun hingga altitud 16418m daripada 18911m.

Credit 9W2DCW

Seterusnya dijangka mendarat di dalam Singapura juga. Ia dijangka mendarat berhampiran Kem Nee Soon.

Credit 9W2DVZ
Belon berpatah balik menghala ke jalan Seletar Aerospace. Altitud ketinggian 374m pada jam 21:31 malam.

Credit 9W2DVZ
Jam 21:32 mendarat berhampiran simpang empat jalan itu.

Credit 9W2DCW
Kedudukan belon Paya Lebar dilihat dengan jelas dalam peta satelit. Altitud terakhir adalah 162m. Akhirnya belon dan peranti dijumpai seperti dalam video dibawah. Payload atau peranti dijumpa betul-betul ditepi simpang. Manakala belon berada di tengah simpang.




Credit 9W2CEI

Credit 9W2CEI




Credit 9W2CEI
Belon setelah dikempiskan oleh Choong 9W2CEI dengan jayanya. Belon yang sempurna tiada masalah untuk diisi gas helium sekali lagi. Kalau tidak pecah, bagaimana ia boleh turun dengan selamat? Isipadu semakin kurang walaupun ia masih kekal elok di udara. Mendarat dengan selamat di tengah-tengah simpang 4. Sila lihat video yang dirakam oleh Choong 9W2CEI di atas. Tahniah kepada Choong 9W2CEI atas penemuan kali ini. Sekali lagi memberi pengetahuan dan pengalaman baru.

73, Jojet de 9w2dya

1 comment:

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...