Choong Sek Yeen 9W2CEI Berjaya Bawa Pulang 3 Radiosonde

Credit 9W2CEI

 Pada hari ini Choong Sek Yeen 9W2CEI berjaya membawa pulang tiga radiosonde di Singapura. Radiosonde yang tersangkut pada pokok berjaya dibawa turun.

Credit 9W2CEI
Hari minggu merupakan hari yang sesuai untuk melihat semula radiosonde yang dijumpai tetapi tersangkut diatas pokok. Rezeki menyebelahi Choong setelah dua radiosonde yang dilepas serentak telah jatuh. Dua radiosonde  ini dilancarkan pada 16 April yang lalu. Setelah hampir tergantung didahan akhir jatuh ditiup angin. Jatuh tersangkut di atas pagar memberi jaminan masih selamat dari diambil orang.

Credit 9W2CEI
Dua jenis radiosonde yang berbeza dilepaskan serentak. Sebelah kiri jenis RS41-SG dan sebelah kanan pula adalah IMS-100. Ini merupakan kejayaan kali kedua menemui radiosonde jenis RS41-SG yang elok sifat fizikalnya. Penemuan ini telah menjawab persoalan dua radiosonde dilepaskan serentak. Sememangnya ia boleh dilepaskan serentak menggunakan dua jenis radiosonde yang berbeza menggunakan satu belon.

Credit 9W2CEI
Radiosonde RS41 T0310501 keluaran Vaisala berjaya dimiliki setelah tergantung diatas pokok lebih seminggu. Terbang pada 16 April yang lalu berjaya diselamatkan selepas ditiup angin. Nasib baik tidak diganggu monyet. Jikalau tidak pasti jadi habuannya.

Credit 9W2CEI
Pasangannya IMS1100399 turut tergantung bersama RS41-SG. IMS-100 dilepaskan setiap hari, manakala RS41-SG dilepaskan sebulan sekali sahaja. Sudah pasti RS41-SG menjadi idaman Pemburu Belon untuk memilikinya.
Credit 9W2CEI
Choong 9W2CEI telah menunjukkan keadaan sebenar radiosonde dilepaskan ke udara. Dua radiosonde digantung pada sebatang kayu dan disambungkan melalui benang kepada belon. Sebelah kiri merupakan RS41-SG manakala sebelah kanan yang kelihatan lebih kecil itu adalah IMS-100.
Credit 9W2CEI
Keadaan sebegini rupa memberi keseimbangan semasa penerbangan serta dapat berfungsi dengan baik kerana tidak terlalu dekat. Pemancaran radio tidak terganggu diantara satu sama lain apabila berjauhan sedikit.

Credit 9W2CEI
Tanggapan pertama bahawa kedua radiosonde itu diikat pada batang besi. Choong 9W2CEI menunjukkan bahawa ia sebenarnya merupakan batang kayu yang disalut aluminium. Secara logiknya pasti besi lebih berat untuk diterbangkan ke udara. Lagipun besi mungkin mengganggu pemancaran radiosonde.

Credit 9W2CEI
Kelihatan jelas kayu yang menggantungkan radiosonde disalut dengan aluminium yang berwarna krom itu. Sekali pandang seperti sebatang besi menerbang bersama ke udara. Penemuan ini memberi pengetahuan baru bagi Pemburu Belon bagi dua radiosonde yang dilepaskan serentak.

Credit 9W2CEI
Radiosonde yang ketiga berjaya ditemui Choong 9W2CEI adalah IMS-100. Terbang pada 11 April yang lalu. Hampir dua minggu tergantung berjaya dijolok untuk dibawa turun. IMS1100477 berjaya dalam genggaman akhirnya.

Credit 9W2CEI
Sehingga hari ini Team Radiosonde Malaysia telah berjaya menemui 91 unit radiosonde. Paling banyak adalah DFM17 dengan 54 unit diikuti IMS100 sebanyak 35 unit serta RS41-SG adalah 2 unit sahaja. Usaha berterusan setiap ahli tanpa mengenal jemu pasti membuahkan hasil. Pemburuan terus dijalankan selagi peluang berada dihadapan mata. Usaha tangga kejayaan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...