Radiosonde RS41-SGM berjaya ditemui selepas 100 hari


 Genap 100 hari semalam, belon ini ditemui oleh Team SAR Johor. Belon Paya Lebar radiosonde R0250053 telah jatuh pada hari lahir anakku 23 Disember 2021. Koordinat 1 darjah 19.76' Utara dan 103 darjah 27.30' Timur. Altitud ketinggian 187m dengan bearing 58 darjah.

Credit 9M2ZAK
Kejayaan Team SAR Johor ini, menambah koleksi jenis radiosonde yang diperolehi selain IMS-100 dan DFM17. RS41-SGM jenis ketiga yang berjaya dicari setelah terperap 100 hari dilantai hutan belukar di Jalan Kebun Baru. Met Singapura sering melepaskan pelbagai jenis radiosonde yang sudah semestinya menjadi buruan setiap Pengejar Belon. Sudah pasti menguntungkan rakan Team SAR Johor bagi menambah koleksi peribadi.

Credit 9M2ZAK
Bagi Pengejar Belon Team SAR Central, hanya mengharapkan belon Gemas. Ini kerana ia melepaskan radiosonde jenis RS92-SGP. Namun, bergantung kepada munculnya belon itu yang tidak pasti bila waktunya. Sukar untuk menjangka pelepasan kerana ia sangat jarang. Tidak seperti IMS-100 dan DFM17 kerana ia dilepaskan setiap hari pagi dan malam.

Credit 9M2ZAK
Lokasi titik akhir diplotkan oleh Zak 9M2ZAK. Berdasarkan imej didapati bahawa ia dikelilingi kawasan hijau terutama ladang kelapa sawit. Langkah pertama harus mengenal pasti lokasi belon mendarat. Perlulah mendapatkan koordinat titik akhir dengan tepat. Ini untuk mengelakkan dari tersasar arah. Kesilapan selisih sudut yang kecil boleh tersasar arah pada jarak yang lebih jauh.

Credit 9M2ZAK
Langkah kedua mengenalpasti laluan masuk ke titik akhir. Banyak pilihan yang ada. Harus membuat keputusan yang tepat. Kadangkala nampak dekat tetapi sukar untuk sampai. Kadang jauh, namum mudah untuk akses. Jadi membuat keputusan yang bijak penting bagi mencapai objektif setiap misi pencarian. Zak 9M2ZAK telah menandakan pilihan pertama berjarak 200m. Nampak dekat namun tiada laluan masuk.
 
Credit 9M2ZAK
Pilihan kedua pula berjarak 269m. Beza dengan pilihan pertama adalah 69m sahaja. Perbezaan yang kecil itu tidak menjadi halangan jika ia mempunyai jalan yang mudah akses. Pastilah memilih laluan yang boleh dimasuki kenderaan serta selamat di ladang kelapa sawit walaupun agak jauh sedikit.

Credit 9M2ZAK
Setelah mengenalpasti laluan masuk. Penetapan tempat berkumpul perlu dimaklumkan. Setiap ahli SAR perlu bertemu ditempat yang telah ditetapkan. Setelah  ke semua hadir, barulah misi boleh dijalankan dengan terancang. Ahli SAR perlu maklumkan kepada ketua jika terdapat sebarang kelewatan atau masalah. Tindakan akan diambil atas makluman itu. Pasti semua ahli akan tunggu supaya tiada ahli yang tertinggal dalam setiap misi yang dilancarkan. Pergi bersama-sama lebih mudah dan selamat. Segala arahan dapat disampaikan dengan baik apabila anggota pasukan telah lengkap.

Credit 9M2ZAK
Jam Garmin tactical Zak 9M2ZAK menunjukkan arah dan jarak 170m ke tempat sasaran. Memiliki peranti seperti ini, amat membantu mencari dan menentukan kedudukan dengan lebih tepat dan selamat.
GPS waypoint finder menunjukkan arah serta jarak 119m ke tempat sasaran. Koordinat terkini turut terpapar disamping koordinat sasaran. Bahagian atas merupakan koordinat sasaran, manakala bahagian bawah merupakan koordinat terkini di mana kita berada. Pastikan bateri telefon pintar mencukupi bagi setiap misi. Jangan lupa bawa sekali power bank serta kabel penyambung juga.

Credit 9W2DVZ
Laluan yang lapang serta mudah untuk akses di kawasan ladang kelapa sawit. Keretapun boleh diletakkan dengan lebih selamat di dalam ladang kelapa sawit berbanding di tepi jalan besar.

Credit 9W2DVZ
Nampaknya laluan agak mudah, jika terdapat bekas laluan yang pernah diterokai. Tidak perlu menebas kerana ia sudah membuka. Perlu bijak memilih laluan yang selamat daripada memilih risiko dikawasan semak dan merbahaya. Faktor keselamatan menjadi keutamaan utama dalam keghairahan mencapai sesuatu objektif.


Video rakaman Faizal 9W2DVZ memaparkan Zak 9M2ZAK berjaya menarik keluar peranti RS41-SGM. Video dibawah pula rakaman Zak 9M2ZAK detik-detik bersejarah penemuan radiosonde RS41-SGM R0250053.






Credit 9W2DVZ
Zak 9M2ZAK memegang radiosonde R0250053 yang pertama kali dijumpai jenis RS41-SGM. Masih mengekalkan bentuknya walaupun telah berada 100 hari dilantai tanah. Jikalau tidak diambil menjadi habusn semut membuat sarangnnya.
Credit 9W2DVZ
Team SAR Johor terdiri daripada Faizal 9W2DVZ, Saiful 9W2DCW dan Zak 9M2ZAK meraikan kejayaan sebagi penutup sebelum ketibaan ramadan. Tahniah kepada tiga stesen tersebut berjaya menemui radiosonde yang telah terperap selama 100 hari. Kejayaan semangat berkumpulan yang kuat terus menjadi azimat bagi misi seterusnya.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...