Credit 9W2OCX |
Dua hari selepas ia gagal dicari. Akhirnya radiosonde D20039759 ditemui jua oleh Arul 9W2OCX dan Hanif 9W2VHF. Berhampiran titik akhir juga ia ditemui oleh mereka berdua.
Menurut Arul 9W2OCX, pada malam kejadian kami telah sampai menghampiri belon yang dijumpai. Namun rezeki tidak menyebelahi kami sehingga tidak menjumpai pada malam tersebut.
Setelah dua hari ditinggalkan, monyet telah berjaya merobek hingga melarikan 2 biji bateri. Mungkin ia fikir bateri adalah buah yang boleh ditelan dan dimakan.
Belon elok tergantung tidak pula menjadi sasaran lampu suluh kami pada malam itu. Jika tersuluh, pasti menjadi habuan kami untuk dibawa pulang.
Pelekat kod bar masih utuh dan boleh dibaca lagi. Cebisan-cebisan peranti hasil rakusan sang monyet bersepai sana sini.
Pelekat Met Malaysia turut masih elok lagi untuk dibaca. Walaupun peranti rosak disambar monyet, penemuan ini membuktikan ia selamat berada ditangan Pemburu Belon. Perkara penting ia telah disahkan ditemui di kawasan jatuhan yang dilaporkan. Tahniah kepada kedua stesen berjaya menemui radiosonde D20039759 buat kali kedua misi pencarian. Usaha tangga kejayaan serta tidak kenal erti kegagalan membawa kejayaan.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment