Malam tadi selepas solat terawih telah dilancarkan misi mencari belon KLIA radiosonde D20039759 di Banting. Misi bertiga bersama Arul 9W2OCX dan Nazmi 9M2EDX.
Selepas solat terawih terus melihat telefon pintar bagi mengikuti perkembangan belon KLIA. Ternyata ia telah mendarat pada jam 21:31 bertarikh 11 April 2022. Memandangkan cuaca siang hari tadi hujan dan berawan ada potensi untuk jatuh awal ke darat.
Jatuh pada koordinat 2.77987 darjah Utara dan 101.52197 darjah Timur. Altitud ketinggian 76m dan ketinggian maksimum adalah 22196m.
Memandu dari Cheras merentasi bandar Kajang ke sebelah Masjid UKM. Menunggu Nazmi 9M2EDX tiba dari Masjid Hasanah. Cuba memanggil di V40 dan dijawab olehnya yang sedang dalam perjalanan dari kolejnya. Tiba sahaja Nazmi 9M2EDX, perjalanan terus ke Petronas Olak Lempit berjumpa Arul 9W2OCX di sana.
Sampai di Olak Lempit terus memasukkan koordinat D20039759 yang diperolehi oleh Tbeam Ayub 9W2VDN. Koordinat yang terkini berjaya mendapat altitud 53.5m lebih rendah berbanding di sondehub 76m. Koordinatnya 2.77984 darjah Utara dan 101.52193 darjah Timur.
Credit 9W2VDN |
Pencarian hingga jarak 55m dari titik akhir. Namun tiada sebarang tanda yang boleh menjadi pedoman. Kawasan titik akhir seumpama hutan. Kanopi pokok menutupi ruang lantai. Kami mengandaikan belon dan peranti berada di atas pokok sana. Isyarat peranti sangat kuat dikawasan pencarian namun tidak jumpa juga walaupun antena telah dicabut.
Sememangnya bukan rezeki kami pada malam tadi untuk membawa pulang peranti radiosonde dan belon. Ada kelapangan nanti boleh cari semula. Pengajarannya harus membawa peranti rdzTTGOsonde untuk mendapat koordinat yang tepat dilapangan.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment