Credit 9W2OCX |
Hari terakhir cuti Hari Malaysia diteruskan dengan mencari belon yang telah jatuh beberapa hari yang lepas. Pagi tadi secara solo mencuba nasib mencari radiosonde D21008851 yang jatuh di Sungai Kelambu, Banting.
Ia jatuh pada 13 September 2020 pada jam 21:33 malam. Keesokkannya Baros 9W2BWS telah cuba mencarinya. Rakaman video beliau menunjukkan kawasan belon dijangka jatuh.
Credit 9W2VHF |
Paparan gambar dari laptop Hanif 9W2VHF menunjukkan kebarangkalian belon jatuh berdasarkan laman web Sondehub. Aku melakukan pencarian di sekitar jangkaan itu, namun tiada sebarang tanda. Kawasan segitiga turut di cari berulang kali memastikan peranti berada di situ. Sehingga di tapak segitiga turut diluaskan pencariannya. Belon dijangka bergerak jatuh arah tenggara. Namun, tiada petunjuk ditemui. Pekerja ladang ditanya jikalau ada menjumpai belon dikawasan ladang sawitnya.
Kawasan kebun sayur di bawah rentis TNB merupakan kawasan berdekatan titik akhir. koordinat radiosonde ini adalah 2.78313 darjah Utara dan 101.55807 darjah Timur. Mendekati titik akhir bagi mendapat ketepatan arah belon dijangka jatuh. Jadi arah tenggara ditentukan serta dikenal pasti bagi memudahkan pencarian.
Credit 9W2VHF |
Anak panah pada gambar paparan laptop Hanif 9W2VHF. Bulatan oren yang dilukis Hanif 9W2VHF. Oleh kerana altitud ketinggian isyarat terakhir adalah 539m, maka jangkaan jarak dijumpai sekitar 200m. Namun tetap tiada walaupun jarak dicari sehingga 300m.
Misi pencarian seterusnya kembali kepada kawasan kebun semalam bersama Arul 9W2OCX. Berdasarkan kajian peta semula, didapati belon KLIA radiosonde D20073224 berpatah balik ke selatan. Membuat pusingan U menyebabkan pencarian kali ini mengarah ke selatan dan tenggara.
Pencarian di batas nenas, ubi kayu dan tanaman lain masih juga tidak temui juga. Lebih sejam 40 minit juga misi berjalan masih tidak menemui peranti. Berjumpa semula Pakcik yang kami tegur semalam. "Oh! datang lagi hari ini?" tanya beliau kepadaku. "Ya, Pakcik, jawabku jujur. "Seorang sahaja hari ini?" tanya lagi tentang Arul 9W2OCX yang turut serta semalam. "Oh, kawan ada urusan hari ini. Dia tidak dapat datang." jawabku lagi.
Kemudian beliaupun berlalu pergi dengan motorsikalnya. Kulihat dari jauh turut meninjau-ninjau kawasan yang diperkatakan belon jatuh. Oh memang tiada rezeki lagi untuk menemui belon sekali lagi. Boleh tunggu belon yang lain pula.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment