Belon Kota Bharu Radiosonde D20073692 Terbang lama


 Belon Kota Bharu radiosonde D20073692 terbang lama malam ini. Sehingga artikel ini ditulis jam 10:26 malam masih lagi di angkasa Laut China Selatan.


Pada mula dijangka mendarat di Pasir Mas, namun belon terus terbang hingga ke gigi pantai Laut China Selatan. Belon Kota Bharu jarang terbang di ruang udara Kelantan. Kerap terbang ke Selatan Negara Thai sahaja.


Malam yang penuh harapan mendarat di Kelantan. Namun ia terbang agak lama hingga ke Laut China Selatan. Tapi macam ada harapan jatuh ke darat semula. Pergerakan menghala ke Pemgkalan Chepa semula. Tunggu dan lihat sama ada tenaga bateri mampu bertahan atau tidak.


Jam 10:47 malam menghampiri ke pantai semula di Bachok. Harap bateri mampu bertahan tinggal 2.76 volt sahaja. Boleh monitor di frekuensi 401.91MHz. Boleh monitor hingga isyarat terputus. Sampai jam berapa mampu bertahan?


Jam 10:52 malam makin menghampiri pantai. Menghala ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa nampaknya. Harap ada harapan pulang semula ke sana membuat satu pusingan lengkap.


Jam 10:56 malam terus menghala ke Pengkalan Chepa. Ia telah ke darat semula. Altitud ketinggian 20,663m dari ketinggian maksimum 25,062m. Stesen radiosonde menerima isyarat radiosonde sepanjang penerbangan yang hampir 9W2HQD-6. Bekerja dengan baik sepanjang malam ini.


Jam 11:01 malam isyarat terakhir isyarat diterima stesen radiosonde 9W2PRX-8 di Pulau Pinang. Belon dijangka menghala ke Tumpat dan boleh jadi masuk ke Negara Thai juga malam ini.



No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...