Misi Radiosonde D20073224 Gagal

Credit 9W2OCX

Belon KLIA radiosonde D20073224 yang jatuh pada pagi tadi gagal dicari. Jatuh jam 9:29 pagi bertarikh 17 September 2022. Koordinat 2.71659 darjah Utara dan 101.54641 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 648m serta ketinggian maksimum adalah 30,340m.

Credit 9W2OCX

Misi petang tadi bersama Arul 9W2OCX. Percubaan mendapatkan koordinat terkini gagal oleh Arul 9W2OCX akibat hujan lebat. Selepas latihan rumah sukan di saltmine barulah aku beresempatan melancarkan misi pencarian.


Memandu dari Cheras bertemu di Dengkil. Sepanjang perjalanan hujan turun memaksa pemanduan berhati-hati hingga tiba di Dengkil. Tiba di Dengkil menaiki jelopi Arul 9W2OCX ke Banting. Menghampiri Banting cuaca semakin baik.


Belon KLIA ini  jatuh di kawasan pertanian. Pernah ke sini bersama Hanif 9W2VHF beberapa ketika dahulu kerana belon pernah jatuh kawasan sekitar ini jua. Rupanya belon jatuh berdekatan menara pandang. 

Credit 9W2OCX
Semakin menghampiri titik akhir, Arul 9W2OCX meletakkan jelopinya di atas laluan sahaja. Kamipun  berjalan ke arah titik akhir di kawasan penanaman nenas. Melanggar daun nenas yang berduri sangat menyakitkan. Pencarian ke arah utara titik akhir. Pencarian di halang parit. Terpaksa mencari laluan bagi melangkah parit untuk ke kawasan hadapan lagi. Nasib baik ada kayu balak di parit itu. Walaupun telah dikerat, ia masih boleh dipijak untuk menyeberanginya.



Hingga jarak 261m berpatah balik kerana kawasan semakin semak. Berpatah balik mencari di atas laluan kenderaan hingga jarak 400m pula. Berpatah semula ke jelopi kerana misi telah gagal.

Credit 9W2OCX

Laluan ban yang dilalui sehingga jarak 400m. Kawasan penanaman kontan nenas yang saujana mata memandang. Misi gagal terus ke Bedford untuk meninjau belon yang jatuh beberapa hari yang lepas.


Radiosonde D20073323 jatuh 12 September 2022 jam 9:36 pagi. Altitud ketinggian terakhir 178m sahaja. Sangat rendah amat rugi jika tidak pergi mendapatkannya. Walaupun jarak kurang 50m dari jalan besar. Namun halangan parit besar dan dalam menjadi halangan utama untuk mencapainya.

Walaupun misi kali ini gagal, usaha berterusan tidak kenal jemu tetap menjadi amalan pencari atau pemburu belon seperti kami.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...