Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024


 Pagi tadi berkesempatan singgah ke venue Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024. Berlangsung selama tiga hari bermula 23 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024. Kejohanan ini bertempat di German Malaysian Institute, Bangi.


Penulis pertama kali masuk ke Kompleks Sukan GMI ini. Tiga gelanggang bola jaring di tengah padang bola sepak yang mempunyai astaka. Sayangnya tiada balapan sintetik 400m di sini.


Pagi tadi team SMKBTHO2 ke peringkat suku akhir berjaya mengalahkan SMK Jalan Bukit 8 - 4. Sayangnya telah terkandas ke peringkat separuh akhir dengan Permata Pintar 7-15. Tahniah diucapkan kepada team bawah 18 tahun ini berjaya hingga ke peringkat ini.


Semalam team SMKBTHO2 berjaya mendapat naib johan kumpulan. Ini melayakkan pasukan ini untuk beraksi pada hari ini pusingan kedua. Keputusan hari ini team berjaya menduduki tempat antara 5 hingga 7 terbaik.


Menang dan kalah adat bertanding. Tahun hadapan boleh perkuatkan lagi pasukan hingga ke peringkat yang lebih tinggi hingga mencapai johan.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde 2302105779 jatuh depan ladang KLIA2


 Pada hari sabtu lepas bertarikh 20 Julai 2024 radiosonde 2302105779 telah jatuh di hadapan ladang KLIA 2. Belon KLIA telah pecah awal pada altitud ketinggian maksimum 9,778m. Altitud ketinggian terakhir 338m.


Merujuk pada tangkap layar di atas bomoh  menunjukkan ia akan jatuh ke seberang sungai. Jangkaan mendarat itu menunjukkan kemungkinan boleh masuk dalam air sungai lalu hanyut. Menjadi prinsip pemburu belon pergi ke lokasi kejadian bagi menyiasat dan mencari terlebih dahulu. Ini tujuan membuktikan sama ada telahan bomoh itu tepat atau tidak.


Oleh kerana, lokasi kejadian berdekatan dengan jalan utama. Pastilah misi pencarian dilancarkan. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu rezeki menyebelahi pada misi kali ini. Maklumlah monsun barat daya ini membawa belon ke arah Selat Melaka sahaja. Merujuk buku log radiosonde penulis. Tidak ada lagi rekod kejayaan pada bulan julai.


Usai urusan latihan olahraga di saltmine barulah misi pencarian dapat dijalankan. Itupun dapat trafik dari Arul 9W2OCX memaklumkan belon KLIA telah jatuh darat.


Tiba di KLIA 2 perlulah mencari parkir paling sesuai dan selamat. Setiap sudut di kawasan KLIA 2 ini dijaga rapi oleh pasukan keselamatan. Parkir tepi jalan berdekatan Menara kawalan trafik udara pastilah dihalau oleh pegawai yang bertugas. Bahu jalan turut diletakkan papan tanda zon tunda.


Akhirnya mengambil keputusan untuk parkir di bahu jalan jelopi staff Air Asia. Merujuk GPS waypoint finder. Jarak dari jelopi ke titik akhir adalah melebehi satu kilometer. Biar jauh asalkan jelopi berada dalam keadaan selamat.


Menyusur jalan tepi berumput hingga tebing sungai. Lokasi titik akhir berjaya dijumpai. Ternyata tiada apa-apa tanda di situ. WX petang amat terik. Monsun barat daya sememang musim kering. Angin bertiup arah belon KLIA yang jatuh itu.


Seterusnya mencari sepanjang tepi tebing sungai. Melihat-lihat aliran sungai jikalau belon tersangkut dalam air. Selain itu, melihat pada setiap bahagian pokok kelapa sawit berhampiran tebing juga. Habis semua semak diredahi.


Laluan batu kelikir sebelah deretan kelapa sawit dan bersebelahan sungai pada sebelah kanan. Bergerak hingga 350m ke hadapan. Kemudian berpatah balik melakukan perkara yang sama. Meninjau sekitar tebing termasuk sebelah seberang sana juga.


Kadang-kala memerhati dengan teliti setiap pokok di seberang sana. Sudah pastilah sasaran adalah benang yang tersangkut pada pelepah kelapa sawit.


Tiba pada jarak 146m ke titik akhir. Mata terpandang sesuatu pada sebatang pokok kelapa sawit di seberang sungai. Mata dengan teliti melihat seperti ada benang pada pokok kelapa sawit di seberang. Hasil penelitian dan pemerhatian yang tepat ternyata sah ada benang tersangkut di sana.


Alhamdulillah, benda yang dicari telah berjaya dikesan lokasinya. Keluar ke jalan batu kelikir untuk terus ke jalan besar. Mendaki tebing jalan melintas jambatan jalan tersebut.


Melepasi jambatan memerhatikan air sungai yang jernih dan sangat cetek pemandangan dari atas. Menyusur tangga batu terus ke laluan sawit selari dengan sungai. Pokok gambar di atas terdapat benang yang dicari.


Bergerak hingga jarak 146m dan ke depan sedikit. Kemudian masuk ke tebing mencari batang pokok tersebut. Rupanya terlajak sedikit dan berpatah balik sudah kelihatan benang terjurai pada pelepah kelapa sawit.


Tangga yang digunakan menuruni dari jambatan jalan besar. Laluan sawit terus membawa ke pokok kelapa sawit yang ada benang tersebut. Kelihatan aliran sungai bersebelahan deretan pokok kelapa sawit.


Jarak 154m dari peranti radiosonde 2302105779 ke titik akhir bagi altitud 338m. Separuh jarak bagi ketinggian terakhir. Seberang sungai sana tadi adalah 146m tambahan 8m bagi lebar sungai.


Keadaan peranti radiosonde 2302105779 berada di dalam semak bawah pokok kelapa sawit. Agak jauh juga dari tebing sungai.


Kalau bukan kerana benang yang tersangkut pada pelepah pokok ini. Pastilah misi mencari sangat sukar. Itupun hampir sejam juga meraban di tepi tebing sungai seberang sana.


Inilah radiosonde yang diburu setelah sekian lama berehat sejak monsun barat daya. Pertama kali dalam bulan julai berjaya mendapat radiosonde sejak mula pencarian penghujung tahun 2021. Lampu menyala menanda kuasa bateri masih lagi aktif.



Model kedua radiosonde keluaran Weathex.co Ltd dari Korea. Model pertama dahulu DFM-17 dari Jerman. Nombor siri tertera adalah betul mengesahkan misi kali ini telah berjaya. Sayangnya benang terputus dengan belon. Belon dan winder tidak diketemui pada lokasi pencarian. Mungkin punca belon pecah awal hingga altitud ketinggian 9,778m.



Usai mendokumentasi perjalanan pulang semula ke jelopi mengikut tepi jalan besar. Sayup mata memandang hendak sampai ke jelopi. Biar jauh asalkan jelopi selamat tanpa ada gangguan.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya


Radiosonde 2302105788 jatuh tepi Mitsui KLIA


 Pada malam semalam sekali lagi belon KLIA telah pecah awal. Altitud ketinggian maksimum 10,339m telah membawa jatuh ke Mitsui KLIA. Zahrin 9W2MDZ telah ke lokasi kejadian bagi mendapatkan kedudukan terkini. Hasilnya kedudukan sebenar radiosonde 2302105788 berjaya dikesan bersebelahan Mitsui KLIA sahaja.


Ketinggian terakhir sebenar altitud 337m sahaja. Setelah hasil cerapan oleh stesen 9W2MDZ berjaya mengesan tepat pada latitud 2.77707 darjah Utara dan longtitud 101.67727 darjah Timur. Asal adalah latitud 2.77633 darjah Utara dan 101.67802 darjah Timur.


Manakala tilikan bomoh pula jatuh pada latitud 2.7768 darjah Utara dan longtitud 101.67708 darjah Timur. Istilah bomoh dalam penulisan ini merujuk jangkaan radiosonde jatuh merujuk pada laman sesawang Sondehub.

Credit 9W2RUT

Merujuk pada group, pagi ini stesen Weerut 9W2RUT telah berjaya menemui radiosonde tersebut.

Credit 9W2RUT

Radiosonde 2302105788 berjaya dalam genggaman Weerut 9W2RUT.

Credit 9W2RUT
Benang turut terputus menyebabkan belon tidak diketemui. Sama seperti sabtu yang lalu belon turut tidak ketemui kerana turut putus juga. Tahniah kedua stesen 9W2RUT dan 9W2MDZ berjaya berusaha hingga peranti radiosonde ditemui di Mitsui KLIA.

Selamat memburu!

Jojet de 9w2dya

Kejohanan Sofbol MSSD Hulu Langat 2024


 Pagi ini berkesempatan untuk melihat kejohanan Sofbol Bawah 12 tahun dan Bawah 18 tahun MSSD Hulu Langat. Hari terakhir pada hari ini setelah empat hari bertarung di padang SMK Taman Jasmin 2, Kajang. Kejohanan buat julung kali diadakan di sini telah bermula 15 hingga 19 Julai 2024.


Kejohanan Sofbol MSSD Hulu Langat ini dikelolakan oleh SMK Bandar Baru Bangi. Berjaya menarik penyertaan beberapa sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Hulu Langat.


Merujuk tentatif kejohanan dua hari pertama untuk peringkat perempuan manakala dua hari terakhir untuk peringkat lelaki pula.
Berdasarkan pemantauan pagi tadi cuaca agak cerah dan panas. Ini tidak mematahkan semangat pemain untuk beraksi dengan bersungguh-sungguh.


Berikut pasukan bawah 18 tahun perempuan; SMK Bdr Baru Bangi, SMK Saujana Impian, Kolej Vokasional Kajang, SMK Bdr Damai Perdana, SMK Bdr Seri Putra, SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) dan SMK Bdr Sungai Long.


Manakala pasukan bawah 12 tahun perempuan; SK Taman Rakan, SK Seri Sekamat, SK Saujana Impian, SK Jalan 4, SK Bdr Baru Bangi, SK Saujana Impian (2), SK Jalan 6, SK Cheras Jaya dan SK Sungai Kantan.


Seterusnya pasukan bawah 18 tahun lelaki terdiri daripada SMK Bdr Baru Bangi, SMK Saujana Impian, SMK Bandar Seri Putra, SMK SAAS dan SMK Bdr Sungai Long.


Akhir sekali pasukan bawah 12 tahun lelaki adalah SK Taman Rakan, SK Seri Sekamat, SK Saujana Impian, SK Jalan 4, SK Bdr Baru Bangi, SK Saujana Impian (2), SK Jalan 6, SK Cheras Jaya dan SK Sungai Kantan.

Tahniah kepada pihak pelaksana SMK Bandar Baru Bangi atas penganjuran yang terbaik.

73, Jojet de 9w2dya

Memanah MSSD Hulu Langat 2024


 Hari ini merupakan hari terakhir Kejohanan Memanah MSSD Hulu Langat tahun 2024. Bermula hari Isnin 1 Julai 2024 hingga hari ini 3 Julai 2024. Sempat singgah sebelum ke saltmine melihat aksi Bthovian. Hadir sebagai tanda sokongan moral bagi meningkat prestasi pada kali ini.


Hari pertama singgah hanyalah pemeriksaan peralatan dan menguji areana sahaja. Setiap pasukan dipanggil  untuk pemeriksaan peralatan memanah yang akan digunakan semasa kejohanan. Arena pertandingan turut diuji bagi penyesuaian tempat oleh setiap atlet memanah. Seperti tahun sebelum ini, Asrul dan Shibrah ditugaskan membawa pasukan memanah memburu pingat kejuaraan.


Kemudian bergerak ke SMK Maahad Hamidiah untuk melihat Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat bawah 15 tahun. Tiba di pintu pagar Pengawal tidak membenarkan masuk kerana tiada pas urusetia. Oleh kerana tidak dapat masuk terus menghala ke saltmine.


Hari kedua 2 Julai 2024 seperti semalamnya terus ke SK Saujana Impian venue bagi acara memanah ini.Hari kedua ini pertandingan untuk peserta lelaki. Mendapat perkhabaran gembira apabila atlet berjaya membawa pulang beberapa pingat.


Muhamad Azfar Rashid berjaya mendapat Johan bagi jarak 70m dan 60m serta Johan keseluruhan bagi lelaki bawah 18 tahun Recurve. Tiga emas hasil tuaian Azfar. 


Pingat seterusnya milik Nik Alif Zakwan bin Nik Zamzuri. Dua pingat dituai merupakan Johan 60m dan Naib Johan Keseluruhan bawah 15 tahun Recurve.


Seterusnya mendapat tempat ketiga bagi lelaki berkumpulan bawah 15 tahun. Tahniah kepada pasukan lelaki beraksi dengan cemerlang.


Kemudian singgah ke SMAP Kajang untuk meninjau venue bola sepak lelaki bawah 18 tahun. Ketikamitu, permainan bermula jam 12.15 tengah hari. Perlawanan antara SMKBTHO2 melawan SMK Jalan Reko bagi peringkat kumpulan. SMKBTHO 2 berjaya menjadi johan kumpulan dan meneruskan pusingan kedua pada keesokan harinya.



Hari terakhir kem SMKBTHO2 berjaya mendapat naib johan perempuan bawah 18 tahun berkumpulan. Tahniah kepada pemanah sekolah yang berjaya menggondol pingat bersama guru pengiring Asrul dan Shibrah.


Seterusnya singgah ke SMAP Kajang sekali lagi buat terakhir. Kem SMKBTHO2 telah terkandas bagi meneruskan persaingan ke pusingan seterusnya. Kalah 0 - 1 kepada SMK Dato Ahmad Razali, Ampang.

73, Jojet de 9w2dya

Outdoor Expo Malaysia 2024


 Pada hari ahad lepas 30 Jun 2024 telah menghadiri Outdoor Expo Malaysia 2024 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Pergi bersama harmonic lebih teruja bermain di taman permainan kanak-kanak di Tasik Bandaran dekat situ. Monitor di V40 145.500MHz. Ketika menghampiri lokasi kedengaran audio di frekuensi ini. Tiada sebarang QSO atau contact. Hanya ada audio bersembang-sembang  sekali-sekala muncul pada corong radio.


Pada mulanya tawaf Stadium untuk mencari tempat letak kereta. Kemudian mencuba nasib di parkir Tasik. Alhamdulillah ada satu parkir kosong berdekatan taman permainan. Damia ingin bermain terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kem Pengakap. Terdapat pintu gerbang yang turut menjadi menara kawalan. Masuk  melalui titi buluh. Pelbagai gajet dipamerkan seperti tempat menyimpan peralatan atau perkakasan. Suasana Jamboree di sini dialu-alukan oleh anggota Pengakap. Ahli Pengakap mengalu-alukan kedatangan serta memberi penerangan pada setiap peralatan atau gajet yang ada.


Kemudian menghala ke Kompleks Sukan tersebut. Ramai pengunjung datang pada hari terakhir tersebut. Ekspo ini telah bermula hari Jumaat dan berjaya menarik minat penggerak rekreasi. Kelihatan anak-anak mencuba flying fox. Menara pelepasan di sebelah tepi pula adalah aktiviti wall climbing. Ia dikendalikan oleh Delta Rovers. Penulis mengenali Delta Rovers semasa Jamboree Asia- Pasifik tahun 1997 lagi di Bukit Kluang, Terengganu.


Kegiatan luar sememangnya satu industri yang boleh menjanakan pendapatan negara. Rakyat aktif berekreasi melahirkan generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental. Banyak syarikat jual peralatan perkhemahan dan sukan membuatkan pengunjung rambang mata. Tawaran harga yang kompetitif sudah pastilah menguntungkan pembeli.


Aktiviti flying fox sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sebelah dalam gelanggang berpagar itu tidak silap paintball. Sebelahnya lagi perlumbaan pushbike untuk si cilik memikat hati ketika berlumba. Kemudian masuk ke dewan dengan pelbagai barangan jualan.

Sebelah luar dewan juga banyak reruai dan khemah untuk pameran dan jualan. Terdapat satu lagi menara wall climbing milik Hikers Climber yang terkenal di Shah Alam. Penulis mengenali Hiker Climbers sejak belajar di UiTM lagi. Pernah turut membantu mengendalikan program outdoor ketika itu.

Kemudian booth MARES bersama kenderaan komunikasi. Ramai rakan ham kelihatan di khemah tersebut rancak berbual. Tidak sempat menyapa memandangkan harmonic ajak bergerak ke tempat lain mencari alas perut.

Jualan gerai makanan dan minuman turut disediakan. Boleh memilih juadah mengikut selera masing-masing. Usai membeli juadah serta menghilangkan dahaga kembali ke taman semula.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...