Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024


 Pagi tadi berkesempatan singgah ke venue Kejohanan Bola Jaring MSSD Hulu Langat 2024. Berlangsung selama tiga hari bermula 23 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024. Kejohanan ini bertempat di German Malaysian Institute, Bangi.


Penulis pertama kali masuk ke Kompleks Sukan GMI ini. Tiga gelanggang bola jaring di tengah padang bola sepak yang mempunyai astaka. Sayangnya tiada balapan sintetik 400m di sini.


Pagi tadi team SMKBTHO2 ke peringkat suku akhir berjaya mengalahkan SMK Jalan Bukit 8 - 4. Sayangnya telah terkandas ke peringkat separuh akhir dengan Permata Pintar 7-15. Tahniah diucapkan kepada team bawah 18 tahun ini berjaya hingga ke peringkat ini.


Semalam team SMKBTHO2 berjaya mendapat naib johan kumpulan. Ini melayakkan pasukan ini untuk beraksi pada hari ini pusingan kedua. Keputusan hari ini team berjaya menduduki tempat antara 5 hingga 7 terbaik.


Menang dan kalah adat bertanding. Tahun hadapan boleh perkuatkan lagi pasukan hingga ke peringkat yang lebih tinggi hingga mencapai johan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

APRSMY Malaysian APRS Net Bot

Malam tadi sempat check dalam APRSMY Malaysian APRS Net Bot  yang dihasilkan oleh 9M2PJU. Wujudnya APRSMY ini bolehlah Operator Radio Amatur...