Stesen Pengawasan Bersepadu Alam Sekitar


 Semalam ketika menjelajah Taman Wawasan telah terlihat kawasan berpagar sebelah taman mini berkolam di situ. Rupanya kawasan berpagar tersebut merupakan Stesen Pengawasan Bersepadu Alam Sekitar. Zaman dahulu lebih dikenali sebagai stesen kaji cuaca atau meteorologi. Weather Monitoring Station WNS 02 merupakan kod bagi Presint 2, Taman Wawasan.


Maka, pada hari yang hujan ini sempat mencari beberapa WMS lagi di sekitar Putrajaya. Beberapa stesen lagi dapat dikesan melalui laman sesawang iems.ppj.gov.my .Segala data dalam laman sesawang itu diperolehi dari lokasi yang telah diletakkan pelbagai jenis radas kaji cuaca tersebut. Lokasi pencarian pertama di Padang Awam Presint 14. Terletak di atas bukit dan mempunyai astaka. Boleh dilihat altitud ketinggian padang tersebut adalah 99 m dari aras laut.


Letak kereta kemudian pusing satu padang bagi melihat WMS 09 yang terletak di kawasan padang ini. Setelah pusing keliling ternyata lokasi tidak dijumpai. Semak semula lokasi dalam peta baru perasan kedudukannya agak ke belakang sedikit di selekoh jalan. Ambil kereta patah balik turun semula. Ternyata stesen berpagar ini ada di bawah balik padang. Setiap titik lokasi dalam peta itu sememangnya tepat.


Stesen WMS 09 Presint 14, Padang Bola sepak terletak di kawasan lapang berdekatan juga dengan penempatan. Lokasi kawasan lapang atas bukit bersebelahan padang. Agak jauh sedikit masih ada beberapa pokok dikeliling. Kali ini, tiang agak besar dan tinggi. Terdapat kamera litar tertutup menghadap panel elektrik. Alat sensor berada di penghujung palang kiri dan sebelah kanan.



Terdapat takungan air berwarna putih. Data untuk taburan hujan tiada pula direkodkan dalam laman sesawang di stesen ini.


Sebelah kanan yang ada bekas sensor untuk suhu manakala sebelah kiri agak kecil bulat licin permukaannya tekanan udara agaknya.


Stesen WMS 09 gambaran dari jauh. Selesai bergambar terus turun semula ke jalan tar kereta diletakkan di situ. Boleh di lihat sebelah kiri dan kanan stesen ini terdapat deretan pokok. Kemudian bergerak ke Taman Putra Perdana. Misi kedua berhampiran Hotel Pulse Grande.


Letak kereta di taman bukan sebelah hotel tersebut. Terpaksalah jalan kaki sambil mendaki ke arah stesen kedua ini. Terserempak dengan seorang staf hotel di dalam buggy. Maklumkan hendak melawat stesen kaji cuaca tersebut. Lokasinya di lereng bukit bersebelahan Istana Melawati. Kelihatan CCTV Istana tersebut menghadap stesen WMS 03 ini.


Kedudukan stesen WMS 03 berada tepi lereng bukit bersebelahan Istana Melawati. Rasanya Stesen Pemantauan Cuaca ini pastilah yang paling lama. Tolok hujanpun masih digunakan lagi bagi merekod data taburan hujan. Papan tanda yang sudah lusuh tulisan itu tertera STESEN PEMANTAUAN CUACA TAMAN PUTRA PERDANA PRESINT 1 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA NO. STESEN 01.


Kelihatan hadapan bahagian bawah boleh nampak tempat letak kereta tetamu hotel. Satu tiang terdapat banyak radas mencerap kaji cuaca. Termasuklah panel solar turut digunakan bagi mendapatkan tenaga. 


Stesen Pemantaun Cuaca ini juga terdapat bekas takungan air. Sudah pasti ia berfungsi mengukur melibatkan air hujan. Bekas tersebut terdapat bekas kecil yang disambung dengan kabel. Sudah pasti ada sensor yang menyambungkan maklumat tentang data tersebut.


Satu tiang terdapat banyak sensor bagi mendapatkan suhu sekitar, kelembapana, tekanan udara, arah mata angin serta kelajuan tiupan angin. Sebelah kotak panel yang mengawal tenaga mungkin tersimpan bateri mahupun papan litar setiap sensor tersebut.




No comments:

Post a Comment

Stesen Pengawasan Bersepadu Alam Sekitar

  Semalam ketika menjelajah Taman Wawasan telah terlihat kawasan berpagar sebelah taman mini berkolam di situ. Rupanya kawasan berpagar ters...