Bandar Gamuda Cove terdapat Taman Sentral. Ia merupakan taman tasik rekreasi yang di bina untuk penduduk bandar tersebut. Siang tadi sempat ke sana untuk beriadah. Sudah beberapa kali sampai ke sini membawa Damia bermain di taman permainan kanak-kanak. Peralatannya mesra pengguna yang lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Laluannya dari konkrit. Penulis lebih suka berjalan sahaja jikalau permukaan laluan yang agak keras. Permukaan yang mesra lutut pasti berjogging sahaja lebih pantas. Namun, masa berlari sudah pasti tidak dapat mengambil gambar.Terdapat tiga jeti di bina memudahkan pengunjung menikamati pemandangan agak ke tengah tasik.
Laluan menghala ke tiga buah jeti. Laluan tasik ini agak luas muat untuk kenderaan motor terutama kenderaan penyelenggaraan lanskap.
Tasik yang ada taman permainan kanak-kanak terletak di sebelah timur. Lokasi boleh cari Maze Garden. Pasti penjejak akan membawa terus ke tasik timur ini. Penulis biasa guna Google Map sahaja mudah dan boleh dipercayai.
Tebing tasik yang agak botak dan lapang. Air pagi tadi agak tenang sahaja. Cuacapun agak mendung sahaja memudahkan pergerakan Penulis untuk meneroka sekeliling tasik ini.
Laluan yang banyak pokok ini berada di tasik tengah. Banyak pokok yang agak besar telah ditanam. Ini menjadikan kawasan sekitar lebih segar dan menghijau.
Ada satu jeti di tasik tengah. Kawasan tasik tengah lebih menghijau. Ini menjadikan suasana lebih menyamankan dan mententeramkan jiwa. Itulah fungsi taman rekreasi dibina. Membolehkan penduduk beriadah dan berekreasi untuk mendapatkan ketenangan dan menyegarkan kembali tenaga setelah penat bekerja.
Taman rekreasi atau kawasan lapang perlu diadakan bagi menjaga kesejahteraan kesihatan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan secara tidak langsung meningkatkan mutu kesihatan masyarakat.
Penulis terpaksa melepasi jalan yang belum dibuka bagi menyeberang ke tasik timur pula. Jambatan lengkung itu menghubungkan tasik timur dan tengah.
Laluan untuk naik ada ke hadapan sedikit. Nanti sudah pusing tasik timur baru menggunakan jejambat tersebut. Membuat satu pusingan tasik timur terlebih dahulu.
Pokok-pokok hiasan turut memagari tebing tasik. Melahirkan pemandangan yang berwarna-warni memikat hati.













No comments:
Post a Comment