Petang tadi Arul 9M2OCX berjaya menemui ozonsonde yang jatuh di Simpang Morib. Ozonsonde 1032405023 telah jatuh jam 13:17
Koordinat 2.78333 darjah Utara dan 101.45679 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 1,191m dan altitud ketinggian maksimum 36,285m.
![]() |
9M2OCX |
Arul 9M2OCX bersama ozonsonde berjaya ditemui tanpa peralatan bantuan seperti radio mahupun finder auto-rx. Semuanya berdasarkan pengalaman memburu berjaya membuahkan hasil.
Berjaya dijumpai dalam lingkungan 80.3m sahaja. Altitud ketinggian akhir agak tinggi hampir 1km. Maka, tidak mustahil boleh menjumpai peranti walaupun altitud ketinggian akhir agak tinggi juga. Tiada yang mustahil setelah pergi mencarinya sendiri.
![]() |
Credit 9M2OCX |
Kawasan ladang kelapa sawit yang boleh dikategorikan sebagai sangat kemas kelihatannya itu.
![]() |
Credit 9M2OCX |
Serpihan belon yang tersangkut pada pelepah pohon kelapa sawit. Pasti akan dikemas dan dibuang sahaja kotak ozonsonde jika ditemui oleh pekerja sawit. Mujurlah Arul 9M2OCX sempat menyauk belon ini tanpa ragu-ragu serta keyakinan diri yang penuh iltizam.
Kotak ozonsonde bersama radiosonde yang kecil itu mendarat di atas tanah.
![]() |
Credit 9M2OCX |
Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment