Pemeriksaan Ketat


 Pada 5 Februari 2025 telah berjaya menemui belon pagi KLIA di Ladang Bandar dekat Jalan Pusara, Sungai Buaya, Banting, Radiosonde 2405015510 koordinat 2.87989 darjah Utara dan 101.46535 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 431m dan ketinggian maksimum 26,669m


Jatuh di ladang Bandar yang turut membina kawasan perndustrian. Kerja-kerja pembinaan sedang rancak berjalan berhampiran Jalan Pusara. Ia merupakan laluan penghubung Banting dan Pulau Carey. Lokasi yang strategik ini membolehkan syarikat perladangan melabur modal bagi pembinaan kawasan industri.


Pengawal meminta ke Galeri untuk berjumpa dengan bossnya bagi meminta kebenaran masuk ke kawasan ladang. Tiba di Galeri terus berjumpa dengan pegawai tersebut. Meminta kebenaran masuk sambil menunjukkan peranti dan belon yang sentiasa dibawa dalam beg sandang.


Kemudian terus memandu laluan dalam pembinaan tidak bertar ke titik akhir. Tidak masuk ke titik akhir memandangkan kawasan ladang sangat bersemak. Merujuk semula tangkap layar dan mencuba ikut arah belon bergerak. Ternyata belon melewati hujung laluan sawit. Sayangnya laluan tersebut digenangi air. Terpaksalah berpatah balik ke laluan masuk semula.



Nampak laluan sawit terus masuk ke dalam. Letak kereta di tepi laluan tersebut. Berbaki kurang 600m sahaja lagi untuk ke belon yang dijumpai tadi. Isyarat masih lagi aktif. Laluan sangat lecah dan berlumpur.Sangat tidak berbaloi membawa masuk kereta ke dalam. Ada kawasan ladang kelapa sawit ini telah ditenggelami air. Mungkin saliran air atau paritnya telah tertutup akibat pembinaan jalan baru bagi kawasan industri ini.

Laluan ke peranti sangat lecah dan licin. Kadang-kala terpaksa melalui sebelah pokok sawit yang agak kering. Tiba kawasan pendaratan kelihatan belon terlebih dahulu dijumpai diikuti dibelakang adalah peranti. Maka sahlah pergerakan belon mendarat mengikut garisan lurus ke hadapan dengan jarak 144m dari titik akhir.


Kedudukan belon ditemui terlebih dahulu. Benang yang tergantung mudah dilihat dari jauh. Ikut dibelakang merupakan peranti. Jatuh atas laluan utama  memudahkan ia dicari.


Sudut pandangan dari peranti menghala ke belon pula. Nun jauh di sana adalah lalauan masuk kereta diletakkan tadi. Jarak hampir 600m untuk menemui peranti tersebut.


Keadaan peranti sewaktu ditemui. Antena menjadi bengkok berbentuk U kesan daripada hentak atas tanah merah di atas laluan.


Benang agak berbelit ketika ditemui. Ini menandakan pendaratan sangat laju mahupun ketika jatuhan.


Peranti radiosonde 2405015510 berjaya dalam genggaman. Faktor kawasan pendaratan yang mudah diakses memudahkan ia ditemui. Faktor persekitaran yang baik memudahkan ia dijumpai. Jikalau lewat pastilah orang lain akan menemui terlebih dahulu dan terus membuangnya.


Peranti masih lagi aktif ketika ditemui. Masih dapat didengar melalui corong radio dari pintu masuk lagi. Jarak 30m pula apabila antena radio dicabut barulah dapat didengari isyaratnya. Frekuensi bagi radio ini adalah 399.975MHz. Handheld model lain boleh semak di frekuensi 400.000MHz.


Kemudian selesai kerja-kerja perekodan terus kembali ke kereta semula. Misi kedua masih dalam kawasan ladang Bandar ini juga. Berpatah balik semula ke laluan yang awal berhampiran titik akhir tadi. Menyusur sebelah parit besar berdasarkan koordinat yang telah disetkan.


Radiosonde 2405015535 telah jatuh pada 28 Januari 2025 jam 21:35 malam. Koordinat 2.87477 darjah Utara dan 101.46754 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 347m dan ketinggian maksimum 19,967m.

Parit selekoh L. Bahagian kiri gambar hadapan merupakan kawasan titik akhir. Nasib baik ada titi konkrit, maka bolehlah melintas melihat disekitar kawasan seberang.



No comments:

Post a Comment

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...