Dua Belon Gemas dilepaskan


 Semalam telah didapati dua buah belon Gemas telah dilepaskan. Mungkin ada latihan pihak berkuasa di sana. Agak lama juga menunggu belon Gemas ke udara. Jatuh menghala ke arah Rembau.


Belon Gemas pertama radiosonde model RS92-SGP L2343505. Jatuh kelihatannya kawasan hutan. Tidak pastilah waktu terkini sudah wajah ataupun tidak kawasan tersebut. Jatuh bertarikh 6 Mac 2025 jam 10:32 pagi. Koordinat 2.67321 darjah Utara dan 102.26246 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 897m dan ketinggian maksimum 23,904m. Frekuensi 403 MHz.



Belon kedua pula radiosonde RS92-SGP L2334086 telah menghala ke Rembau juga Namun, telah mati isyarat hingga altitud ketinggian akhir 6,489m pada jam 13:58 petang.

Nantikan kemunculan pada hari ini pula. Adakah belon akan dilepaskan lagi?

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Yatt 9M2YAT Berjaya mendapat lesen Ozonsonde

  Semalam hari Jumaat 7 Mac 2025, Yatt 9M2YAT telah berjaya mendapat belon Ozone KLIA. Jatuh di Kampung Kathong bersebelahan Pusat Matrikula...