Baru hari ini berkesempatan mengunjungi reruai pameran Radio Amatur dan Pengakap. Pada tahun ini Hari Belia Negara diadakan di XPark, Sendayan. Pelbagai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan serta bukan kerajaan mengambil bahagian. Turut dilaksanakan pelbagai agenda aktiviti menarik peneglibatan para belia khususnya.
Sebelah pagi sibuk menyiapkan tugasan terlebih dahulu. Jam 10 pagi telah diadakan 2m Net yang dikendalikan oleh 9M2VVH Cikgu Husairy menggunakan isyarat panggilan 9M4CMA. Sebelum acara 2m Net berlangsung kedegaran juga ada rakan memanggil dari Bukit Broga kepada 9M4CMA. Rakan tersebut ingin memancar terus secara simplex dari Bukit Broga ke Sendayan. Ketika itu panggilan dijawab oleh 9W2VVQ dan memaklumkan frekuensi 145.300MHz untuk simpleks.
Selepas stesen tersebut QSY ke frekuensi 145.300MHz tidak pula kedengaran audio stesen tersebut. Kebiasaannya mana-mana stesen yang memancar dari puncak Bukit Broga pasti dapat diterima audio dengan baik di base Bangi. Walaupun sekadar menggunakan hand-held sahaja. Namun, tidak pada kali ini negatif copy.
Sebelum bertolak ke Sendayan, isi tembolok terlebih dahulu di Bandar Seri Putra. Bergerak melalui jalan dalam hala ke Nilai sebelum terus ke Sendayan. Tiba di lokasi kejadian kelihatan kereta penuh di bahu jalan. Terlihat kereta sahabat Yatt 9M2YAT parkir tepi jalan tersebut. Memandu terus kehadapan dan parkir sebelah stesen minyak Petron.
Bergerak hala ke khemah-khemah putih merupakan gerai makanan dan minuman. Pelbagai juadah disedikan bagi menari minat pengunjung untuk mencuba. Kejauhan sudah kelihatan ada bendera Malaysia terpacak pada tiang. Sudah pasti jangkaanku itu merupakan antena radio. Salah satu klu bagi mencari stesen radio pada mana-mana pameran, perlu melihat kepada antena yang menegak. Sudah pasti di situlah lokasi pameran radio tersebut.
Berjalan melewati pelbagai juadah terliur juga untuk singgah. Tapi yang terus menarik perhatian penulis adalah antena yang ada Jalur Gemilang tersebut. Tiba, sahaja di kawasan pameran terus berjumpa Yatt 9M2YAT terlebih dahulu bersama dengan elmers yang lain termasuk orang kuat MARTS iaitu 9M2PRO.
Pelbagai peralatan radio dipamerkan bagi tatapan pengunjung. Pengakap turut menunjuk peralatan untuk Morse kod. Banner tentang radio amatur turut diletakkan untuk maklumat pengunjung.
Penguntukkan Radas stesen 9M4CMA turut dipamerkan. Maklumat pelbagai frekuensi dan kuasa pancaran yang dibenarkan serta tempoh masa penggunaan. Sebelah merupakan CW Decorder. Latihan menghantar dan menerima mesej Morse kod bagi latihan pembelajaran. Bantuan penggunaan peranti ini sudah pasti Pengamal radio amatur akan cekap dengan penggunaan Morse kod ini nanti.
Pelbagai CW keyer turut dipamerkan. Peranti inilah digunakan bagi menghantar maklumat melalui Morse kod. Peranti ini perlu disambungkan ke radio bagi membolehkan isyarat dihantar ke stesen lain.
Sempat juga bersalaman dengan Cikgu Husairy 9M2VVH bertanya khabar. Pemimpin Pengakap yang aktif dengan radio amatur. Kami pernah bereyeball beberapa tahun dahulu di Kajang.

.jpg)








No comments:
Post a Comment