Hari ini berkesempatan melancarkan misi SAR radiosonde 2505010515. Siri terbaru bermula dengan nombor 250501. Misi SAR terakhir penulis pada bulan Mac yang lalu. Hampir tujuh bulan yang lepas berjaya menemui dua radiosonde bertarikh 7 dan 8 Mac 2026. Radiosonde 2405015657 dan 2405015662. Hanya bulan oktober ini belon mula jatuh kawasan daratan. Fasa peralihan monsun telah mula berlaku. Ini sebagai petanda belon akan kerap jatuh ke darat lagi.
Radiosonde 2505010515 ini telah jatuh pada 5 Oktober 2026. Jatuh pada pukul 21:47 malam. Koordinat 2.78164 darjah Utara dan 101.63753 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir adalah 475 m manakala, altitud ketinggian maksimum adalah 33,221m. Jatuh di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan jalan hala ke Bandar Seri Ehsan dekat Bukit Changgang, Banting.
Setiba menghampiri lokasi kejadian. Perkara utam perlu memikirkan meletak kereta di kawasan yang selamat. Memilih berdekatan jalan masuk ladang jalan batu kelikir. Walaupun lokasi tersebut agak jauh, apa yang penting kereta selamat tanpa gangguan pengguna lain. Bergerak bersama beg sandang yang berisi botol air, pisau lipat serta kompas magnetik.
Hampir 40 minit juga untuk sampai ke titik akhir. Maklumlah berjalan agak jauh mengikut laluan sawit. Jalan terdekat tidak boleh letak kereta kerana kerja-kerja pembesaran jalan giat dijalankan. Tiba di titik akhir terus melaraskan kedudukan arah belon kajicuaca jatuh. Berpandukan kompas terus menghala arah tersebut. Kawasan ladang ini pelbagai peringkat usia pokok. Ada yang semak dan ada yang sangat kemas. Sudah pastilah kawasan yang semak menjadi satu cabaran besar. Tangkap layar di atas menunjukkan jarak ketepatan titik akhir berjaya mencecah 0.7m ketepatan titik tersebut. Bukti Penulis telah sampai ke titik akhir.
Berpandukan arah kompas yang telah dilaraskan mengikut arah belon jatuh. Terus bergerak hingga menemui jalan besar semula. Sepanjang pencarian tiada tanda-tanda bahawa belon boleh ditemui. Maklumlah belon sudah jatuh lima hari yang lalu. Ada pekerja sawit mengerjakan pokok. Takut kebarangkalian telah ditemui dahulu lalu terus membuangnya.
Kemudian terus melintas parit tepi jalan tersebut terus menghala ke kereta semula. Air parit ini dialihkan dari parit besar. Ada kerja memasang pembentungan bagi kerja pelebaran jalan baru tersebut. Walaupun parit ini kelihatan agak lebar. Terpaksa berhati-hati ketika melompat melepasinya.
Keadaan bahu jalan kawasan pembesaran jalan. Bergerak dengan berhati-hati. Ini kerana jalan asal dipasang pembahagian jalan di bahagian tepi kiri dan kanan jalan. Maka, bergerak disebelah luar jalan asal. Melepasi juga saliran air banjir di tepi jalan ini. Perlu langkah dengan berhati-hati walaupun tiada air.
Kawasan ini sememangnya belon pernah jatuh. Ada juga Penulis berjaya menemui radiosonde di kawasan ini. Namun, jalan sudah berubah lupa laluan masuk mana yang pernah dijejaki dahulu. Terpaksalah menapak jauh bagi memastikan kereta berada di tempat yang selamat.
Setelah melepasi kawasan pembinaan terlihat pula slab TBM 1. Betul-betul beberapa meter selepas kawasan pembinaan jalan ini. Jelas kelihatan huruf TBM dengan angka satu. Bahagian tengah slab ini ada batang terdapat paku payung di dalamnya. Slab ini telah diwarnakan merah tetapi mulai luntur.
Slab TBM 1 ini dipagar menggunakan paip plastik pvc. Kemungkinan bagi mengelakkan dari dimusnahkan oleh jentera berat. Maklumlah slab yang kecil ini sukar dilihat melainkan ini ditandakan sebegini rupa. Tiga paip dipacak. Tali keselamatan belang merah putih itu diikat keliling membentuk segi tiga. Koordinat 2.787290 darjah Utara dan 101.637966 darjah Timur.
Papan tanda JKR memaklumkan projek jalan raya yang sedang dilaksanakan. Jalan penyambung ke Sungai Kelambu boleh memendekkan perjalanan ke Banting dari Bukit Changgang sebelah sini. Sungai Kelambu turut menjadi kawasan belon kajicuaca mendarat. Siap sahaja jalan ini sudah pasti menjadi pilihan Penulis jika ada belon mendarat ke sana.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya











No comments:
Post a Comment