Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72


 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Persiaran Timur serta laluan 29 selepas simpang Bomba Cyberjaya.


Rupanya tidak jauh dari penghujung Persiaran Selatan telah masuk Putrajaya. Terlihat batu putih yang tertulis Putrajaya semasa berulang-alik mencari batu aras di laluan ini. Tidak syak lagi! Batu putih tersebut merupakan batu tanda sempadan negeri. Sebaliknya tertulis Selangor.


Bahagian atas batu tersebut tertera lambang dan nama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Ada garisan pembahagi dua negeri. Bahagian atas merupakan negeri Selangor, manakala bahagian bawah negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Plat juga tertera Tanda Sempadan Negeri nombor siri 1/72. Ini bermakna kemungkinan terdapat 72 batu sempadan seperti ini. Pasti seronok kalau dapat mencari yang lain pula. Pengalaman penulis selalu jumpa batu sempadan di permatang gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa. Lantai batu tanda sempadan ini juga terdapat tarikh dibina kemungkinan 13 September 2023. Ternyata sangat baru lagi dibina.


Tulisan berwarna hitam semakin hilang akibat cuaca. Ukiran pada plat akan kekal selama-lamanya. Pasti tetap boleh dibaca sampai bila-bila sahaja. Ada bulatan dan titik tengah pusat pada plat ini. Tapi bukan bolt seperti batu tanda aras.


Batu tanda sempadan negeri yang masih lagi baharu tersergam indah. W.P. Putrajaya menghadap penghujung Persiaran Selatan dalam daerah Sepang. Ukiran tarikh diabadikan di bahagian lantai. Batu ini berada di selekoh menghala ke Dengkil sebelah kiri.



Manakala, tulisan Negeri Selangor menghadap pangsapuri yang banyak di Presint 5. Terpaksa mendokumentasi dengan cepat memandangkan laluan ini tiada bahu jalan. Nasib baik hari ini cuti Nuzul Al-Quran. Trafik pagi ini kurang dan tidak sibuk bolehlah mencari batu tanda aras dengan kadar segera dan sepantas mungkin.


Stesen tanda aras pertama misi kali adalah B 7007. Terlihat semasa melalui Persiaran Selatan arah ke utara. Berpatah balik mengikut persimpangan Desa Pinggiran Putra.


Kedudukan stesen tanda aras B 7007 di antara lorong motorsikal dan Persiaran Timur. Pasti jelas kelihatan stesen tanda aras ini semasa memandu. Koordinat 2.896343 darjah Utara dan 101.707023 darjah Timur.


Seterusnya bergerak ke depan lagi jumpalah pula stesen tanda aras B 7009. Mudah lihat batu tanda aras di laluan ini. Cuma berhati-hati ketika  hendak berhenti di tepi jalan. Nasib baik pembahagi jalannya tidaklah terlalu tinggi. Kereta dengan mudah boleh naik ke bahu jalan tersebut.


Stesen tanda aras B 7009 berada di sebelah laluan sikal pula. Koordinat 2.893802 darjah Utara dan 101.692389 darjah Timur. Laluan sikal tidak digunakan pun oleh pengguna jalan raya. Sebaliknya kenderaan penyelenggaraan taman yang menggunakan laluan tersebut.


Memasuki semula Putrajaya, berjaya buat pertama kali mendapat stesen tanda aras berabjad 'F'. Stesen tanda aras F 7004 serta yang lama W 61119. 


Kedudukan stesen tanda aras F 7004, juga berada di sebelah laluan sikal. Kereta diparkir di bahu jalan yang boleh dimasuki. Koordinat 2.886892 darjah Utara dan 101.677957 darjah Timur.


Terus ke depan lagi, jumpa pula stesen tanda aras F 7005. Stesen lama pula adalah N 5246. Abjad 'F' kedua berjaya ditemui.


Kedudukan stesen tanda aras F 7005 agak jauh dari laluan sikal. Berada berhampiran deretan pokok sepanjang laluan. Koordinat 2.88886 darjah Utara dan 101.670136 darjah Timur.


Seterus keluar ke laluan 29 menghala ke Puchong. Selepas persimpangan Cyberjaya terdapat satu stesen tanda aras. Stesen tanda aras 3063.


Lokasi berada bersebelahan lorong sikal yang tidak digunakan.Terpaksa melakukan dokumentasi secepat mungkin kerana kereta diparkir  lorong kecemasan. Koordinat 2.902743 darjah Utara dan 101.657899 darjah Timur. Seterusnya memandu masuk semula ke Putrajaya di Persiaran Timur.



Masuk sahaja Persiaran Timur telah ada stesen tanda aras B 7002. Terpaksa berhenti di lorong kecemasan dengan kadar segera. Namun, beberapa meter di hadapan terdapat dua kenderaan sudah berhenti di lorong kecemasan juga. Maka, tanpa banyak fikir turut sama berhenti di tepi.


Kedudukan stesen tanda aras B 7002 bersebelahan lorong sikal. Dua kereta putih dapat di lihat di hadapan. Koordinat 2.956470 darjah Utara dan 101.714331 darjah Timur. Sebenarnya 1 kilometer di hadapan terdapat satu lagi stesen sebelum susur keluar ke Presint 15. Laluan yang tidak sesuai untuk kereta parkir memadamkan hasrat hati untuk berhenti.


Seterusnya memandu ke hadapan lagi terlepas dua stesen tanda aras hingga bertemu B 7005. Stesen ini sebelum susur keluar ke Desa Putra.


Stesen tanda aras B 7005 terletak di sebelah laluan sikal. Lokasi di keliling rumput yang luas mudah dilihat. Koordinat 2.909882 darjah Utara dan 101.716710 darjah Timur. Kemudian terus ke persimpangan Desa Putra untuk berpatah balik mendapatkan dua lagi stesen yang terlepas tadi.


Setelah berpatah balik melalui Desa Pinggiran Putra terus ke stesen B 7003. Berhenti di bahu jalan. Kemudian melintas untuk ke stesen ini. Laluan lurus dan turun bukit amat bahaya untuk kereta diberhentikan berdekatan batu tanda aras ini. Sanggup melintas dan berjalan daripada risiko kereta dilanggar.


Kedudukan stesen tanda aras B 7003 bersebelahan culvet penutup longkang. Berada di tengah antara jalan dan laluan sikal. Boleh dilihat laluan lurus dan menuruni bukit di hadapan. Koordinat 2.925207 darjah Utara dan 101.710841 darjah Timur.


Kemudian berpatah balik melalui persimpangan ke Presint 15. Terus memandu hingga di bawah jejambat Limau Manis. Batu tanda aras B 7004 telah tergolek dari tempat asal. Lupa hendak menegakkan semula. Hairan macam mana batu ini boleh tertonggeng.


Hampir masuk ke laluan sikal di bawah jejambat Limau Manis. Tidak pasti bagaimana batu ini boleh beralih dari dasarnya. Pasti ada sesuatu yang melanggar atau menolak dengan sengaja. Monumen kerajaan seperti ini harus dijaga dan dipelihara degan baik tanpa diganggu kacau. Koordinat 2.917546 darjah Utara dan 101.715040 darjah Timur.


Perjalanan di teruskan kembali ke Persiaran Selatan. Ada satu stesen yang tertinggal. Stesen F 7003 berada sebelum susur keluar ke PICC. Nombor siri lama B 61134 Stesen ketiga abjad 'F' berjaya dijumpai.


Stesen F 7003 merupakan stesen terakhir pencarian pada kali ini. Stesen berada di bawah pokok menyebabkan plat terdedah dengan lumut. Koordinat 2.890098 darjah Utara dan 101.685726 darjah Timur.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat


 Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang isyarat. Maka, susahlah bagi kami untuk mendapatkan koordinat baru. Mencari bersama Arul 9W2OCX telah bersedia bersama vanfire bagi mencerap isyarat radiosonde. Namun, semakin menghampiri titik akhir masih tidak kedengaran sebarang isyarat melalui corong hand-held.


Titik ketinggian akhir agak tinggi iaitu altitud 799m dan ketinggian maksimum 18,562m. Kami cuba mengambil koordinat jangkaan mendarat iaitu 2.89413 darjah Utara dan 101.65626 darjah Timur. Masih tidak jumpa juga di kawasan persekitaran tersebut.

Pagi tadi, menyambung pencarian secara solo. Mungkin siang penglihatan lebih jelas berbanding malam tadi. Mula pencarian di persekitaran titik akhir ternyata tidak ada sebarang tanda. Kemudian ke titik jangkaan oleh laman sesawang SondeHub juga tidak menemui sebarang tanda.


Bergerak hingga ke jarak 481m juga tidak menjumpai sebarang bukti belon boleh ditemui. Persekitaran agak lapang dan mudah dilalui kerana kawasan susur keluar ke Lebuhraya Maju  sedang dalam pembinaan.


Susur masuk lebuhraya Maju dari Dengkil. Kawasan ini kiraan jarak 481m telah dicari. Lapang dan mudah dilihat jika belon jatuh di atas jalan. Kebiasaannya jikalau isyarat radiosonde hilang kemungkinan ia terhentak kuat ataupun diambil orang.


Pemandangan susur masuk dari Dengkil. Penghujung pencarian hingga setakat kawasan ini. Mustahil terlepas hingga ke atas jalan tersebut. Pasti boleh dilihat sisa-sisa peninggalan jika digelek kenderaan. Ada kes setelah dilanggar isyarat radiosonde hilang. Namun, ada peninggalan benang atau belon dapat diketahui ia telah jatuh di situ walaupun radiosonde tidak ditemui.


Jalan sebelah kanan merupakan susur keluar dari Persiaran Selatan Putrajaya. Meninjau kawasan persekitaran dengan penglihatan tajam. Tepi -tepi longkang dan kawasan lapang pasti menjadi sasaran.


Kawasan lapang bersemak-samun ini merupakan kawasan jangkaan belon mendarat. Puas masuk persekitaran sini masih tidak dijumpai juga. Meninjau pada pokok-pokok tiada pula benang tergantung. Pada malam tadi, tiada angin dapat dikesan. Kemungkinan bergerak jauh ke depan pasti tidak berlaku. Angin mati menambah kehangatan malam.


Kawasan semak yang dipenuhi Senduduk juga telah dicari dengan penuh perhatian. Tiada juga kelihatan benang terbentang di sana-sini. Maka, berakhirlah pencarian setelah panas terik mentari semakin terasa. Misi berakhir dan tidak perlu diteruskan memandangkan hati sudah puas mencarinya.

Salam Nuzul Al-Quran

73, Jojet de 9w2dya

Artikel pemburu batu tanda aras di Dewan Kosmik

 Sempena  Hari Juruukur Sedunia 2024 yang disambut pada 21 Mac 2024. Majalah Kosmik edisi dalam talian telah mengeluar penulisan bertajuk Empat Kepakaran Juruukur Bergelar Sr.

Ini merupakan karya rakan ham Pak Hamdan 9W2HXO sempena Hari Juruukur Sedunia jatuh pada hari ini 21 Mac 2024.

Boleh baca artikel Pak Hmadan 9W2HXO  pautan di bawah:

      https://dewankosmik.jendeladbp.my/2024/03/21/11121/


Pengambaran bersama Pak Hamdan 9W2HXO berlangsung di Stesen Pemancar RTM Kajang di Batu 13 Kajang. Kemudian temuramah di kedai mamak dekat Sungai Kantan. Berlangsung pada hari sabtu 3 Februari yang lalu.

Tahniah kepada Pak Hamdan 9W2HXO atas penulisan yang hebat di Majalah Dewan Kosmik dalam talian. Sebelum ini artikel mengenai radiosonde turut diterbit di majalah ini hasil penulisan Pak Hamdan 9W2HXO.

73, Jojet de 9w2dya

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan


 Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang sering digunakan oleh pihak keselamatan.


Belon kedua radiosonde RS41-SG V3640018 jatuh di Selat Melaka. Altitud  ketinggian maksimum 28,150m. Jam 15:27 selamat mendarat altitud ketinggian terakhir 153m di Selat Melaka. Koordinat 1.33293 darjah Utara dan 102.81083 darjah Timur.


Belon ketiga radiosonde RS41-SG V3640014 jatuh jam 15:23 petang. Altitud ketinggian terakhir 268m dan ketinggian maksimum 28,387m. Koordinat 1.25035 darjah Utara dan 103.064 darjah Timur.


Satu-satunya jatuh di darat berdekatan Bandar Udara Kepulauan Meranti dekat Sei Pakning, Dumai. Altitud ketinggian terakhir 4432m dan ketinggian maksimum 28,295m pada jam 14:08 petang.


Belon paling awal mendarat RS41-SG V2622121 jam 12:41 tengah hari. Altitud ketinggian terakhir 1333m dan ketinggian maksimum 28,906m. Koordinat 1.29732 darjah Utara dan 102.929963 darjah Timur.

Empat belon kaji cuaca keluaran Vaisala RS41-SG telah di lepaskan dari Singapura. Satu daripadanya ke darat dan tiga lagi ke laut jatuhnya.

73, Jojet de 9w2dya

Stesen tanda aras atas konkrit JBA


 Pada hari Khamis 7 Mac 2024, selepas balik dari saltmine berjaya mendapat empat lagi stesen tanda aras. Selepas makan di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras terus masuk SKVE melalui Mines.


Stesen Tanda Aras pertama yang ditemui adalah B 62053. Stesen ini berada di simpang Mardi. Sebelum simpang Putrajaya. Sebelum simpang ini juga terdapat satu stesen tanda aras. Tiada bahu jalan sekadar lorong kecemasan amat sukar untuk meletakkan kereta. Jadi, hasrat terpendam sahaja untuk pergi mendekati batu tanda aras itu.


Kereta diletakkan ditepi selekoh bahu jalan yang agak luas. Berjalan kaki berpatah balik naik ke simpang semula. Cara ini lebih selamat berbanding berhenti di lorong kecemasan. Lebuhraya SKVE ini sangat sesak terutama pengguna motorsikal yang menggunakan laluan tepi lorong kecemasan. BM#155 stesen tanda aras B 62053 koordinat adalah 2.972975 darjah Utara dan 101.686825 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke Pekan Dengkil serta belok ke kanan menghala ke Bukit Changgang. Simpang Paya Indah Wetland terdapat satu stesen tanda aras. BM#156 stesen tanda aras B 5253 yang lama (B 5683).


Batu tanda aras bersebelahan pokok bunga kertas. Agar sukar dilihat. Entah macam mana tertoleh pada simpang ini ketika pergi ke Survival Park yang lepas bersama harmonic. Pernah terbaca di laman sesawang Jupem. Memang ada satu stesen tanda aras di simpang ini.


Papan tanda Paya Indah Wetlands terletaknya satu stesen tanda aras. Kedudukan antara celah papan tanda dan pokok bunga kertas. Kereta letak di tepi bahu jalan menghala ke Wetlands. Berpatah balik berjalan kaki beberapa langkah sahaja.


Koordinat simpang Paya Indah Wetlands 2.845069 darjah Utara dan 101.645560 darjah Timur. Kemudian memandu ke Masjid Kampung Bukit Changgang untuk Solat Zohor terlebih dahulu. Usai solat berpatah balik ke Dengkil semula untuk menghala ke Cyberjaya pula.



Naik ke simpang Cyberjaya dari Dengkil berdekatan belakang Bomba. Satu stesen tanda aras berada di persimpangan lampu isyarat tersebut. Pemandangan menghadap Sekolah Seri Putri.


BM#157 stsesn tanda aras B 7011 yang lama (W 51129). Koordinat 2.911738 dahjah Utara dan 101.659970 darjah Utara.


Pemandangan menghadap Balai Bomba Cyberjaya. Kereta diletakkan sebelah Balai Bomba tersebut. Terpaksa berjalan kaki ke simpang untuk mendokumentasi penemuan. Sebenarnya, sebelum dan selepas simpang ini terdapat satu stesen tanda aras. Sayangnya hanya ada laluan kecemasan sahaja pasti sukar untuk memberhentikan kereta. Dua stesen tanda aras telah diabaikan.


Seterusnya memandu ke arah Putrajaya. Membuat pusingan U di Persiaran APEC sebelum stesen MRT Cyberjaya. Kemudian masuk semula laluan FT029 dan masuk pula di Persiaran Utara. Selepas Persiaran Utara masuk ke Persiaran Barat. Selekoh permulaan Persiaran ini terdapat satu batu tanda aras. Lagi satu ada di hadapan. Dua batu tanda aras di sini juga tidak dapat dikunjungi. Hanya ada laluan kecemasan juga. Jumlah batu tanda aras yang terlepas adalah sebanyak empat buah.


Batu tanda aras yang lain daripada yang lain ini ditemui berhampiran kuarters Agensi Nuklear Malaysia. Batu tanda aras di atas konkrit JBA Selangor. Pada mula menjangkakan TBM sahaja. Rupanya batu tanda aras sebenar. BM#158 stesen tanda aras B 2011 yang pertama kali  jumpa dibina  atas konkrit JBA.


Selepas ini, kokrit JBA seperti ini harus diberi perhatian juga. Manalah tahu batu tanda aras turut dibina seperti yang ini. Koordinat 2.898368 darjah Utara dan 101.759209 darjah Timur.


Kejayaan kali disebabkan batu tanda aras telah dikesan terlebih dahulu. Oleh kerana ada kelapangan, misi pencarian disambung semula. Hasil daripada  kali ini, dapat juga jumpa yang baru.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...