Belon KLIA Radiosonde D20041923 Jatuh di Sg Pelek


 Pagi semalam telah berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20041923 di Sungai Pelek, Sepang. Pertama kali ditemui dikawasan ini telah jatuh pada hari khamis malam jumaat.


Memandu dari Bandar Seri Putra, Bangi melalui Nilai sebelum ke Sungai Pelek. Tiba di Sungai Pelek masuk ke jalan sekolah. Terus menyusur laluan hingga ke titik akhir di kawasan kebun buah naga. Meletak kereta di tepi kebun. Berjalan beberapa meter ke hadapan telahpun tiba di titik akhir. Cuba menanyakan kepada pekebun jikalau terlihat belon. Pekerja itupun menafikan terlihat belon di kawasannya.

Berpatah balik ke jelopi bagi mencari tempat letak kereta yang sesuai. Terjumpa uncle kawan kepada pemilik kebun. Memaklumkan bahawa tujuan minta kebenaran mencari belon dikawasan kebun itu. Dia manyatakan bahawa kawannya pemilik kebun telahpun pulang. Maka tanpa halangan kereta boleh diletakkan di pintu masuk kebun itu.

 Kembali semula ke titik akhir di kebun buah naga. Seterusnya melewati kebun kelapa sawit disebelahnya. Arah jatuh belon ke tenggara. Maka jalan terus ke hadapan lagi hingga bertemu jalan di kawasan kebun buah naga juga. Tiba-tiba terpandang benang yang terjurai-jurai dari pelepah sawit. Maka matapun mengekor benang hingga ke lantai tanah. Binggo! Benda yang dicari telahpun dijumpai. Tanpa disedari di atas jalan itu adalah belon. Tidak perasan sungguh bahawa ia berdiam diri di situ.

Peranti terselamat berada di bawah pokok kelapa sawit. Jikalau kereta tuan kebun lalu, pasti belon dilenyek tayarnya. Namun, peranti pasti selamat kerana berada di bawah pokok. Keadaan basah menunjukkan hujan telah turun pada malam itu.

Credit 9W2VDN
Tbeam milik Ayob 9W2VDN berjaya mendekod koordinat dan altitud yang paling terkini. Koordinat 2.63876 darjah Utara dan 101.69260 darjah Timur. Altitud ketinggian 96.7m berjaya dicatat. Berbanding dengan Sondehub merekodkan altitud ketinggian 488m. Wah! sangat tinggi bukan? Andai yang terkini tidak berjaya didekod. Pastilah sukar untuk melakukan pencarian

Rumah burung walit atau layang-layang berdekatan dengan tapak pendaratan radiosonde D20041923. Risau juga untuk memasuki kawasan ini jika terdapat anjing tuan punya kebun. Ternyata tiada salakkan anjing menyambut kehadiranku. Sebelah kiri sawit sebelah kanan pokok buah naga dipisahkan jalan.

Belon dilihat di atas jalan, manakala peranti berada di hadapannnya di kawasan rumput bawah pohon sawit. Sungguh tidak perasan belon berada di atas jalan semasa tiba. Semuanya berpunca dari tali benang menjadi pedoman utama pencarian. Ini mungkin berpunca disebabkan otak telah dilatih mencari benang terlebih dahulu setiap kali misi dijalankkan.

Peranti ditemui di atas plastik sampah di bawah pokok kelapa sawit. Ini memberi satu jaminan yang pasti boleh ditemui dalam beberapa hari lagi. Ini kerana bagi orang tidak mengetahui fungsinya pasti dianggap sebagai bahan buangan sahaja. Sesungguhnya bagi Pemburu Belon ia amatlah berharga. Sanggup meredah semak dan hutan semata-mata untuk mencarinya. Bukankah tidak gila namanya?

Jarum kompas digital menunjukkan arah dan jarak dari peranti ditemui ke titik akhir. Jarak yang dijumpai dari peranti ke titik akhir adalah 85.5m bagi latitud 96.7m. Ada defisit 11.2m menunjukkan angin kuat menolak dengan lebih laju semasa hampir mendarat. Kadar V/H menunjukkan bacaan -9.0m/s dan 6.0m/s.

Peranti radiosonde D20041923 dalam genggaman masih berfungsi setelah diuji di rumah. Tidak disangkal lagi model DFM-17 ini sangat lasak. Mampu bertahan hingga berbulan lamanya dapat berfungsi dengan baik walaupun dijumpai dalam rimbunan rumput. Inikan pula semalaman sahaja. Pastilah ia dapat berfungsi semula dengan mudah.

Rekod oleh jam Garmin koordinat belon adalah 2 darjah 38.2765' Utara dan 101 darjah 41.5681' Timur.

Buah naga yang sudah matang tergolek di atas tanah. Sayangnya tiada tuan punya kebun sewaktu pencarian ini. Maka tengok sahaja tanpa menyentuhnya. Persekitaran kawasan ini dikelilingi kebun buah naga. Ia berdekatan dengan Kg Baru Sg Pelek.

Rekod oleh jam Garmin koordinat peranti radiosonde adalah 2 darjah 38.2790' Utara dan 101 darjah 41.5676' Timur.

Tidak pasti jenis buah naga ini sama ada jenis merah atau putih isinya. Banyak gerai sepanjang jalan dari Pekan Sepang hinggalah ke Sg Pelek ini. Boleh dapat buah naga segar dari ladang.

Selepas kerja-kerja merekod data dan mengemas benang. Menyusur jalan keluar hingga ke palang pintu masuk. Kereta diletakkan ditepi palang dekat jalan keluar. Nasib baik tuan kebun sudah balik tanpa mengganggunya jikalau ingin masuk ke dalam.

Memandu terus pulang ke base stesen melalui laluan yang sama. Cuaca pagi itu redup sahaja. Tidaklah terasa penat sangat walaupun berpuasa. Ini merupakan belon yang kelima berjaya dicari dengan jayanya pada Ramadan ini secara solo.

73, Jojet de 9w2dya

Misi Radiosonde D20039759 Gagal


 Malam tadi selepas solat terawih telah dilancarkan misi mencari belon KLIA radiosonde D20039759 di Banting. Misi bertiga bersama Arul 9W2OCX dan Nazmi 9M2EDX.


Selepas solat terawih terus melihat telefon pintar bagi mengikuti perkembangan belon KLIA. Ternyata ia telah mendarat pada jam 21:31 bertarikh 11 April 2022. Memandangkan cuaca siang hari tadi hujan dan berawan ada potensi untuk jatuh awal ke darat.


Jatuh pada koordinat 2.77987 darjah Utara dan 101.52197 darjah Timur. Altitud ketinggian 76m dan ketinggian maksimum adalah 22196m.

Memandu dari Cheras merentasi bandar Kajang ke sebelah Masjid UKM. Menunggu Nazmi 9M2EDX tiba dari Masjid Hasanah. Cuba memanggil di V40 dan dijawab olehnya yang sedang dalam perjalanan dari kolejnya. Tiba sahaja Nazmi 9M2EDX, perjalanan terus ke Petronas Olak Lempit berjumpa Arul 9W2OCX di sana.

Sampai di Olak Lempit terus memasukkan koordinat D20039759 yang diperolehi oleh Tbeam Ayub 9W2VDN. Koordinat yang terkini berjaya mendapat altitud 53.5m lebih rendah berbanding di sondehub 76m. Koordinatnya 2.77984 darjah Utara dan 101.52193 darjah Timur.

Credit 9W2VDN
Setelah Arul tiba di Olak Lempit. Kami bertiga menaiki van bersama lokasi belon jatuh berhampiran jalan Sungai Lang Baru. Masuk jalan sawit menghampiri titik akhir berbaki 150m. Van diletakkan di situ terus melalui trek sawit ke lokasi belon jatuh. Kawasan sawit agak semak menyebabkan tidak menemui sebarang tanda. Sebelum itu di atas jambatan Banting isyarat telah berjaya didengari dengan jarak lebih kurang 4.5km.

Isyarat masih aktif semasa tiba dilokasi kejadian. Namun tiada seorangpun antara kami membawa rdzTTGOsonde bagi mengesan lokasi peranti terkini. Malanglah kerana koordinat terkini tidak dapat dicerap.
Pencarian hingga jarak 55m dari titik akhir. Namun tiada sebarang tanda yang boleh menjadi pedoman. Kawasan titik akhir seumpama hutan. Kanopi pokok menutupi ruang lantai. Kami mengandaikan belon dan peranti berada di atas pokok sana. Isyarat peranti sangat kuat dikawasan pencarian namun tidak jumpa juga walaupun antena telah dicabut.

Sememangnya bukan rezeki kami pada malam tadi untuk membawa pulang peranti radiosonde dan belon. Ada kelapangan nanti boleh cari semula. Pengajarannya harus membawa peranti rdzTTGOsonde untuk mendapat koordinat yang tepat dilapangan.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Ketiga Ramadan

Credit 9W2OCX

 Pagi tadi berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20039755 di Sepang. Misi bertiga bersama Arul 9W2OCX dan Hanif 9W2VHF. Belon ketiga diperolehi pada bulan yang mulia ini. Arul 9W2OCX kali ketiga juga dan Hanif 9W2VHF kali keempat bagi bulan Ramadan. Empat malam berturut-turut belon KLIA telah jatuh ke darat.


Jatuh bertarikh 9 April 2022 pada jam 21:30 malam. Koordinat 2.66851 darjah Utara dan 101.62775 darjah Timur. Altitud lebih 10m daripada malam semalam iaitu 28m kepada 38m. Rezeki bulan puasa mendapat altitud bawah 50m.

Credit 9W2VDN

Tbeam Ayub 9W2VDN berjaya mendekod isyarat radiosonde serendah mungkin. Kedudukan base station yang tinggi menghadap sebelah Sepang hingga ke Pulau Carey memberi kelebihan. Pasukan SAR sangat beruntung apabila mendapat altitud ketinggian sangat rendah. Semakin rendah altitud semakin tinggi ketepatan lokasi belon dijumpai.

Oleh kerana pertama kali belon KLIA jatuh di kawasan Sepang ini. Lebih baik misi pencarian dijalankan sebelah siang sahaja. Merujuk kepada peta satelit google. Terdapat jalan masuk ke kawasan pendaratan belon. Ada jalan bernama Jalan Sekolah telah dilabelkan. Ia menjadi sandaran kami menuju ke titik terakhir belon.


Menyusur simpang ke kiri di penghujung Jalan Sekolah tersebut dari Banting. Jalan terus bersebelahan rentis TNB yang ditanam buah naga dan kandang lembu dan kambing. Kemudian jalan tar bertukar kelikir terus ikut selekoh dan beberapa meter tibalah ke titik akhir. Hanif 9W2VHF berpandukan GPS waypoint menentukan kedudukan. Arul 9W2OCX terlajak kehadapan sedikit sebelum Hanif 9W2VHF menyuruh mengundur van. Ketika itulah benang telah kelihatan merentangi pokok dari atas ke bawah. Terlalu dekat dengan jalan. Namun masih berada di dalam ladang kelapa sawit.


Aksi kami semasa mencari peranti radiosonde setelah benang kelihatan dari dalam van lagi. Video dirakam oleh Arul 9W2OCX bagi menghayati pengalaman keterujaan mendapatkan peranti yang jatuh dalam parit kering. Nasib menyebelahi kami lagi pagi ini. Belon selamat berada di dalam kawasan hijau tidak di atas jalan seperti semalamnya. Jalan kawasan ini sangat sibuk dengan pekerja-pekerja sawit mengutip hasil.


Jarak 10.1m dari van ke titik akhir radiosonde. Berdasarkan video yang dipaparkan jaraknya terlalu dekat bukan? Rezeki bulan yang mulia ini segala urusan pencarian dipermudahkan.


Peranti ditemui dibawah celah-celah pokok dekat parit kering. Belon pula ditemui di hadapannya beberapa meter tergantung elok dari pokok kelapa sawit. Walaupun rimbunan pokok yang memenuhi lantai, peranti masih dijumpai di bawahnya. Berdasarkan paparan video, peranti ini tersorok dicelah-celah daun. Jikalau tidak diselak dan dicari pasti ini berdiam diri di situ dengan selamatnya. Sebab itulah ia boleh ditemui berbulan-bulan lamanya selagi tidak diusik orang. Memandangkan berada dalam parit pasti ia tidak dipedulikan orang.

 Koordinat peranti yang direkodkan jam garmin 2 darjah 40.1081' Utara dan 101 darjah 37.6653' Timur. GPS waypoint tidak dapat berfungsi ketika ini. Tiadalah jarak dapat direkodkan dari peranti ke titik akhir. Nasib baik Hanif 9W2VHF dapat menggunakan GPS waypoint bagi mencari belon ini. Kerjasama berkumpulan amat penting dalam menentukan kejayaan.

Credit 9W2OCX
Penulis memegang peranti yang diambil dekat parit kering. Ketika ini berada di dalam parit. Belakang adalah jalan van diletakkan. Ada juga kenderaan lalu-lalang semasa proses pencarian radiosonde ini. Kawasan kebun sawit dimiliki oleh pemilik persendirian. Tidak bagi syarikat perladangan. Keliling kawasan ladang sawit mempunyai parti yang besar berfungsi sebagai pagar kawasan juga. Tanah pemilik persendirian rata-ratanya tidak mempunyai parit yang besar. Ini memudahkan Pengejar Belon untuk memasuki kawasan tersebut.


Hanif 9W2VHF disamping belon yang tergantung elok dari atas pokok. Berada beberapa meter dihadapan peranti yang dijumpai dalam parit. Kawasan persekitaran kebun kemas dan bersih berbanding tepi jalan.

Rekod koordinat belon dari jam garmin adalah 2 darjah 40.0979' Utara dan 101 darjah 37.6552' Timur. Belon tergantung bolehlah koordinatnya dicari dengan mudah. Jika tersangkut tinggi di atas pokok sangat sukar menentukan kedudukan yang tepat.

Credit 9W2OCX

Penulis menunjukkan kedudukan benang yang dilihat dari jalan. Benang yang panjang hampir 60m adalah penyelamat kepada peranti. Cari benang terlebih dahulu bagi memastikan mendapat peranti dan belon untuk tindakan seterusnya. Benang adalah antara klu utama dimaklumkan kepada orang lain semasa misi pencarian. Kemudian ikut arah benang bagi mendapatkan barang yang dihajati. Kedudukan belon mesti berada dihadapan peranti.

Credit 9W2OCX

Anggota Team SAR Central bergambar bersama belon yang tergantung elok. Bagaimana rupanya sewaktu malam? Ada berani untuk mendekatinya? Pasti menakutkan serta menyeramkan bagi orang yang tidak tahu benda yang dilihat itu.

Credit 9W2OCX

Kerjasama berpasukan yang padu membawa kejayaan gemilang. Tambah pula rezeki belon jatuh berhampiran jalan memudahkan pencarian. Perlu membuat kajian peta sebelum ingin memasuki sesuatu kawasan. Kami juga sempat bersembang dengan pemilik ladang berhadapan belon yang dicari. Menurut beliau babi banyak ketika waktu malam. Sempat menunjukkan hasil pencarian kepada beliau. Turut minta izin jikalau belon jatuh di dalam kawasannya pula. Beliaupun tanpa ragu mengizinkan memasuki kawasannya jika belon jatuh di situ.

Credit 9W2OCX
Perjalanan pulang mengikut laluan yang sama melalui Jalan Sekolah. Sambil-sambil itu membuat tinjauan  terhadap kawasan persekitaran sepanjang laluan. Banyak simpang siur kadang kala mengelirukan walaupun dengan bantuan GPS. Nasib baik ada papan tanda nama jalan bagi memudahkan ia dikenal pasti lokasi sesuatu tempat. Sampai di Petronas Kanchong Darat mengambil kereta dan motorsikal masing-masing. Kepuasan terpancar setelah misi berjaya walaupun di bulan puasa yang mulia ini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Kedua Bulan Puasa

Credit 9W2VHF

 Pagi tadi berjaya menemui belon KLIA radiosonde D20039755 di jalan tempat pembuangan sampah Tanjung 12. Bersebelahan dengan KLIA dijumpai bersama Hanif 9W2VHF. Ia jatuh malam tadi pada pukul 21:12. Tiga malam berturut-turut belon KLIA telah jatuh awal dan terus ke bumi.

Credit 9M2ZAK
Belon KLIA ini jatuh pada koordinat 2.75175 darjah Utara dan 101.64423 darjah Timur. Altitud ketinggian paling rendah setakat ini 28m dengan altitud ketinggian maksimum 18779m. 


Jarak dari kereta diletakkan kepada titik akhir adalah 2.593km. Oleh kerana hujan turun sejak sebelum subuh lagi. Jalan telah lecah lopak menakung air sepanjang jalan sawit. Ini menyebabkan kereta tidak sesuai melalui jalan sawit ke titik akhir. Letak di simpang pertama dan membonceng motorsikal bersama Hanif 9W2VHF merupakan langkah yang bijak.

Perjalanan tergendala sebentar selepas melepasi simpang pertama. Laluan baru diratakan dengan tanah merah. Sayangnya tayar tersangkut kerana tanah menjadi mendap akibat hujan. Mud guard depan terpaksa ditanggalkan bagi  membolehkan tayar bergerak lancar tanpa tersangkut pada tanah. Terpaksa berpatah balik melalui laluan utama jalan sawit.

Melepasi beberapa simpang sebelum menemui peranti radiosonde tergolek di atas laluan. Kami bernasib baik menemuinya terlebih dahulu sebelum dilenyek oleh lori sawit. Sebenarnya, Hanif 9W2VHF dan Arul 9W2OCX telah melancarkan misi pencarian sebelah malam tadi. Mereka telah menghampiri titik akhir berbaki 30m sahaja. Rezeki tidak menyebelahi mereka disebabkan dipisahkan dengan parit. Parit ini merupakan sempadan milik ladang sawit  KLIA airport berhad.
Sudah menjadi kebiasaan apabila tidak dapat mendapat perkara yang dihajati disebabkan halangan ini. Walaupun sudah menghampiri, namun tidak boleh juga mendapatkannya. Rezeki tidak menyebelahi diri maka ikhtiar lain harus dicari. Memilih laluan masuk yang tepat dapat membantu mencapai kejayaan. Menurut Hanif 9W2VHF, laluan yang dilalui pagi ini berkunci. Inilah menyebabkan mencari alternatif lain untuk menghampiri titik akhir.

Peranti radiosonde diliputi tanah akibat percikan  setelah hujan turun. Menurut Hanif 9W2VHF lagi, isyarat masih lagi aktif pada malam tadi. Mereka telah berjaya mendekod koordinat yang lebih tepat lagi menggunakan rdzttgosonde.

Koordinat peranti yang direkodkan oleh jam garmin adalah 2 darjah 45.0983' Utara dan 101 darjah 38.6493' Timur. Ia berada di atas laluan mudah dilihat orang. Pasti ia diambil orang atau digelek kenderaan yang lalu-lalang di situ. Ada beberapa kes peranti jatuh dilaluan telah hilang apabila operasi pencarian dijalankan Pasti ada orang telah mengambil mahupun dibuang di tempat lain.

Kedudukan belon di hadapan seperti kebiasaannya. Belon ke tepi sedikit masuk ke dalam bersebelahan laluan. Tidak mudah dilihat, maka terselamat diambil orang. Belon berkeadaan basah dan menakung air hujan yang lebat ketika dijumpai.

Koordinat belon pula direkodkan oleh jam garmin pada 2 darjah 45.0940' Utara dan 101 darjah 38.6465' Timur.


Belon pecah dibahagian atas serta serpihan terbelit menyimpul di bahagian tengahnnya. Belon hijau dalam berkeadaan sempurna. Jarak antara peranti dan belon tidak terlalu jauh. Kali ini jaraknya dekat. Benang tersangkut bertindan antara satu dengan lain.

Jarum kompas digital menunjukkan arah titik akhir dari peranti yang dijumpai. Jarak 14.3m bagi altitud ketinggian 28m. Koordinat yang dipaparkan 2.751623 darjah Utara dan 101.644210 darjah Timur.

Habis permukaan peranti diselaputi percikan tanah merah ketika hujan pagi tadi. Terpaksalah membersihkan bahagian kod bar untuk mengesahkan peranti dan belon telah dijumpai. 

Credit 9W2VHF
Motorsikal yang banyak berjasa. Sudah beberapa kali misi memerlukan khidmat kuda besi bagi mudah sampai ke kawasan belon jatuh.
Credit 9W2VHF
Laluan sawit ini menjadi saksi pendaratan radiosonde D20039755. Nasib baik lori sawit mengangkut buahnya belum sampai di kawasan ini. Pastilah ia dilenyek dengan rakus sekali. Lebih ganas jikalau traktor melanggarnya dengan tanpa rasa bersalah. Memandangkan tayar belakangnya yang lebih besar.

Credit 9W2VHF
Aksi merakam peranti menjadi bukti kukuh usaha telah berjaya. Pastikan kod bar bernombor siri sama dengan radiosonde yang dikejar. Puasa tidak menghalang usaha mencari radiosonde. Altitud terlalu rendah memudahkan pencarian. Namun cabaran tersangkut dilaluan tanah yang diturapkan itu, sangat menguji dugaan bagi melepasi motorsikal keluar.

Credit 9W2VHF


Stesen 9W2DYA-10 berjaya meninggalkan jejak semasa misi pencarian dijalankan. Ini menunjukkan kawasan ladang sawit ini masih terdapat liputan talian.

73, Jojet de 9w2dya

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...