Taman Sentral @ Gamuda Cove


 Bandar Gamuda Cove terdapat Taman Sentral. Ia merupakan taman tasik rekreasi yang di bina untuk penduduk bandar tersebut. Siang tadi sempat ke sana untuk beriadah. Sudah beberapa kali sampai ke sini membawa Damia bermain di taman permainan kanak-kanak. Peralatannya mesra pengguna yang lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.


Laluannya dibina daripada konkrit. Penulis lebih suka berjalan sahaja jikalau permukaan laluan yang agak keras. Permukaan yang mesra lutut pasti berjoging sahaja lebih pantas. Namun, masa berlari sudah pasti tidak dapat mengambil gambar.Terdapat tiga jeti di bina memudahkan pengunjung menikmati pemandangan agak ke tengah tasik.


Laluan menghala ke tiga buah jeti. Laluan tasik ini agak luas muat untuk kenderaan motor terutama kenderaan penyelenggaraan lanskap.


Tasik yang ada taman permainan kanak-kanak terletak di sebelah timur. Lokasi boleh cari Maze Garden. Pasti penjejak akan membawa terus ke tasik barat ini. Penulis biasa guna Google Map sahaja mudah dan boleh dipercayai.


Tebing tasik yang agak botak dan lapang. Air pagi tadi agak tenang sahaja. Cuacapun agak mendung sahaja memudahkan pergerakan Penulis untuk meneroka sekeliling tasik ini.


Laluan yang banyak pokok ini berada di tasik tengah. Banyak pokok yang agak besar telah ditanam. Ini menjadikan kawasan sekitar lebih segar dan menghijau.



Ada satu jeti di tasik tengah. Kawasan tasik tengah lebih menghijau. Ini menjadikan suasana lebih menyamankan dan mententeramkan jiwa. Itulah fungsi taman rekreasi dibina. Membolehkan penduduk beriadah dan berekreasi untuk mendapatkan ketenangan dan menyegarkan kembali tenaga setelah penat bekerja.


Taman rekreasi atau kawasan lapang perlu diadakan bagi menjaga kesejahteraan kesihatan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan secara tidak langsung meningkatkan mutu kesihatan masyarakat.


Penulis terpaksa melepasi jalan yang belum dibuka bagi menyeberang ke tasik timur pula. Jambatan lengkung itu menghubungkan tasik timur dan tengah.


Laluan untuk naik ada ke hadapan sedikit. Nanti sudah pusing tasik timur baru menggunakan jejambat tersebut. Membuat satu pusingan tasik timur terlebih dahulu.


Ketika ini jarak yang dilalui telah mencapai dua kilometer dari taman permainan kanak-kanak.


Pokok-pokok hiasan turut memagari tebing tasik. Melahirkan pemandangan yang berwarna-warni memikat hati.


Hidupan akuatik turut ada di dalam tasik timur. Bunga teratai turut kembang mekar. Walaupun tumbuhan ini tidak begitu padat namun bunganya tetap kembang.


Sepanjang perjalanan di tepi tasik disediakan pelampung. Nombor kecemsan turut boleh dihubungi jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Langkah keselamatan ini sangat bagus untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Pemaju lain harus mengambil langkah sebegini. Barulah terjamin keselamatan pengunjung yang menggunakan kemudahan yang disediakan.


Pelantar berdekatan jejambat penghubungkan tasik timur dengan tasik tengah. Laluan masuk sudah hampir. Pasti memudahkan menyeberangi kedua buah tasik ini. Pemandangan sekitar pasti dapat dinikmati.


Video rakaman ketika berjalan di atas jejambat yang menghubungi tasik timur dan tasik tengah. Kawasan persekitaran boleh dilihat dari jejambat ini.


Jejambat ini agak panjang, hampir tiga minit untuk menyeberanginya juga. Pemandangan sekeliling sememangnya membuat Penulis teruja. Berada di tempat tinggi memberi pemandangan yang luas dan melapangkan fikiran.


Pemandangan tasik tengah dari atas jejambat. Elemen air dan pohon yang menghijau tempat sesuai merehatkan minda. Untung bagi penempatan yang menyediakan taman rekreasi yang mempunyai tasik. Base Penulis tidak ada taman seperti ini. Terpaksalah warga penduduk berjoging di tepi jalan sahaja. Trend pemaju sekarang pasti membina kolam yang ada laluan untuk berjalan kaki mahupun berbasikal atau berkasut roda. Ini memberi keselesaan serta keselamatan pasti terjamin.


Contohnya di Alamsari terdapat tiga buah tasik untuk beriadah. Manakala Bandar Puteri Bangi turut mempunyai satu taman tasik untuk beriadah. Nilai Impian turut mempunyai tasik yang boleh pusing keliling untuk berjoging. Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi turut menjadi tumpuan ramai. Ada burung bangau yang banyak menangkap ikan dalam kolam takungan dari Sungai Ayer Hitam.


Laluan sebegini menjadi syurga bagi yang suka berlari dan berbasikal. Jikalau laluan ini wujud di tempat tinggal Penulis pasti tiap petang ia akan meriah. Deretan pokok kanopi meneduhkan kawasan persekitaran. Sebelah kiri merupakan jalan utama ke kawasan kediaman Bandar Gamuda Cove.


Laluan bawah jambatan menghubungkan tasik tengah dengan tasik barat. Bawah jambatan itu ada taman permainan kanak-kanak dan keranjang untuk sukan bola keranjang. Terdapat tempat duduk yang panjang turut dibina oleh pemaju. Idea yang sangat baik daripada terbiar ruang yang kosong sahaja.


Keluar bawah jambatan pemandang tasik barat luas saujana mata memandang. Tiada pokok hanya kawasan lapang berumput sahaja.


Gigi air berumput tiada pokok ditanam menyebabkan suasana hangat dan silau. Nasib baiklah Penulis pergi sewaktu WX mendung dan redup sahaja. Pergerakan bermula lewat sejak jam 10:48 pagi. Perbandaran baru perlu banyak menanam pokok agar suasana hijau dan mengurangkan haba persekitaran. Ini secara tidak langsung menurunkan suhu persekitaran.


Bergerak ke hadapan sedkit kelihatan banyak pokok-pokok telah ditanam. Ini mengindahkan lagi pemandangan persekitaran tasik barat ini. Pelbagai spesies pokok ditanam secara baris bercampur-campur. Ada cepat membesar terus mengejar cahaya matahari. Ada juga pertumbuhan perlahan mengikut usia dan bakanya.


Pokok nan sebatang di tepi tasik. Beberapa tahun dahulu semasa awal pembukaan kawasan ini. Pokok yang ditanam agak kurang. Kali ini sudah ada perubahan. Banyak sudut-sudut tepi tasik barat telah dibuat pulau-pulau pokok. Plot-plot pokok ini turut menarik burung-burung datang berteduh.


Contoh plot tanaman pokok bercampur dapat dilihat antara tasik dan laluan riadah. Kepelbagaian ketinggian memperlihatkan proses tumbesaran yang berbeza setiap spesies. Hasilnya dapat dilihat setelah matang. Pasti suasana hutan dapat dilihat persekitaran Taman Sentral ini. Daun-daun kering di lantai rumput akhirnya boleh menjadi baja semulajadi.


Titik-titik pokok-pokok yang ditanam mengindahkan lagi pemandangan tasik. Dahulu tepi tasik ini botak sahaja tanpa ditanam pokok.

Tidak di tasik timur, pokok yang sudah agak besar dipindahkan di kawasan baru. Maka, cepatlah kawasan itu diliputi pokok yang sudah membesarkan. Jikalau negara maju, mereka hanya menebang pokok bagi kawasan yang hendak digunakan sahaja. Ini dapat memelihara dan pulihara pokok yang sudah berusia lebih. Baru-baru ini sebatang pokok tualang berusia lebih seratus tahun menjadi mangsa laluan jalan raya yang diperbesarkan. Sayang seribu kali sayang. Perancangan yang tidak teliti sanggup mengorbankan sebatang pokok yang bernilai.


Boleh dilihat sekeliling kawasan tasik ini pembinaan kawasan perumahan Bandar Gamuda Cove rancak. Siap kelak nanti pasti kawasan tasik ini menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beriadah pada setiap hari mahupun pada hujung minggu.


Pokok-pokok yang ditanam turut dilabelkan. Maklumat boleh diimbas melalui kod QR yang dilabelkan pada pokok tersebut. Ini memberi maklumat penting kepada pengunjung terhadap sesuatu spesies pokok tersebut.


Penghujung tasik barat air kolam semakin mengecil. Laluan terus kehadapan  hingga ke penghujung jalan yang dalam pembinaan. Hanya satu laluan sahaja dibina dan tidak mengelilingi tasik yang semakin mengecil ini.


Kolam kecil bertukar menjadi terusan pula setelah bergerak makin ke hadapan. Pokok-pokok tetap ditanam sebelah laluan. Seberang terusan tersebut pembinaan kawasan perumahan rancak dilakukan.


Pemandangan terusan dan laluan dari titik akhir tasik barat. Punca iar masuk ke tasik dari arah ini. Persekitaran Bandar Gamuda Cove ini merupakan kawasan bencah. Berdekatan juga dengan Paya Indah Wetland dan Hutan Rizab Kuala Langat Utara.


Pelantar berpagar ini ada bulatan kerja ukur ditengahnya. Bawah pelantar ini pintu air mengawal kemasukan air dari luar ke kawasan tasik.


Penghujung terusan kolam semakin membesar sebelum ke tasik. Sebelah kiri merupakan kawasan perumahan dalam pembinaan. Pergerakan balik semula ke tasik barat.


Pemandangan tasik barat dari simpang terusan. Perjalanan diteruskan menghala ke taman permainan kanak-kanak semula.


Lubang-lubang telah digali untuk pokok-pokok ditanam pasti mengindahkan kawasan tersebut. Mungkin banyak lagi kawasan tepi tasik akan dibuat seperti ini juga. Fasa demi fasa untuk meningkatkan lagi kawasan hijau.


Tasik ini juga turut mendapat perhatian burung-burung bangau. Kawasan persekitaran Bandar Gamuda Cove ini sememangnya terdapat banyak burung persinggahan. Ketika mencari belon KLIA kawasan terdekat. Boleh dilihat pelbagai spesies burung hijrah dan tempatan sering ditemui. Tasik-tasik besar sekitar bandar pernah dijelajahi ketika mencari belon kaji cuaca.


Burung botak upeh berada di tebing tasik menunggu habuan yang berada di dalam air. Seekor lagi bangau putih telah terbang apabila melihat kelibat Penulis.


Contoh plot tanaman bercampur tepi tasik barat. Besar nanti pasti kelihatan seperti dalam hutan. Pokok-pokok merebut cahaya matahari pastilah yang paling tinggi. Maka terhasilah kanopi pokok menutup cahaya di lantai tanah. Satu kawasan model hutan akan terhasil di sini. Seterusnya burung-burung dan unggas pasti banyak menjadi habitat baru.


Pokok-pokok di tepi tasik masih dalam proses pembesaran. Pasti redup setelah membesarkan dengan baik beberapa tahun akan datang. Satu perancangan yang agak teliti bagi pemaju dalam merancang bandar yang hebat ini.


Tiba semula kawasan taman permainan dengan jarak 4.5km. Terdapat papan tanda kenali pokok utama yang telah ditanam sekitar tasik. Maka pengunjung boleh mengenali pokok-pokok yang telah ditanam itu. Terdapat 42 spesies pokok yang dipaparkan pada papan tanda tersebut.


Satu lagi papan tanda menunjukkan pokok campuran "woodland" Pokok campuran ini pula memaparkan 30 spesies pokok. Teringat rakan roomate yang mengambil kursus town planning dahulu. Terpaksa membuat buku skrap setiap spesies pokok yang ada di sekitar kampus. 


Terpaksa melengkapkan satu pusingan tasik barat bagi melengkapkan jarak lebih 5 km. Pemandangan tiga buah jeti nun jauh diseberang sana.


Pemandangan tasik barat sebelah hujung dari jambatan batu. Sebentar tadi laluan terus ke hadapan sana hingga ke terusan. Jambatan batu ini laluan lebih singkat bagi mendapat satu pusingan kecil tasik barat.


Hasil meneroka kawasan Taman Sentral berjaya menghabiskan jarak 5.41 km. Tempoh masa dalam 1 jam 15 minit 58 saat. Kelajuan pace 14:02 /km Selain Taman Sentaral ini, Bandar Gamuda Cove terkenal dengan Taman Tema Air Splash Mania dan tarikan lain. Perancangan yang teliti menyediakan kemudahan tarikan ramai bagi menarik minat orang membeli rumah di kawasan ini.


Objektif utama penerokaan juga menyambut cabaran berjalan kaki sejauh 3 Batu. Alhamdulillah tercapai juga di Taman Sentral setelah berjalan lebih 5 km. Pulang dan datang melalui akses baru tanpa tol melalui Cyberjaya 10. Pemaju harus memikirkan laluan alternatif yang lain selain laluan bertol barulah dapat menarik minat bakal pembeli rumah.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Kejohanan Olahraga Junior All Comers 2026


 Pagi tadi berkesempatan pergi ke Stadium UPM, Serdang. Kejohanan Olahraga Rakan Muda/JBSN/MSWP/Milo 'Junior All Comers 2026' telah berlangsung hari ini dan esok.


Mula bersarapan terlebih dahulu di kedai berdekatan dengan base. Kemudian terus memandu melalui Sg Merab hala ke Abu Bakar Baginda. Sampai UPM ikut pintu belakang belok kiri sudah nampak stadium. Melatak kereta selepas pintu pagar stadium sahaja. Terus ke tepi stadiumtelah berlangsung acara 10,000 meter lumba jalan kaki. Terdapat kelibat atlet SAAS dalam persaingan tersebut.


Acara kegemaran Penulis adalah lumba jalan kaki selain larian jarak jauh. Pernah menyertai acara 10,000m Jalan kaki di UiTM Shah Alam dan 5,000m di Maktab Perlis. Cuaca pagi tadi amat cerah dan terik sekali. Namun, tidak menjadi penghalang kepada semua peserta. Stesen minuman turut disediakan bagi menghilangkan dahaga badan.


Kelompok hadapan bergerak pantas. Kelompak tengah pula sederhana sahaja. Paling belakang agak perlahan sering dipotong atlet yang bergerak pantas. Bertegur sapa dengan seorang Jurulatih Jalan Kaki memantau prestasi atletnya. Mungkin dari Pulau Pinang agaknya. Banyak sekolah sukan negeri dan Malaysia turut menghantar penyertaan.


Sambil melihat kelibat acara jalan kaki ini, acara lombol bergalah turut berjalan. Boleh melihat atlet ini berhempas pulas bagi melepasi palang. Jikalau badan terkena atau terlanggar pasti palang tersebut jatuh ke bawah. Kadang paling cuak melihat atlet yang tidak mendarat pada tilam di bawah. Atlet lombol bergalah mesti ada kemahiran gimnastik bagi mengapung diri melepasi palang menggunakan lombol bergalah tersebut.


Saat akhir kelompok depan terus memecut hingga ke garisan penamat. Kelompok belakang terus bersemangat merapatkan jurang. Bunyi loceng melepasi garisan penamat menandakan hanya tinggal satu pusingan lagi. Tanpa menoleh belakang terus memecut meninggalkan pesaing jauh ke belakang.


Habis acara jalan kaki telah bersedia atlet acara 5,000 meter perempuan. Terselit alumni SMKBTHO2 Ellina Irez yang mewakili SSTMI, Bandar Penawar, Johor Darul Takzim. Bersaing bersama Deenar dari Klang dan seorang lagi atlet SSTMI.



Ketika menunggu acara 5,000 meter perempuan ini, berdiri di sebelah pengunjung bersama atlet perempuan. Tertera baju di belakang BCH Runners. Rupanya atlet tersebut telah menjadi juara Perempuan 3 bawah 12 tahun pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Langat 2026 di MAEPS pada hari Khamis lepas.


Namanya Aisyah Nur Zahirah Binti Radin Adipati bersekolah SK Taman Bukit Teratai, Ampang. Menurut lelaki yang bersama Aisyah tersebut sangat minat pada Ellina. Ellina merupakan idola Aisyah. Mungkin lelaki tersebut salah seorang Jurulatih kelab BCH Runners. Beliau yang mengatakan Ellina merupakan Idola Aisyah. Sempat bertanya kepada lelaki tersebut maksud BCH itu. Bandar Country Homes di Rawang.


Patutlah Aisyah Juara P3, rupanya menyertai kelab di Rawang. Tidak ingat nama jurulatih yang menubuhkan kelab ini. Sebelum ini Aisyah bermula di CAK Akademi seperti Ellina juga. Berkongsi pengalaman kepada jurulatih tersebut. Semasa Ellina masih di SMKBTHO2 ketika itu tingkatan 1. Sewaktu latihan, Ellina berlari bersama kelompok budak lelaki bawah 18 tahun. Betapa lajunya setiap langkah berjaya mengekori rapat pace budak lelaki tingkatan 5 dan 4.


Hadapan Gheena satu kelab bersama Aisyah. Manakala kedudukan tengah adalah Deenar dari Klang satu pasukan dengan Ellina di SSTMI. Manakala kedudukan ketiga tersebut adalah Ellina. Persaingan ini berlaku pada peringkat awal. Mereka bertiga ini berada dalam kelompok hadapan sekali.


Lima pelari kelompok hadapan bersaing sesama sendiri. Akhirnya pelari keempat itu berjaya memotong atlet di hadapannya. Chan May Yan mewakili MSN Selangor terus unggul di hadapan hingga ke garisan penamat dengan catatan masa 19:54.31


Nampaknya, atlet olahraga kini telah mencari kelab yang boleh berlatih bagi meningkatkan prestasi. Ini satu perkembangan yang amat positif. Kelab-kelab ini pastilah dapat melahirkan ramai juara lagi. Persaingan sihat ini memberi faedah jangka masa yang panjang bagi meningkatkan mutu sukan olahraga.


Setelah menghampiri penamat dengan kedudukan keempat berjaya Ellina perolehi. Manakala Deenar tempat keenam di belakang Gheena tempat kelima. Baru perasan Coach Radhi di hujung selekoh melihat aksi atlet bimbingnya beraksi. Terus bergerak ke arah Coach Radhi di tepi bukit di bawah pokok bersama Team BP Athlete. Beliaulah yang melatih atlet MLD SSTMI. Pertama kali jumpa semasa MSSS tahun lepas di stadium UPM juga.


Sempatlah bersembang-sembang dengan Coach Radhi. Menurut beliau Ellina dan Deenar didaftarkan acara 5,000 meter sebagai persiapan merentas desa MSSS dan MSSM. Kemudian datang ibubapa salah seorang atlet bimbingan beliau juga turut duduk menunggu aksi anak mereka. Sokongan ibubapa yang tinggi serba sedikit dapat memberi semangat kepada anak mereka beraksi hingga ke pentas yang lebih tinggi.


Kemudian Deenar pun datang bersama atlet yang lain. Memberi maklum balas tentang prestasi masing-masing kepada Coach Radhi. Semua atlet lepas habis acara mendapatkan maklum balas tentang prestasi diri selepas berjuang di tengah panas itu. Cuaca turut memberi kesan terhadap prestasi.


Akhir sekali Ellina pun muncul bersama Makciknya yang selalu menjaganya  setiap kejohanan. Sempat berbual dan wish birthday beberapa hari yang lalu. Beberapa hari lagi akan terbang ke Australia bagi menyertai kejohanan olahraga di sana. Penerbangan kali kedua di bumi kanggaru tersebut. Tahun lepas pernah menyertai kejohanan juga. Berpuasa di bumi OZ pasti pengalaman yang baru.


Kemudian bergerak ke astaka setelah Coach Radhi bersama atlet bergerak pulang setelah habis acara sebelah pagi. Astaka jumpa Cg Asyraf Jurulatih SAAS. Sempat menonton aksi 100m dan 800m waktu panas terik tengah hari. Sebelum acara 400m tangguh sebentar para petugas berehat seketika rasanya.

Tuntasnya kejohanan ini berjaya mengumpulkan atlet yang pernah  bertanding peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Banyak sekolah sukan Malaysia dan Negeri turut bertanding bagi peringkat umur bawah 21 tahun. Pendedahan sebegini memberi persaingan dan pengalaman berharga bagi setiap atlet yang bertanding. Kelab-kelab olahraga dan larian tidak terkecuali menghantar peserta juga.

Penubuhan kelab-kelab ini dapat memberi peluang atlet meningkatkan prestasi dengan mempelajari teknik yang terkini. Hasilnya ada peningkatan prestasi dalam setiap kejohanan merentas Desa mahupun Padang dan Balapan.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73 Jojet de 9w2dya

APRSMY Malaysian APRS Net Bot

Malam tadi sempat check dalam APRSMY Malaysian APRS Net Bot  yang dihasilkan oleh 9M2PJU. Wujudnya APRSMY ini bolehlah Operator Radio Amatur yang aktif APRS boleh menghantar mesej dalam net bot ini. Penulis menggunakan APRSdroid yang mudah untuk dimuaturun dalam telefon pintar yang menggunakan android.


Ini dapat memberi peluang kepada Operator Radio Amatur yang aktif mode APRS untuk check-in net bot tempatan pula. Sebelum ini setiap hari Khamis boleh check-in pada server ANSRVR. CqHotg happy #THURSDAY. Kini, hari Ahad boleh check-in di APRSMY pula. Selamat mencuba.

https://aprsmy.hamradio.my

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
 

MySET 2026

 Pada hari ini berkesempatan memantau frekuensi 145.500 MHz. Frekuensi calling channel ini telah digunakan untuk aktiviti MySET 2026.

MARTS telah mengadakan program MySET 2026 bagi menguji tahap kesiapsiagaan sistem perhubungan sokongan negara dalam menghadapai situasi bencana kritikal. Bahasa mudah, semasa bencana kemungkinan sistem perhubungan komunikasi akan terputus. Maka, perhubungan komunikasi melalui radio pasti dapat membantu pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat.

Jam 14:26 petang tadi, Penulis sempat monitor di V40 frekuensi 145.500 MHz. Kedengaran stesen 9M4HK kendalian Abg Din Mega 9M2DGA dan Hafiz 9M2PIZ telah mengaktifkan stesen MySET di puncak Gunung Telapak Buruk. Beberapa stesen berjaya mendapat contact ke puncak ini. Kebanyakan stesen dari Lembah Klang dan kedengaran juga stesen dari Kuantan 9W2YKN kalau tak salah dengar.

Buat pertama kalinya, Penulis berjaya mendengar penyampaian berita kecemasan bagi program ini sebagai Latihan. Monitor menggunakan hand-held TYT sahaja menerima readability 9/5 crystal clear. 

Jam 14:26 itu, stesen 9M4HK telah berhubung dengan stesen 9W2YIB di UiTM Puncak Alam. Kemudian stesen 9M4HK telah menghubungi stesen 9M2RPN Planetarium Negara.

Berikut maklumat yang berjaya di copy oleh Penulis;

Berita sedia untuk terima maklumat dari 9W2YIB di UiTM Puncak Alam.

Nombor Berita : Nombor 3

Keutamaan Stesen Asal 9W2YFG  V40

9W2YIB 18 jumlah perkataan

Tempat Asal Cameron Highlands

Masa: 11:20 Hour

Pengambilan 31/1/26

Ini Adalah Latihan-latihan

No.1 PPS telah dibuka. Jumlah mangsa 80 orang. 3 orang mangsa yang hilang.  ........... telah ditemui. Jumlah mangsa yang hilang 5 orang. Mesej daripada ASP Nasir IPD Cameron Highlands.

Begitulah kaedah penyampaian maklumat penting semasa komunikasi kecemasan ini. Ternyatalah latihan simulasi komunikasi kecemasan ini sangat penting bagi semua pengendali radio amatur. Seharusnya latihan ini perlu dijalankan selalu agar semua pengendali radio amatur telah sentiasa bersedia dan sanggup menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Jumpa dan jumpa lagi

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...