1,500 pengakap sertai Peraja 2011
PASIR PUTEH 12 Julai – Seramai 1,500 ahli pengakap jajahan Pasir Puteh menyertai Perkhemahan Agung Pengakap Jajahan Pasir Puteh (Peraja) 2011 yang diadakan di Jeram Pasu dekat sini, selama empat hari bermula semalam.
Timbalan Ketua Perkhemahan Peraja, Che Azmy Che Yusoff berkata, perkhemahan itu melibatkan pengakap kanak-kanak dari 38 buah sekolah rendah, pengakap muda dan pengakap remaja dari 12 buah sekolah menengah, serta ahli pengakap kelana dari beberapa buah sekolah di Selatan Thailand.
Menurutnya, perkhemahan yang akan berakhir pada 14 Julai ini adalah sebahagian pendidikan di luar bilik darjah berasaskan ilmu kemahiran yang memberi fokus kepada aktiviti peningkatan disiplin dan kerohanian.
Lain-lain aktiviti yang diadakan adalah kawad kaki, pertanding menggubah buah tembikai, membina gajet dan pintu gerbang, kemahiran ikatan, mengendali radio amatur, meredah hutan, merempuh halangan, isyarat sulit pengakap, persetiaan dan undang-undang pengakap, kemahiran memasak di hutan dan pelbagai ilmu pertolongan cemas, katanya ketika ditemui pemberita di tapak perkhemahan Peraja 2011 dekat sini, hari ini.
Che Azmy berkata, pendidikan luar bilik darjah menerusi aktiviti pengakap adalah sebahagian usaha untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan, disiplin dan undang-undang perkhemahan yang ditetapkan.
Beliau berkata, pihak pengurusan pengakap jajahan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dianjurkan supaya matlamat bekerjasama dalam satu pasukan, melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek tercapai.
Menurutnya, perkhemahan yang bertemakan Pengakap Cemerlang 1Malaysia memfokuskan nilai dan kekuatan dalaman peserta serta toleransi pelajar yang perlu dipupuk dan diberi penekanan untuk melahirkan generasi bertakwa, bermoral, cergas fizikal, penyayang serta kental.
Tambah beliau, generasi muda yang memimpin dan pewaris negara pada masa hadapan perlu di bentuk, dibimbing, diajar dan dibekalkan menerusi aktiviti kepengakapan yang boleh memainkan peranan yang positif dalam membantu kerajaan membina negara bangsa.
Dipetik dari Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belon minggu lepas berjaya
Hari ini berjaya melancarkan lima misi pencarian belon KLIA. Dua daripada misi ini berjaya menemui radiosonde. Tiga lagi gagal menemui seb...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment