Pada 11 dan 12 Julai aku berkesempatan ke pantai timur atas urusan keluarga. Sepanjang perjalanan aku monitor mana-mana jalur yang kedengaran audio. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Karak hingga keluar ke Jabor. Bilalah agaknya LPT ini boleh siap ke Kuala Terengganu pula? Boleh menjimatkan lagi tempoh perjalanan. Tiba di kawasan Gambang lewat petang kedengaran rakan sedang QSO di frekuensi 146.100MHz. Audio 9W2ABR, 9W2WMW dan 9W2BWB.
Manakala di Dungun kedengaran audio Kak Za agaknya kerana pernah aku monitor katanya base di Politeknik Dungun. Perjalanan terus ke Kota Bharu hingga pukul 2.30 pagi.
Keesokannya lepas segala tugasan lepas pukul 10.00 pagi bertolak semula ke Kuala Terengganu. Ketika melalui Jertih aku scan di 146.675MHz dan terus kedengaran audio rakan yang sedang mengendalikan aktiviti radio amatur di Perkhemahan Agung Pengakap di Kem Pengakap Jeram Pasu. Pengendali ketika itu adalah 9W2ZMM telah memberi peluang kepada peserta untuk mengendalikan radio dua hala secara betul. Ia juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada rakan ham yang lain seperti 9W2KQR, 9W2LTT dan 9W2WCL. Ahli pengakap yang QSO menunjukkan minat yang mendalam tentang mengendalikan radio. Rata-rata dapat dilihat mempunyai semangat untuk meneruskan mempelajari tentang dunia radio amatur yang mempunyai ilmu yang sangat luas untuk diteroka. Walaupun pertama kali mencubanya kedengaran mereka berani mencuba dan tidak kekok untuk QSO dengan rakan dijaluran. Syabas dan tahniah kepada rakan yang berjaya memperkenalkan aktiviti radio scouting kepada ahli pengakap yang terlibat pada perkhemahan ini. Rasanya aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan dan tumpuan pada setiap kali aktiviti perkhemahan diadakan. Perkhemahan tamat pada 14 Julai mungkin ketika ini aktiviti ini masih diteruskan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada rakan ham yang bertungkus lumus memperkenalkan radio amatur ini. Harap ahli pengakap ini suatu hari nanti mendapat lesen dan seterusnya memancar menggunakan callsign sendiri.
Salam Pengakap.
73, Jojet, 9W2DYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belon minggu lepas berjaya
Hari ini berjaya melancarkan lima misi pencarian belon KLIA. Dua daripada misi ini berjaya menemui radiosonde. Tiga lagi gagal menemui seb...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment