Hari ini sempat singgah melihat satu lagi slab JM TBM 219. Sudah lama perasan tentang kewujudan slab ini semasa memandu ke saltmine. Mengikut jalan pintas tanpa tol di Bukit Angkat tembus ke Taman Sutera. Mula-mula perasan sekadar simen biasa sahaja pada siar kaki hala ke Taman Sutera. Seterusnya beberapa kali lalu lagi perasan macam ada tulisan atas simen tersebut. Ternyatalah memang slab atas siar kaki hala ke Taman Sutera dari Kawasan Perindustrian Bukit Angkat.
Oleh kerana, ada masa lebih bagi jangka masa tiba ke saltmine. Terus letak kereta tepi jalan dan terus mendokumentasikan slab ini. Menurut Meta Ai huruf JM tersebut merujuk kepada Jabatan Mineral. Nombor siri ke 219 slab ini. Pasti ada yang lain sekitar kawasan Bukit Angkat ini.
Pemandangan sudut yang lebih jauh. Boleh dilihat slab JM TBM 219 tersebut berada di tepi longkang siar kaki jalan penghubung ke Taman Sutera. Koordinat 3.005507 darjah Utara dan 101.766211 darjah Timur. Satu lagi pengetahuan baharu melibatkan TBM daripada Jabatan Mineral pula. Harap dapat menjumpai slab JM lagi bagi mengesahkan fungsinya di kawasan industri ini.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya


No comments:
Post a Comment