Cuti Habis

Seminggu cuti tahun baru cina ini makin hampir. Sepanjang cuti ini aku dan xyl tidak ke mana. Inilah peluang aku monitor melalui webSDR apabila ada kelapangan.

Selepas solar flare hari isnin yang lalu 40m band di Eropah dan Amerika mengalami gangguan. Betullah kata pakar bahawa propagasi untuk 40m ke atas akan terganggu.

Semasa CQ 40 ON7USB webSDR di German kebanyakan stesen yang dapat dicopy adalah di Eropah sahaja. Satu stesen special callsign iaitu 9A208DX sempena 20 tahun 9A. Bila pula nak sambut sempena 9W pula hihi? Bila merujuk kepada QRZ.com db ON7USB yang tertera web logbook (HRDLOG.net) baru aku perasaan bila tertera on air masa itu memang dia sedang ke udara tertulis frekuensi sekali. Oh sekarang baru aku faham macam mana kita hendak tahu sama ada rakan sedang ke udara.

Semasa  Malaysia 40m net malam rabu itu aku cuba-cuba juga hendak monitor tetapi tidak kedengaran audio dari Malaysia. Aku guna webSDR dari Sepanyol, Poland dan Romania. Agaknya propagasi kurang menarik dari Malaysia ke Eropah selepas ribut solar yang tertinggi dicatat setakat ini. Maklum balas dari rakan 9M tentang check net malam itu masih belum ada dientri yang lepas. Esok ahad kalau ada kelapangan satu lagi net di pagi hari bolehlah monitor.

Semasa mencari-cari stesen di webSDR Warwick, Rhode Island kedengaran audio yang jauh kebelakang iaitu VP6T. Ini adalah stesen dxpedition di Pulau Pitcairn. Dxpdc ini bermula dari 20 Januari hingga 4 Februari 2012.

Pulau ini terletak di Lautan Pasifik Selatan iaitu 13948.1km dari base aku kalau jarak long path ialah 26055.1km. Jadi pulau ini terletak diantara Malaysia dan Rhode Island. Aku guna internet ke Rhode Island manakala gelombang radio dari Pulau Pitcairn ke Rhode Island. Itulah seronoknya radio dapat menghubungkan mana-mana rakan di serata dunia. Bagusnya dxpdc adalah dapat membantu rakan mendapat callsign yang jarang kedengaran bagi mencapai award-award yang ditawarkan ataupun DXCC

Semalam aku monitor ON7TQ di Belgium menggunakan webSDR YO3GGX di Bucharest Romania. Menurut beliau propagasi 40m pada malam itu kurang memberangsangkan terutama audio dari Amerika Utara. Beliau menggunakan 7.166MHz aku dapat mengesannya pada jam 01:02Z hinggalah beliau QRT jam 3 untuk masuk tidur. Selepas beliau QRT kedengaran banyak stesen berpusu-pusu masuk di 7.163MHz . Antara stesen yang kedengaran 59 adalah  SP2SJC, R3ZF, KP4MS, S56P, SP6HEQ dan banyak lagi. Ini menunjukan selepas pukul 3 pagi band mula aktif.

Pagi ini pula aku monitor stesen KP2AD St Thomas US Virgin Island. Aku menggunakan webSDR Rhode Island USA jadi tidak hairanlah audio di Caribean dapat dicapai. Kebanyakan audio tidak kedengaran aku copy apa yang disebut oleh beliau sahaja. Propagasi masih kurang memberangsangkan lagi bagi 40m band.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...