Eyeball Di Ambang 2012

Di Dewan Kinrara pada 31.12.2011  9M4RBC

Eyeball menyambut ambang 2012 telah berlangsung di Dewan Bandara Kinrara 2 dianjurkan Astra wilayah Tengah ( mungkin tukar ke nama lain ). Acara bermula jam 10.35 malam yang dipengerusikan oleh 9W2JQQ mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan. Kemudian dimulakan Bacaan Doa bagi memberkati program pada malam ini.

Selepas bacaan doa ucapan dari Pengurus Komuniti Astra kawasan Tengah iaitu 9W2XYM. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kejayaan 9W2EDK dan rakan-rakan membantu membaik pulih pengulang 9M4RBC dengan ikhlas tanpa meminta sebarang balasan. Inilah semangat ham yang sejati membantu menaikkan lagi semangat ham dikalangan kita yang harus dicontohi bersama.

Seterusnya acara ucapan dari Penasihat Komuniti Astra kawasan Tengah iaitu 9M2YRS. Sempena tahun baru beliau menyarankan transformasi dikalangan ham. Perubahan yang baik perlu dilakukan terutama tentang SOP semasa menggunakan frekuensi. Banyak kesilapan dan kesalahan masih berlaku ketika QSO, oleh itu sama-samalah kita perbaikinya kerana semua SOP adalah sama diseluruh dunia.

Contohnya salam contact perdana perlulah kita mengenalkan working condition bukannya memperkenalkan tentang keluarga kita. Pengetahuan juga perlu ditingkatkan lagi terutama tentang teknikal. Bila bercerita tentang antena kita perlu tahu tentang jenis antena bukannya jenama. Kebanyakan dari kita lebih berbangga tentang jenama yang dipakai atau mungkin kita tidak tahu apa sebenarnya jenis antena itu. 

Rakan ham juga perlu mesra dan ramah-tamah dengan rakan swl dan rakan komersial. Kita perlu mengajak mereka mengenalkan tentang radio dan membentu mereka sehingga berjaya mendapat lesen. Cara ini dapat meramaikan lagi rakan ham terutama eyeball, kita boleh bercerita tentang apa-apa yang menarik tentang radio.

Selepas itu sesi memperkenal 9M diadakan. Pentingnya mengenali 9M dikalangan swl apabila telah lulus perlu mendapatkan dua tandatangan oleh mereka. Selain itu mereka juga boleh tunjuk ajar dan membantu segala masalah yang dihadapi oleh swl. Antara 9M yang diperkenalkan adalah 9M2RIE, 9M2TRX. 9M2AUR, 9M2AIS dan 9M2YRS. Semua 9M yang ada pada malam malam itu penulis pernah QSO. Terasa bangga dapat mengenal mereka dengan lebih dekat lagi.

Semoga tahun baru ini merancakkan lagi dunia radio amatur di negara kita. Harap pelbagai aktiviti diadakan dengan lebih kerap lagi. Sama-sama kita berusaha meningkatkan mutu radio amatur di mata dunia. Terima kasih juga pada pihak penganjur dan juga kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini. Ramai juga dapat bersalaman didaratan dan mendapat pengetahuan baru.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Misi Mencari Radiosonde di Banting

  Semalam lima misi mencari radiosonde dilancarkan lagi di Banting. Misi berdua bersama Hanif 9W2VHF. Kali ini berjumpa jam 10 pagi di Jalan...