Monitor 7.130MHz melalui webSDR

Aku teringin juga monitor Malaysian 40 meter Net yang dijalankan mengikut jadual yang terdapat dalam blog http://7130khz.blogspot.com/  Menurut jadual yang tertera pada hari ini Rabu 25 Januari dijadualkan jam 9.30 malam waktu tempatan. Pengawal rangkaian yang dipertanggungjawabkan adalah 9M2ODY.

Oleh disebabkan aku masih belum mempunyai peralatan HF maka untuk monitornya aku menggunakan internet sahaja melalui webSDR  http://websdr.org/. Melalui receiver webSDR kita boleh memantau aktiviti rakan-rakan difrekuensi.

Maka tepat jam 9.30 malam aku mencari mana-mana stesen receiver webSDR yang mempunyai jalur 40M yang frekuensinya mencapai 7.130MHz. Hanya terdapat tiga stesen yang boleh membantu aku untuk monitor 40m net ini. Semuanya QTH di Eropah iaitu di Sepanyol, Poland dan Romania. Stesen di Amerika senyap sepi sahaja, cuma di Eropah banyak kedengaran audio.

Stesen pertama aku cuba monitor di frekuensi ini adalah webSDR at IDeTIC, University of Las Palmas de Gran Canaria Sepanyol. Aku terus ke 7.130MHz tetapi tidak kedengaran sebarang audio.

Stesen kedua pula ialah webSDR SP3PGX club station at University of Zielona Gora di Poland. Masih lagi tidak kedengaran sebarang audio kalau-kalaulah audio dari rakan 9M ke udara.

Stesen terakhir adalah webSDR on Softrock Lite II located in Bucharest di Romania. Ketika ini masih lagi tiada sebarang audio kemudian kedengaran rakan berbahasa Sepanyol menyebut ciku ciku.

Maka kesimpulannya audio rakan dari Malaysia tidak kedengaran langsung di Eropah. Propagasi tidak membuka ke Eropah atau sebaliknya untuk jalur 40m malam ini. Merujuk kepada Solar Terrestrial Data Band 40m malam ini adalah poor ketika itu.

Harap rakan 9M yang check-in malam tadi boleh memberi maklum balas  adakah net ini dijalankan seperti yang dijadualkan? Mana tahu satu hari nanti  Malaysian 10M net pula akan diadakan. Ini dapat memberi peluang kepada rakan 9W yang aktif HF untuk check-in pula.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...