Di Dewan Kinrara pada 31.12.2011 9M4RBC
Eyeball menyambut ambang 2012 telah berlangsung di Dewan Bandara Kinrara 2 dianjurkan Astra wilayah Tengah ( mungkin tukar ke nama lain ). Acara bermula jam 10.35 malam yang dipengerusikan oleh 9W2JQQ mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan. Kemudian dimulakan Bacaan Doa bagi memberkati program pada malam ini.
Selepas bacaan doa ucapan dari Pengurus Komuniti Astra kawasan Tengah iaitu 9W2XYM. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kejayaan 9W2EDK dan rakan-rakan membantu membaik pulih pengulang 9M4RBC dengan ikhlas tanpa meminta sebarang balasan. Inilah semangat ham yang sejati membantu menaikkan lagi semangat ham dikalangan kita yang harus dicontohi bersama.
Seterusnya acara ucapan dari Penasihat Komuniti Astra kawasan Tengah iaitu 9M2YRS. Sempena tahun baru beliau menyarankan transformasi dikalangan ham. Perubahan yang baik perlu dilakukan terutama tentang SOP semasa menggunakan frekuensi. Banyak kesilapan dan kesalahan masih berlaku ketika QSO, oleh itu sama-samalah kita perbaikinya kerana semua SOP adalah sama diseluruh dunia.
Contohnya salam contact perdana perlulah kita mengenalkan working condition bukannya memperkenalkan tentang keluarga kita. Pengetahuan juga perlu ditingkatkan lagi terutama tentang teknikal. Bila bercerita tentang antena kita perlu tahu tentang jenis antena bukannya jenama. Kebanyakan dari kita lebih berbangga tentang jenama yang dipakai atau mungkin kita tidak tahu apa sebenarnya jenis antena itu.
Rakan ham juga perlu mesra dan ramah-tamah dengan rakan swl dan rakan komersial. Kita perlu mengajak mereka mengenalkan tentang radio dan membentu mereka sehingga berjaya mendapat lesen. Cara ini dapat meramaikan lagi rakan ham terutama eyeball, kita boleh bercerita tentang apa-apa yang menarik tentang radio.
Selepas itu sesi memperkenal 9M diadakan. Pentingnya mengenali 9M dikalangan swl apabila telah lulus perlu mendapatkan dua tandatangan oleh mereka. Selain itu mereka juga boleh tunjuk ajar dan membantu segala masalah yang dihadapi oleh swl. Antara 9M yang diperkenalkan adalah 9M2RIE, 9M2TRX. 9M2AUR, 9M2AIS dan 9M2YRS. Semua 9M yang ada pada malam malam itu penulis pernah QSO. Terasa bangga dapat mengenal mereka dengan lebih dekat lagi.
Semoga tahun baru ini merancakkan lagi dunia radio amatur di negara kita. Harap pelbagai aktiviti diadakan dengan lebih kerap lagi. Sama-sama kita berusaha meningkatkan mutu radio amatur di mata dunia. Terima kasih juga pada pihak penganjur dan juga kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini. Ramai juga dapat bersalaman didaratan dan mendapat pengetahuan baru.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Melilau Mencari
Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment