Pagi ini aku berkesempatan untuk melihat aksi-aksi rakan mengayuh di Red Beret MTB. Jangkaan aku peserta sudah berlepas dari Stadium Paroi seawal 8 pagi. Memandangkan aku dari base di Bangi jam 8.15 pagi aku bercadang terus ke Bukit Putus sahaja.
Aku terus memandu ke Lekas highway melalui Semenyih dan terus keluar hingga ke penghujung jalan.
Selepas simpang empat itu aku terus mengambil kiri ke Kuala Pilah jalan Bukit Putus. Jalan yang baru memang cantik walaupun mendaki tetapi tidaklah bengkak-bengkok seperti jalan lama itu. Tibanya di simpang jalan bukit putus pihak polis atau urusetia telah menutup jalan.
Aku meneruskan perjalanan terus untuk ke simpang Bukit Putus dihadapan. Melalui jambatan kedua tertinggi setinggi 48 meter memberi satu panorama yang cantik. Setibanya disimpang ke Bukit Putus sekali lagi aku tidak dibenarkan masuk oleh pegawai yang bertugas. Perasaan menjadi kecewa dan meneruskan ke Ulu Bendul untuk membuat u-turn. Aku berpatah balik dan berharap dapat masuk ke jalan bukit putus yang pertama tadi. Beberapa rider telahpun melepasi jalan bukit putus yang baru itu dengan menuruni bukit tanpa mengayuh.
Sampainya disimpang pertama itu, akhirnya dengan selamba aku masuk ke jalan lama itu. Beberapa kilometer kemudian aku bertemu dengan simpang of road yang dilalui oleh rider. Beberapa orang petugas dan pegawai polis kelihatan disitu. Aku lihat rider kepenatan setelah mengharungi laluan off-road yang mencabar.Ada yang meminta air kepada kami, malangnya checkpoint seterusnya adalah disempadan Seremban-Kuala Pilah.
Aku meninjau trek off-road kelihatan rider kepenatan menolak bike dan ada juga yang bersemangat terus mengayuh. Trek memang licin dikhabarkan pada malam tadi hujan telah turun. Melihat dari bike itu, kita sudah pasti tahu betapa lecak dan sukarnya untuk mengharungi rintangan dan cabarannya.
Bila aku beritahu bahawa trek on-road adalah beberapa meter sahaja kebanyakan rider bertambah semangat untuk meneruskan kayuhan. Bermula keluar dari off-road itu semua peserta melalui jalan Bukit Putus lama untuk ke check point seterusnya yang turut menyediakan air minuman dan buah pisang.
Pegawai-pegawai dan urusetia menyambut rider yang kelihatan dengan mesra sekali walaupun ini merupakan penganjuran yang kali pertama. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai dan urusetia yang ramah mesra dapat menghilangkan kepenatan rider seketika.
Check point di sempadan Seremban-Kuala Pilah merupakan bukit yang terakhir didaki. Selepas itu, rider terus menuruni jalan Bukit Putus yang baru terus ke Stadium Paroi.
Selepas melihat gelagat rider di check point 4 itu, aku teruskan pemanduan ke Stadium Paroi. Tibanya di sana kelihatan kemeriahan acara ini mendapat sambutan penduduk setempat.
Pelbagai gerai, pameran dan jualan, permainan futsal dan pelbagai acara menarik ada di situ. Ramai rider yang tiba awal berehat dan seperti biasa lepas kayuh mencuci basikal masing-masing.
Ketika aku bersiar-siar kelihatan jelopi 9W2SES merupakan salah seorang peserta. Malangnya aku tidak dapat berjumpanya, kalau tidak bolehlah bersalaman di daratan.
Akhir kata tahniah buat penganjur yang mengadakan acara ini. Dengar kata acara ini mungkin akan dijadikan acara tahunan. Tahniah juga kepada pemenang dan yang kalah jangan kecewa kita boleh cuba lagi. Apa yang penting keseronokan berkayuhlah memberi seribu satu kepuasan.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment